Hasil kali ni, lembik skit. :)
Nak kerak? ehehehe..
Salam sejahtera, selamat petang,
Inilah hasil balance kulit roti kami pagi tadi selepas bekfes sandwic telur. Ini kali kedua saya membuatnya. Kali pertama, ada kejadian. Masa angkut dari oven, terlepas...huhu, abes jatuh atas lantai. Seb baik bukan atas kaki,kan? Dan juga seb baik bekas pembakar kaca dr ikea tidak pecah. Alhamdulillah....Masa tu, hasilnya mengagumkan saya, dah macam kuih bakar. Kerak bawah penuh. teksturnya pun macam kuih bakar. Masa tu, menggunakan susu cair.
Kali ni, guna susu segar. Hasilnya, puding roti yang ada skit kerak di tepinya. Tetapi, sedikit lembik kali ni. Takpelah, yang penting, tidak membazir. :)
PUDING KULIT ROTI GARDENIA
Kulit roti - hasil dari 10 keping roti.
Susu segar/ susu cair - secukup tinggi kulit roti.
3/4 cawan Gula perang (brown sugar)
2 biji telur
1sdt esen vanila.
CARA:
1. Panaskan oven 180c.
1. Rendam kulit roti sekejap dengan susu.
2. Blend semua bahan hingga kulit roti hancur.
3. Sapu bekas pembakar dengan majerin. Masukkan adunan.
4. Bakar suhu 180c, selama 40 minit.
jangan bazirkan kulit roti anda...hikhik
salam nur..rajinnye..kalau duduk dekat2 kan best boleh mngendeng selalu
ReplyDeletesalam datinel,
ReplyDeleteish..malas sebnarnya ni. sbb tu kisar kulit roti jer..hikhik..