Salam sejahtera,
Ini juga dinner. Kerabu suhun. Dah lama tak makan kerabu. Bagi lidah saya yg dah biasa makan kerabu, ngan bunga kantan ni, ok je makan. Tapi My Hubby tak biasa. Kesian dia. Dia ingat mihun. huhu. Lebih2 ada rasa masam limau. Takpe, nanti saya perkenalkan makanan2 lain lagi supaya My Hubby kenal.
KERABU SUHUN - resipi asal dr blog chef hanieliza. kat blogresipi pun ada, klik sini
Bahan:
500 gm sotong sederhana besar (saya gantikan dengan udang bersaiz besar, dibuang kulit, dan dipotong dadu)
50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
3 s/b jus limau nipis
1 s/b sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 s/k kiub ikan bilis dihancurkan]
1 s/k gula (nurindah: saya ganti sedikit gula melaka)
garam [jika perlu]
2 pokok daun ketumbar [racik kasar]
Bahan Tumbuk
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar
1 batang timun [kecil] (nurindah: timun, saya tak bubuh)
3 tangkai cili merah
Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Rasakan masam dan masinnya.
5. Hidangkan.
Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air semasa masak.




No comments:
Post a Comment