Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label Curhati. Show all posts
Showing posts with label Curhati. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

Rasa Bahagia itu tidak mahal



Bismillah.
Saya tenang. Tapi fikiran dah menerawang lama di dalam bas. Wanita yg mnjadi penjual sayur di pasar itu sering brtanya hal saya. Saya tidak kisah jk dia org indonesia, dan saya cuma kenal dia di pasar saja. Tetapi brtanya ttg peribadi seseorang secara begitu, sangat tidak baik.

Jika saya datang brsama suami, dia kelihatan sangat  SOPAN. Tapi jika saya datang seorang, sangat banyak tanyanya, dan tidak tahu menapis cakap. Berani betul dia. Kerap bertanya hal saya, hal Anak dan pekerjaan saya.

Suami saya bukan bekerja sebagai buruh di tengah panas? Kami mempunyai aset. Dan tidak perlulah saya berkata bahawa saya mmbina perniagaan di internet. Kenapa saya harus bercerita kisah hidup saya kepadanya, hanya utk memuaskan Hatinya?

Malangnya, saya tidak reti menunjuk Muka. Saya tidak tahu untuk berasa marah atau apa... kerana saya kasihan padanya. Saya melihat dia bekerja kuat. Di pasar basah, pasar malam, mencuci rumah orang.

Kehidupan yang sangat berbeza, rezeki yg diberikan berbeza...
Saya bersyukur dengan Nikmat Allah kepada saya.

Aneh, wanita itu tidak tahu menjaga Hatinya. Barangkali dia tidak berasa bahagia melihat oranglain bahagia dan cukup dengan apa yang ada.


Rasa bahagia itu tidaklah mahal
Untuk berasa tidak bahagia tersangatlah mudah


Saya, utk tidak berasa bahagia, memang ada banyak cara.Lihatlah sekeliling. Cubalah gambarkan betapa Mewahnya orang. Tidak ada Syaitankah akan mengusik Hati?

Saya merasai bagaimana, saya yg kerap kena buat kerja lebih, kerana saudara yg lain sibuk menjaga anak. Dan hasilnya, saya lebih cekap menyediakan masakan keluarga. Perlukah saya berasa rendah diri dengan keadaan saya?

Saya melihat saudara saya berkahwin dengan wanita yang pernah sakit berat. Setiap kali melahirkan anak-anak, saudara saya itu terpaksa mmbiayai Operation hospital Swasta (ceasarian) untuk setiap anak. Sedangkan dia hanya anggota kerajaan. Isterinya mudah lemah, tapi subur. Saya tidak tahu nak berkata apa. Dah rezeki isteri dia, suaminya sanggup bergolok gadai demi dia. Adakah saya perlu rasa tidak bahagia kah melihat semua ini, dan berasa Suami tidak sayangkan saya? :D

Sikap suami saya berlainan, mana boleh disamakan dgn saudara saya. Dah itu rezeki isterinya. Mungkin saya tidak berkenan, sebab, mereka masih mahu berhutang untuk menutup lubang lagi. Hidup mati di tangan Allah, janganlah meminta yg di luar kemampuan suami.


Memerhati

Seringkali, saya memerhati perilaku adik-adik, kerana saya tahu orangmuda sangat mudah melakukan kesalahan. Dan tidak mustahil juga, Ibubapa memerhatikan saya, kerana saya juga tidak lepas dari kelalaian.

Apabila kita memerhati, sering kita MENCARI kelemahan untuk DIKOMEN. Itulah syaitan yg mengusik Hati. Berjaga-jagalah dgn Syaitan itu.

Harus letakkan kesedaran sebelum marah-marah di hadapan oranglain
Harus letakkan kewarasan sebelum memperkecilkan orang
Harus dampingi Rasa syukur sebelum membenci perlakuan orang
Muhasabahlah diri kerana mengharap kasih Allah, bukan kasih manusia


Nota Nurindah : Jika orang merampas dan merendahkan Harga dirimu, jangan biar dia juga merampas Kewarasanmu.




Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, March 6, 2012

Kembang kuncup

Bismillah. Kelmarin, saya sempat poskan barang utk customer. Saya dah sign dan tulis slip. Suami tinggalkan saya di kereta, lalu dia mngeposnya sendiri.. Muka saya merah dan sembap hasil sedu-sedan. Malunya.. tiada apa yg lebih bodoh dr menunjukkan kita lemah di hdpn orglain. Semua orang nak kelihatan KUAT, kan?

