Bekfes kami. Ni saje nak letak resipi, buat adik2 pompuan saya.
SANDWIC TELUR
3 orang makan
6 keping Roti gardenia - 3 keping disapu majerin
3 biji telur - dipukul
sedikit susu segar
secubit garam
majerin - untuk masak telur dan sapuan pada roti
sos cili
Buah tomato hiris/ salad (jika suka)
CARA:
1. Pukul telur,susu, dan garam hingga sedikit kembang.
2. Panaskan pan/ kuali non stick. Cairkan sedikit majerin. Api perlahan.
3. Masukkan campuran telur tadi. Kacau telur hingga berketul-ketul dan masak. Angkat.
4. Ambil roti, atur telur di atas roti, letak sos cili. Akhirnya, bole letak tomato atau salad atas telur. Letak 1 roti lagi.
5. Padatkan, dan hiris kulitnya. Roti bole dipotong 2 lagi jika mahu.
Nota nurindah: Saya suka potong kulit tepi roti tu. Kulitnya jangan dibuang, rendam ngan susu segar. Blend ngan telur, gula halus dan esen vanila. Bakar dalam oven. Rasa cam kuih bakar plak, sebab ada kerak2.
No comments:
Post a Comment