Salam sejahtera, selamat pagi. Menu lepas, roti bakar. Dulu2 selalu singgah kopitiam Golden Cow kat Bkt Sentosa ni. Menunya halal, walaupun ownernya Chinese, dan ramai Muslim yang masuk. Biasalah kopitiam, menunya nasi lemak, roti bakar berkaya, telur masak separuh dll.. Roti bakarnya, memang sedap sebab menggunakan roti biasa, ala roti benggali tu.Tapi, dah lama kami tak singgah. Rasa tak berbaloi ngan rega roti dan telur tu.... ;). Versi kat atas guna Roti Gardenia jer. kalau guna roti benggali tu, lagi rangup dan garing. 1 keping sapu jem kaya, 1 keping sapu majerin. Tangkupkan. Pastu grill atas pan non stick, tanpa minyak, api perlahan. Balik-balikkan. Versi roti gardenia, saya potong kulit rotinya. Terpulanglah nak potong 2 sebelum atau selepas dibakar ;) Jangan lupa makan bersama telur masak separuh dan kopi O...umph!

indah bakar dalam oven, lagi sedap tau, memang rasa macam kat kopitiam....
ReplyDeleteroti bakaq pon sodap...
ReplyDelete