Terima kasih tidak terhingga buat semua, atas komen-komen utk post kelmarin. Rasa syahdu dan tenang yg brcampur baur..


Saya tau, Doc itu tidak brmaksud 'mncederakan' sesiapa. Caranya begitu. Cuma masanya tak kena, jd ceramahnya masuk di hati. Bukan kepala. Bila malam itu, saya waras sedikit dah. Saya berfikir yg baik-baik. Saya ambik point yg baik saja dr Doc itu.

Si suami berkata , pandanglah ke hadapan. Lupakan benda yg dah lepas. Fikirkan kita nak buat apa selepas ni.

PANDUAN

^__^ Saya pernah katakan padanya, satu panduan yg saya baca. Jika kita nak khusyuk di dalam solat, semasa kita baca ayat pertama, kita cuba ingat ayat kedua. Ingat apa ayat seterusnya. Buat begitu shg habis bacaan al Fatihah atau surah kita. Insya Allah, kita akan lebih khusyuk di dalam Solat. Utk hafal tafsir bacaan, payah sikit kan? Cubalah cara ini. Saya dah cuba, memang menjadi...

Benar suamiku, saya rasa lapang bila saya fokus, aim (ada tujuan dan target). Saya tidak mahu kelihatan lesu. Lesu mmbuatkan perut dan badan sakit jer. ;) Saya mahu kelihatan ceria. Suami mana yg suka melihat isteri dalam keadaan sedih dan murung selalu? Saya ingin mnjaga diri baik-baik..


Bila isteri tensen, suamilah yg pujuk. Sebab isteri suka meluah-luahkan. Kalau suami tensen, memang payah nak tau isi hatinya, susah jg nak pujuk. Suami akan kelihatan diam dan murung. Jadi.. jauhilah mnjadikan suami tensen. ;)

Allah... Syeikh Nuruddin ada cakap. Jika menziarahi orang sakit, buatlah dia gembira. Jangan bagi kata 'kesian' dan bercerita hal-hal yg mnyeramkan dia. Itu juga satu kebajikan, yg mgkin mmberi syafaat di akhirat kelak. Agaknya, begitulah panduannya utk merawat orang sakit?

Adeh... saya mula teringat kata-kata kakak Jiran kelmarin. Katanya... jiran hujung sekali yg meninggal dunia dahulu, sebab sakit Denggi.  Gulp! Dan badan saya dah merah-merah, kerana sedang berperang dgn Nyamuk banyak di dlm rumah. Puas dah cari lopak air dan spray racun serangga. Adeh, rasa Hati dah kembang kuncup!

Nota Nurindah: Dah pergi report JMB apartment. Cuaca yg panas mmg mmbantu lopak air dr saluran trsumbat itu kering. Bila hujan, bertakungla balik. Sabar je... dah siap beli ubat jentik-jentik dan jaring nyamuk utk dipasang kat tingkap. Nasib tak beli kelambu jer.... kalu tidak, tentu kelihatan saaangat romantik kan? :D



Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, March 5, 2012

Luka



Di masa sekolah menengah dahulu, ada 2 orang guru ERT (ekonomi rumahtangga), yg mengajar menjahit-jahit, dan memasak. Satu hari, guru A telah mengata guru B di hadapan kami semasa sesi kelas di bilik ERT. Katanya, guru B tidak mnjaga kebersihan pakaian anak-anaknya sedangkan dia guru sains rumahtangga. Dia mmpertikaikan guru B dan menyebut JELAS kelemahan beliau di hadapan semua di dalam kelas.

Saya tidak faham, kenapa ramai juga rakan sekelas saya tiba-tiba ketawa dan mengejek-ejek guru B. Saya rasa itu tidak patut...

Saya meneliti, memang benar, Anak-anak guru B sering bermain di kawasan taman sekolah menunggu ibunya habis kerja. Dan tudung dan pakaian mereka memang selalu kelihatan comot dan berbau sedikit.

Satu hari, saya melihat guru B menangis tersedu-sedan seorang diri. Saya kasihan melihat dia. barangkali ada masalah, sbb itu anaknya terbiar. Jika patut, kenapa guru A tidak membantu temannya itu? Menegur kasar dan mengejek, tidak membantu sesiapapun.

Itulah hati saya masa tu, hati budak sekolah yg takut memahami isu orang dewasa.


Luka si Kaki Bangku

Saya pernah disindir dan diejek, kerana tidak pandai drive, masa suami saya operation yg lalu. Sedangkan selama ini, orang yg kenal saya mmg tahu saya tidak drive dan tiada siapa nak bangkitkan isu itu.

