Salam sejahtera,
Wah... kali ni berturut2 menu kak JC. saya pilih brokoli ni sbb saya meeemang tak pandai masak brokoli. Biasa saya buh dalam paprik jer. Lama2 jemu.. Kali ni, huwah... menu terbaru brokoli. Meeemang sedap. Saya buat versi berkuah sikit sebab kami suka yang ada kuah2.. tak sangka brokoli bole jadi sesedap ini, ya? Rahsianya, ialah cara masak brokoli ni, sama ada distim, atau dicelur separuh empuk dahulu. dimasukkan last bila bahan tumisan siap. Hai, sedap sesungguh bila menggigitnya... (kalau ada daging batang pinang, dah sure saya masukkan skali nih...hihih)
Brokoli dan lobak merah dicelur sehingga separuh empuk...
Bahan-bahan menumis dan sos...
BLACKPEPPER CHICKEN AND BROCCOLI - sumber kak JC, /jceastmeetwestkitchen. Thanks a lot kak, muah...!
Bahan-bahan: (nurindah: saya buat separuh bahan, 200gm ayam)
1 pound dada ayam-potong kecil ( 1 pound = 454 gram)
1 tsp minyak bijan
1 tsp serbuk lada hitam
1 tsp serbuk lada sulah
1/2 tsp seasoning salt
Gaul semua bahan ni dgn ayam dan perap sekejap.
Bahan sos:
1/2 cawan sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar serbuk lada sulah
2 sudu teh jus lime atau cuka
1 kiub pati ayam
Sampingan:
1 head broccoli- dipotong, kukus atau rebus dulu, dan ketepikan (nurindah: saya celur 1/2 empuk)
1 btg carrot- dihiris, stim, dan ketepikan (nurindah: saya celur 1/2 empuk)
1/2 lada benggala warna merah
1/2 lada benggala warna hijau
3 ulas bawang putih- cincang
3 tangkai daun bawang-hiris (nurindah:tak bubuh)
Panaskan minyak kemudian goreng ayam, bila dah masak ketepikan. Guna minyak yg sama tumis lada benggala, bawang putih dan daun bawang.
Masukkan ayam dan sos kacau rata masak sekejap. kemudian masukkan broccoli dan carrot gaul rata. ( kalu nk berkuah sikit masukkan sikit air ).
Sotong Goreng Kunyit... resipi klik sini. Bole buat kering atau tambah air untuk kuah...
salam nurindah. wah baru terfikir nak buat black pepper chicken tengok sini dah siap :) broccoli ni bagus untuk kesihatan.
ReplyDeleteIndah,
ReplyDeletememang suka brokoli tapi selalu wat dengan spaghetti oleo-oleo jer.
sotong tu macam dah panggil2 kRina jer..
Walaaa...sedap nya nengok lauk org masak ni, kita asyik mkn masak sendiri. Mlm ni Along mkn kat sini je boleh?
ReplyDeletesalam deliah,
ReplyDeletehihihi.ala, masa ada brokoli, terus jer wat malam tadi. ;)
salam kak reena,
ReplyDeletewah...peminat sotong? ;)
salam kak roz,
ReplyDeletebole2... tapi blom masak lagi nih. kihkihkih...