Salam sejahtera, selamat petang,
Inilah projek saya pagi tadi. Laksam terengganu. Masa saya kecik2, mama saya slalu juga buat laksam, lebih2 di bulan posa. tapi versi mama saya kental skit, senang nak gulung. ;) slalu tolong gulung2 dan jaga pengukus. tapi...dah lama mama tak buat. nak tanya resipi pun, mama saya akan cakap resipi masuk2 jer. :)
Alhamdulillah, menjadi juga. agak lembik laksamnya sebab saya takde air kapur. Tapi masih boleh digulung. laksam ni, saya tak sertakan sambal cili ya sebab saya kurang suka. tapi, letak cili api ketuk tu lam kuahnya. Daun kesum saya dah kering,jadi, saya tak potong2 buat ulam, tapi masuk lam kuah jer. Ikan saya pula saiz kecik, jadi saya guna 8-10 ekor ikan sadin kecik. Oh, pasal tudung periuk buat masak laksam, saya guna saiz tudung periuk saiz 22cm, besar la skit. senang..
Saya pilih versi kak Noormasri, lembut, sedap dimakan. terutama bagi saya yg suka makanan yg lembut2 ni. hihihi. Terima kasih banyak kak. Mintak halal. Izinkan saya share resipi kat sini. Kuah nanti saya panaskan jer, masa My Hubby buka posa nanti, dan laksam tu saya akan buat skali lagi petang2 skit. dan saya dah makan dulu...maaf ya..hikhik..

Panaskan pengukus, api besar. Sapu minyak pada tudung periuk. Kacau adunan, tuang bancuhan.

Dah masak...

Laksam saya ni lembik skit sbb takde air kapur. cungkil skit dari tepi guna pisau.

Gulung perlahan2 lahan dengan pisau juga.

Dah siap gulung. Bole potong2...

Hidangkan...
LAKSAM TERENGGANU - Sumber kak Noormasri, mforum.cari.com.my
Bahan-bahan membuat laksam:
2 cawan tepung beras
4 cawan air
? sudu kecil air kapur (nurindah: takde)
2 sudu kecil tepung ubi
secubit garam
Cara menyediakan:
1. Bancuh semua bahan-bahan hingga rata. Biarkan selama 10 minit.
2. Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung periuk dalam pengukus.
3. Tuangkan satu senduk adunan ratakan nipis-nipis. Kukus hingga masak ( adunan akan terangkat menggelembung bila masak)
4. Angkat dan gulung kemas-kemas (spt gambar di atas). Buat begini hingga selesai semuanya.
5. Potong laksam bulat-bulat dan taburkan bahan ulam serta tuangkan kuah scukupnya.
Letakkan sedikit sambal belacan (cili ditumbuk dgn belacan dan sedikit garam)
Sedia dihidangkan.

Sebelum

Selepas masak sebati. Siap untuk dimakan dengan laksam. Saya buat pekat skit.
Bahan untuk kuah:
4 ekor ikan kembung/selayang (nurindah: saya ada ikan kecik2, jadi buat 8-10 ekor)
1 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang merah
1 biji kepala parut } diambil santannya
2 keping asam gelugur
1.5 cm halia
sedikit garam
Cili padi -diketuk (nurindah: saya tambah masuk dalam kuah )
Beberapa tangkai Daun kesum - (nurindah: saya tambah masuk dalam kuah)
Cara membuat kuah:
Ikan kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masak.
Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat.
Tumbuk bawang merah, lada hitam dan halia hingga lumat.
Masukkan semua bahan tumbuk serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.

Bahan untuk ulam:
Daun kesum } dimayang halus (nurindah:saya tak mayang, masuk dalam kuah je)
Kacang panjang } dimayang
Timun } dimayang (nurindah: dah abes)
Daun selasih/kemangi } dimayang (nurindah:takde)
Taugeh } buang ekor

salam nurindah :) suka sgt2 laksam ni. dulu sll beli kat jln TAR tp kalau mkn bnyk sambalnyer sakit puyut la plak :D apa2 pun nak semangkuk dgn paru goreng sekali ok?
ReplyDeletesalam deliah,
ReplyDeleteoh, saya pun tak makan sambalnya. pedas...huhu. lebih suka pedas dalam kuah. ambik je, kak :)