Bila suami saya operation lutut, ramai juga yg dok TORTURE emosi saya. Kata mereka, saya tidak kesiankan suami, tidak berdikari, dan segalanya. Mereka membanding-banding saya dgn oranglain. Apa yg mereka takutkan? Risau kami akan menyusahkan mereka? Suami saya diam jer, dan dia hanya minta saya lupakan semua kata orang itu. Saya bukannya cacat, sampai tak mahu belajar drive? Hati saya tidak sekecil itu. Mengapa ada saja orang yg berani mmperkecilkan oranglain? Saya hanya akur dgn keputusan suami yg lebih suka mmbawa keretanya sendiri. Lagi, Hubby berpesan... saya takkan mampu memenuhi kehendak semua orang..


Luka seorang patient

Siang tadi saya ke klinik panel. Saya ingin mengambil sedikit ubat. Saya cuma bertanya bbrpa soalan yg berlegar di fikiran ttg sakit saya. Tetapi doc pula menyindir saya di hadapan suami kata saya ni mudah risau. Bertanya pun salah ke? Kemudian, dia tanya lagi soalan ttg kami ada anak ke belum. Suami saya tenang saja mnjawab. Lepas tu, dia cakap, saya ni tak mula langkah pertama nak berusaha, bla bla... Semuanya macam menimpa saya seorang saja.  Apa ni, Doc?. Sejak bila saya mintak consultation about FERTILITY ? Allah...

Masa lepas solat zohor yg agak lewat, 3.30, saya tersedu sorang-sorang. Kenapa semua salahkan saya? Suami bertanya risau. Sebab saya sedang tak sihat. Katanya, Doc itu bekas doc kerajaan, memang caranya begitu. Saya memang tenang, tapi saya sedih... Saya lambat PICK-UP katanya itu. Katanya saya ni manja dan tidak mahu berusaha. Kenapa la, saya terlalu melayan orang yg sikapnya macam tu? Saya berbual seikhlas hati, tapi kenapa Hati saya berasa, dia merendahkan saya pula. Meskipun dia ada mmberi no tefon seorang pakar sakit gynaecologist kenalannya, hati saya sangat tawar sangat... terima kasih jerla doktor.

Allah... Besar sangatkah Dosa saya kerana mengalah dan menurut kata suami, sehingga saya dipandang begitu oleh orang? Suami saya baru setahun setengah after operation? Kaki baru elok dan kuat? Kenapa saya nak membebani dia lagi dgn perubatan saya yg entah apa lagi? Tanyalah Hati, sampai hatikah?.....kalaulah saya mndapat anak secara smulajadi, tidaklah saya mndera perasaan sendiri.

Duit memang boleh dicari. Tapi masa, kelelahan, fokus, perlu ada. Nak dapatkan anak, bukan sebab terdesak takut itu dan ini. Anak ialah satu Rahmat, juga satu amanah Allah. Suami saya lebih penting utk diberi perhatian. Rahmat dan keadilan Allah itu sentiasa ada...

Nota: Tidak tahulah apa perasaan saya sekarang. Tapi saya takkan tergamak nak mmperkecilkan oranglain seperti yg saya alami. Sekalipun saya  biasa menegur oranglain, hanya family, yg saya kenal rapat. Dalam direct, atau tidak direct. Bukan oranglain yg kita tak tahu masalahnya apa.


Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

You cannot give from an empty cup!



Assalamualaikum,

:) Buat apa tu?
Saya banyak urusan dalam bbrapa minggu ni. Tak lalu nak blogging. Tapi saya tetap menjengok yg mana sempat. Hari ni, macam nak berbicara sikit.

Saya merenung diri. nak kata saya ni tidak cukup kasih sayang, ibubapa amat memanjakan saya semasa kanak-kanak. Bila besar saja, mereka fokus pada adik-adik pula. Itu tidak mengapalah. Bila dah kawen, mereka nak fokus pada cucu pula. Kita pun dah tidak dimanjakan lagi dah. Itu keadaan biasa. Kita semua juga akan melalui jalan hidup yg sama... menuju masa tua.

Saya rasa diri dah tua,kot. Siap pakai losyen muka lagi. Seblum ini taknak pakai pun, rasa diri sentiasa 'suci' dari noda make up. heheh. padahal saya memang tak berasa selesa bermekap. Saya juga takut memikirkan ramai kenalan dan kawan yg mukanya berbintat kerana selalu salah memilih set muka , pencuci atau mekap. Amat sensitif kerana dah pakai macam2 mask dan pemutih . Lagi kita bertambah Usia, lagi menurun paras estrogen kita. Itu juga benar dan hal kulit menjadi masalah utama..

Saya cuma makan jamu pil dan multivitamin. Dan buat check up. Dan rasa nak rajinkan senaman utk tulang dan keleturan otot. Baru-baru ni, saya kerap tersentap dan trseliuh. Bagus sangat sangatla tuh! :D

Bila memasuki usia 30-an ini, saya harus cepat, harus gerak pantas. Bagaimana? Gerak kaki seorang isteri tidak sebesar suami. Kita takde lesen besar utk itu. Apalagi, redha dan redha. Kita ada lesen telefon dan email kan? Apa lagi... minta la bantuan suku-sakat  kita, heheh! Jangan pendam masalah 'sengsorang'. Tapi jangan bagi suami tensen pula, tak baik.. :)

Saya selalu fikir, nak anak, nak anak. Tapi saya lihat sekitar saya, bila dah ramai anak, mereka mula sangat rajin mncari peluang nak kumpul duit saving, dan mula melupakan diri sendiri.

Ever heard the saying "If the mamma is not happy, then no-one is happy?" or perhaps another version: "You cannot give from an empty cup!"

http://www.homeschool-curriculum-for-life.com/content-woman.html

Macam itu jugalah, dengan situasi kita sebagai Isteri kepada suaminya. Harap-harap saya mnjadi orang yg berguna. :)


Nota Nurindah: Sahabat yang baik tidak akan melukai perasaan sahabatnya. Tetapi dia takkan berbohong jika apabila sahabatnya itu bertanya. Dialah yg paling jujur dalam kata-katanya. Kerana dalam susah senangmu sekalipun, dia tetap ada dengan tangan terbuka.



Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, February 13, 2012

Keceriaan merupakan kekuatan untuk kehidupan

Assalamualaikum,

Hari ini ialah Hari Kebersihan. Kelmarin, kami 'marathon kuliah Syeikh lagi di as salam. Dr Subuh sehingga petang. Malam, Syeikh berceramah masa mulid nabi kat masjid batang kali. Mereka baru khatam kitab Syama'il. kami baru khatam kitab la tahqiranna. syahdu.


Hari ini:

1. Membasuh pakaian dgn riang hati, kerana cuaca sangat panas. Ada can la pakaian kering cepat. Nasib baikla, baju kerja suami dan basuh Khamis lalu. FUH!

2. Pagi2 mmbersih timbunan pinggan dan kuali di sinki.

3. Saya bersihkan voice recorder yg banyak dlm nokia saya. siap transfer ke PC.

4. Saya padamkan gambar yg sebanyak 200 pcs dalam nokia saya. dah transfer siap2 dalam PC

5. Saya sort (asingkan) gambar2 dalam PC mengikut folder.






KECERIAAN

Bagi orang miskin, keceriaan adalah sumber utama bagi mereka meneruskan kehidupan. Sebab mereka berasa disayangi dan dikasihi dan diterima. Sedangkan orang kaya, hak dan milik mereka lebih berharga.

Mghayati peribadi Rasulullah, Rasulullah adalah insan yg paling baik akhlaknya terhadap anak isterinya. Baginda orang yg suka bergurau-senda dgn keluarga, dan berbaik-baik. Apabila sampai waktu azan, baginda akan meninggalkan keluarganya utk menyerah diri pada Allah. Baginda meluangkan waktu untuk keluarga, bukan meletakkan 'Family Time' pada waktu yg tersisa dari masa sehariannya. Bahkan baginda menyerahkan ubudiyyah kepada Allah sebaik saja azan berkumandang.

Baginda cepat pergi ke masjid, dan cepat pulang untuk keluarganya.
Baginda seorang yg tenang, dan suka tersenyum. Berjalan di belakang sahabatnya semasa di perjalanan tanpa disedari, dan mendahulukan salam. Baginda suka menceriakan kanak-kanak kecil. Baginda pernah ditunggang Umamah, cucunda baginda semasa bersolat, tapi baginda amat santun trhadapnya.

Syeikh Nuruddin, adalah orang yg amat mmberatkan cara dan peribadi Rasulullah dalam kehidupan sehariannya. Cara tidur, cara masuk ke tandas, cara bergaul dgn keluarga. Sepertimana Rasulullah bertegas trhadap ssuatu perkara yg ummat ambil mudah, seperti itulah syeikh tidak menyukai jika ada segelintir yg tidak mnjaga adab-adab masjid atau adab majlis, meskipun beliau sudah pesan banyak kali.

Tentang bercakap di henfon, bunyi yg mengganggu orglain, bersembang, duduk jauh-jauh dari teman sekuliah, makan sewaktu kuliah, juga kisah anak-anak kecil. Sepertimana kita mengikut peraturan di majlis korporat, atau majlis lain ilmu-ilmu keduniaan, sepatutnya majlis ilmu agama dan ibadah kena mengikut peraturan, kerana yg menilainya ialah Allah . Mereka yang menghormati oranglain, akan dihormati.



KISAH ANAK-ANAK DI DALAM MASJID

Saya belum mnjadi ibu, dan saya cuma mmahami keadaan itu sedikit sahaja. Kerap ibubapa mmbawa anak2 yg amat kecil, yg masih tak faham, dan suka menjadikan tempat solat sebagai tempat permainan. Saya pernah merasai, berada di kalangan ibu yg mmbiarkan anak mereka berlari sana sini, dalam usaha mereka utk mndengar kuliah. Tetapi perhatian mereka bukan pada kuliah, tapi pd anak-anak kecil itu. Belum ditambah, anak-anak diberi makanan sehingga lantai masjid bertompok-tompok. Juga sudah timbul bau kurang enak, dari pampers, kerana berak dan kencing. Di dalam masjid.

Alangkan, kita berada di rumah Allah. Usah dikira teguran dari ustaz, tapi adakah kita patut mnjaga adab2 di masjid? Kita mesti takut dgn 'teguran' Allah.

Semestinya saya tidak berkata apa-apa. Sebab saya pernah mengajak teman saya ke masjid, katanya anaknya kecil dan suka bermain, dia takut mengganggu oranglain. Jadi, saya bersyukur sajalh dgn diri saya.

Ibubapa boleh:

1. Sentiasa check pampers anak-anak, kerana merka yg bernajis, tidak elok memasuki ruang Solat. Allah nampak tu.

2. Makanan janganlah dibawa dalam masjid. Sebab anak-anak kecil yg makan, pasti akan mmbuang (berak). Atau pastikan mereka berak dahulu sebelum dibawa ke masjid.

3. Ada sesetengah ustaz, berasa letih melihat anak-anak kecil mngganggu ibubapa yg sedang menghadiri kuliahnya. Ia mmbuat kita kelihatan kurang sopan trhadap Guru. Ustaz yg mengajar adalah Guru, jadi haruslah mghormati majlis. Jadi, didiklah anak dari rumah, supaya boleh berdiam diri sepanjang majlis ilmu.

4. Jika kita mmbawa kakak dan abangnya supaya mnjaga si Kecil, kita haruslah mengajar anak kecil supaya mghormati si kakak atau abang, dan mndengar arahannya. Bukanlah anak2 besar ini terpaksa berkejar-kejar dgn si adik.

5. Permainan itu lebih baik drpd makanan utk Si kecil di dalam masjid, kecualilah Bayi yg belum boleh berjalan. Permainan yg tiada bunyi atau terlalu keras sehingga berbnyi apabila diketuk di lantai masjid.

6. Kita sayangkan Allah, sayangkan Rasul, kita juga kena sayangkan rumah Allah. Tempat semua orang bersujud ialah tempat yg dirahmati dan malaikat di dalamnya, janganlah kita tidak berhati-hati.

7. Mereka yang menghormati oranglain, akan dihormati. " Mereka yg malu pada Allah, malaikat akan malu padanya " (Kisah Uthman bin Affan, kerana dia seorang yg amat pemalu)





MENGUPAS


Mengupas Entry ttg penyakit kejiwaan (Ia ada di Entry terdahulu) Setiap kelemahan ada sumber kekuatan. Kita mncari kelemahan diri, supaya diperbaiki dan lbih kuat dr oranglain. Seperti itulah kenapa Allah memberikan kita cubaan dan masalah yg tidak terduga. Lama2 kita dah pandai mengatasi masalah, kan? Ia untuk menambah kekuatan pada manusia. Di sini kupasan saya:

1. Jika kita kaya, dekatilah orang miskin, kerana Rasulullah sangat menyayangi orang miskin. Mintalah mereka mendoakan kita. Itu saya belajar

2. Keajaiban Sedekah. Allah dah janji, sesiapa yg melapangkan masalah oranglain, Allah akan mmberi kelapangan dalam hidupnya.

2. Cara membuang perasaan ego, ria' atau takbur, ialah bila kita berasa, kita sujud di tempat orang pernah duduk dan berpijak di dalam Masjid. Ini juga saya belajar

3. Jika buntu dengan masalah atau jiwa tak tenang, cubalah berii'tikaf dan bermuhasabah di masjid. Ramai orang yg mndapat ilham utk mnyelesaikan masalah, semasa di dalam masjid.

3. Pengalaman SAYA: Khasiat mmbaca ayat2 al Quran semasa menjaga Pesakit atau semasa kita sakit. Contohnya di dalam al Mathurat terdapat beberapa ayat Ruqyah (ayat penyembuh) dalam perubatan Islam utk menyembuhkan hati dan fizikal, selain zikir, dan doa2 lain. Yasin juga membantu mmberi ketenangan hati kita dan orang yg sakit, jg mghalau gangguan jin.

4. PENGALAMAN SAYA: dengan berwudhuk dan bersolat merupakan terapi untuk proses penyembuhan dari penyakit. Bersolat tidak menyusahkan orang yg sakit, malah memudahkan proses penyembuhan, dgn izin Allah. Jika kita di antara insan yg dipilih Allah, menjadi Penjaga orang sakit, atau pesakit berat yg susah nak bangun, cubalah cara ini. Kita berusaha..



Friday, February 10, 2012

Penyakit kejiwaan

Bismillah. moga teman2 dan visitor dalam keadaan sihat.

DEPRESSION

Depression ataupun Mood Disorder . Lebih kurang, gangguan perasaan .  Kalau sekadar kita menangis, atau gembira, atau marah, IA BUKAN TEKANAN. Tapi ia cara kita menunjukkan perasaan kita. :)

Tekanan yg melampau ialah something yg mmbuat kita berkelakuan di LUAR batas normal. Mood kita jadi terlalu low (rendah) ataupun terlalu ganas. Jika kita masih boleh mengawal tekanan, dan senyum, itu bermakna kita jauh dari penyakit itu. Jadi janganla fikir bukan2 :)


Masalah kejiwaan. Kadang2 ia dalam dikenali dgn postpartum psychosis (meroyan), skizofrenia (masalah halusinasi), melancholia (kemurungan). Kadang2 ia disebabkan penyakit sprt gangguan mood yg melampau disebabkan rawatan kanser dan kekurangan/lebih iodin, dan pernah saya baca.. ia disebabkan gangguan Saka, jin ataupun SIHIR (benda mistik memang susah nak percaya kan? Tapi syaitan boleh mengalir melalui urat saraf badan kita. Jadi, ia tidak mustahil)

Apa yg kita rasa, akan jadi macam tu. Cubalah, tidak menyalahkan sesiapa. Carilah nasihat untuk menyelesaikan  masalah . Allah takkan menguji seseorang kecuali dalam kemampuannya, juga sebagai kifarah atas segala dosanya yg lalu.


Bagaimana al Quran menjadi penawar?

Mesti ramai yg kata " Saya tahu!". Ayat al Quran sebagai penawar dalam ruqyah (perubatan Islam), membaca al Quran menenangkan hati, doa-doa Harian kita banyak diambil dari ayat Al Quran, cth doa kebahagiaan rumahtangga ().

Tapi sebetulnya, meskipun kita yakin bahawa Allah Maha Mendengar doa hambanya, kita masih takut Allah mengadili dosa-dosa kita, yg menyebabkan doa kita terhalang sampai ke hadrat Allah.

Percayalah, bila tahu bahawa tak elok mengherdik anak sebagai bodoh, tak berguna, tapi kita tak halang lidah kita, dan kita buat banyak kali, jika satu masa Allah kabulkan doa kita, janganlah kita menyesal.

bila kita tak takut kepada Allah, cthnya, kita minta cerai berkali-kali daripada suami kita, kerana masalah apapun dan kita tak sabar menahan lidah kita, jika satu masa Allah kabulkan kata-kata kita, janganlah kita terduduk!

Saya dah lihat banyak kejadian seperti itu...
.......


Orang2 miskin pada zaman Rasulullah banyak yg pasrah dgn keadaan hidupnya. Redha dgn taqdir dan ketentuannya dan tidak meminta lebih meskipun ada dia antara mereka adalah kesayangan Rasululullah, sprt Siti Fatimah dan Saidina Ali bi Abu Talib.


Penyakit Hati nak Kaya.

Kita pula, sekarang ini, nak mintak kaya.. nak kaya... Penyakit hati nak kaya.
Agaknya siapa ya, nak mintak miskin? Meskipun ada hadis Sahih Rasululullah, doa meminta miskin. Rasulullah meminta Allah mengumpulkannya bersama orang2 miskin.. Bertuahnya orang miskin ni, kan? Jadi, kalau kita ni agak kaya, cubalah mendekati orang susah supaya dia dapat mendoakan kita.

Allah sentiasa mmberi rezeki pada hambanya selagi dia masih hidup. Ia dah ditetapkan di loh mahfuz. Rezeki di muka bumi ini luas, kita hanya perlu cari... dan terus mencari.

Dan ramai juga yg menunjukkan dia kaya, dgn menghabiskan duit simpanan sekelip mata, atau dengan berhutang-piutang. Allah.. bagaimana ya, sikap orang yg berhutang tadi, tiba2 diistiharkan bakkrup? Agaknya, masa tu, dia sanggup habiskan hartanya utk bersedekah. Kenapa BERSEDEKAH? Sebabnya Allah dah janji, sesiapa yg melapangkan masalah oranglain, Allah akan mmberi kelapangan dalam hidupnya.

Mesti banyak cerita yg kita dengar keajaiban sedekah ini, kan?



Penyakit Hati dengan Ilmu.

Ilmu ialah suatu yg ada dalam diri. Ilmu membaca, ilmu menulis, ilmu kemahiran, ilmu menghafaz, ilmu berniaga, ilmu bercakap. Ilmu itulah yg meningkatkan taraf kita di mata oranglain. Orang yg kaya, tapi takde ilmu.... seringkali tidak dipandang tinggi oleh oranglain, kerana dia akan mudah diperbodohkan orang dan hartanya akan susut.


Dan ilmu itulah, seringkali membawa kita kepada ria', takbur, sombong, ego. dll... Ia perkara susah nak dikawal. Itu kata Syeikh Nuruddin apabila ditanya. Kita cuma kena ingat, setinggi mana kita, masa kita solat di Masjid, kita masih kena tunduk dan sujud di tempat oranglain pernah duduk, oranglain pernah pijak.

Siapa kata orang paling tinggi darjatnya tak pernah sujud pada sesiapa? maka, agaknya orang tu tak pernah Solat kot? :) Praktikalnya , masa kita sujud dalam solat jemaah, jika kita di saf pertama, kita masih di belakang Imam yg sujud dalam solatnya. Jika di saf kedua... lagi ramaila orang di depan kita masa kita Sujud? Jika macam tu buat apa la nak bangga diri? Kalau nak sembahyang sorang2... takdelah Rasulullah mengangkat darjat umatnya yg BERJEMAAH di masjid dgn pahala berganda-ganda.

Di masjidlah tempat kita bertawadduk merendah diri, Muhasabah, beri'tikaf. Kalau masjid kita dekat sangat dgn rumah, sehingga kita rasa malas nak beri'tikaf... cubalah pergi masjid jauh-jauh. Cari HATI kita kat situ.

Banyak dah saya banyak kisah, orang yg hatinya tak tenang, ataupun banyak masalah... dia mendapat ilham semasa dalam masjid. Meskipun dia tak buat apa-apa, sprt termenung atau baring, atau tidur. Pernah baca kisah CHEF LI? :)


Penyakit Hati kerana penyakit

Ini kisah saya. Saya selalu jadikan ingatan bila saya sakit2 atau ada ahli keluarga yg sakit2. Tapi basanya saya tak cerita panjang, saya akan terus pujuk dia dan berlembut sehinggalah dia sendiri sembuh dari keadaan sakitnya. Barulah saya akan bercerita.

Dulu, Hubby saya pernah operation. Masa dia operation tu, demam dia teruk. Pernah ada orang katakan pada saya, kalau dah tak sihat, tak boleh bangun tu, takpelah tinggalkan Solat. Allah tahu... Tapi saya buat sebaliknya. Meskipun saya rasa nak menangis sebab saya kejutkan dia yg tengah mamai lepas makan ubat, saya tetap angkat kepalanya untuk duduk... dan spray air pada anggota wudhuknya...

Sebab saya pernah tengok keadaan Atuk saya semasa dia sakit strok, padahal dia dulu rajin ke masjid. Dia selalu tegur kami cucu2nya supaya jangan solat akhir waktu. maknaya dia masih ingat bagaimana bersolat. Tapi tiada sesiapa nak bantu dia bersolat.  Sekarang ni, saya rasa kesian sebab dah besar baru saya tahu, HIKMAH membantu orang sakit berwudhuk dan mengerjakan solat, adalah sebagai persiapan untuk menyucikan diri, mana tahu bila2 nyawa diambil Allah?

Tapi niat saya menjaga Solat suami bukan kerana itu. Sebab setiap kali saya spray air utk berwudhuk, setiap kali tulah saya berharap suami saya cepat sembuh. Setiap kali tulah saya rasa nak menangis.... Saya harap kaki suami saya sempurna seperti dahulu. Agar suami saya tidak lagi sakit setiap kali memijak lantai atau tangga.
...

Memangla orang sakit akan mengerang sikit, atau tunjuk marah sbb orang sakit kan, sensitif... Tapi saya cakap dgn lembut dan suruh dia bersabar masa nak bangun dll. Dgn cara itu dia lebih segar badannya dan tak rasa lemah2. Mujarab agaknya Air wudhuk tu. Alhamdulillah!

Bila sakit, kita rasa lemah, nak tidur je kan? Tapi dalam masa yg saya kita berharap ada orang pujuk2 kita, berkongsi rasa dgn kita. Er... jangan tak caya, masa kat hospital tu, saya siap tidur dgn Hubby atas tilam pesakit. hukhuk. Sebab dia demam dan sangat sakit. Dahla kena operation, sehari lepas tu, terpaksa FISIOTERAPI. Selama seminggu kat hospital kena fisio. Memang dia sakit sangat. Jadi... amalan saya sebagai ISTERI, saya sentiasa pegang tanggannya, kepalanya, dan peluk dia erat waktu malam. My Hubby takut sangat demamnya berjangkit, saya kata takpelah. Kurang sikit sakit abang tu! :) hati ni takdela risau sangat kan? dahla sakit, demam pulak..

Psst... saya dulu trpengaruh dgn novel SI FADET KECIL, karya George Sand. Cara dia mengubat orang yg demam, dgn meletakkan tangan di kepala dan mengusap-usap sambil kosongkan fikiran dan berdoa. Setakat ni, cara tu masih berkesan bila saya gunakan pada orang tersayang. Saya rasa ramai ibu menggunakannya utk anak kecil :)


Di waktu selang, saya baca Al Mathurat. saya baca utk tenangkan hati saya, dan hati suami saya. Dari awal masuk wad, saya tak lekang dgn al Mathurat dan yasin. Hampir setiap kali lpas solat. banyak kalilah dalam sehari... (saya baca pelan2 la sbb room tu ada 2 orang). Sebenarnya kalau check-check, dalam al Mathurat terdapat ayat2 al Quran yg digunakan sbg ayat Ruqyah, ayat penyembuh dalam perubatan Islam, selain zikir dan doa-doa.

Bab solat Jumaat, saya tanya pada doc, doc cakap, boleh dah solat Jumaat pd minggu ke3. Boleh bengkok kaki. 2 minggu  Hubby tak solat Jumaat (ganti dgn zohor). Minggu ke 3, kami kat banting. Saya biarkan Hubby pergi solat Jumaat dgn ayah. Bila hubby cakap, dia bengkok kaki masa duduk dan sujud, memang rasa nak melompat!

Hurm.... siapa kata Solat menyusahkan orang yg sakit? Saya yakin... ia menyembuhkan. Insya Allah.


Memang penyakit selalu membuat kita rasa lemah. Saya pun adakalanya macam tu. Lebih2 lagi, kalau saya sendiri yg sakit. Saya pernah kena gigit Tebuan. Memang rasa teruk sangat masa tu. Bubuhla air zam zam, minum air banyak2, bubuh minyak dan pelbagai petua lain, termasuk Ubat hospital, masih terasa BERDENYUT-DENYUT DAN PEDIH, PANAS. gr...padahal gigtan kecil je tu. Meskipun MIL bagi perhatian, suami asyik pegang saya, saya masih lagi rasa nak berguling-guling... bayangkan macam mana. hikhik. Itu belum lagi orang momok-momokkan saya, nanti betis saya akan bengkak! Masa sakit, sebenarnya kita nak dengar sesuatu yg menyamankan, juga harapan. sebenarnya, kan? :) Tapi masa tu, tiada siapa pun yg dapat kurangkan sakit saya.

Jadi, masa itu ingat sangat pada Allah. Boleh kurangkan sakit pun, jadilah. Jadi, dalam sakit itupun, saya dipapah ambil wudhuk, dan solat sambil duduk kat kerusi. Esoknya... dgn izin Allah, kaki saya tak bengkak teruk macam yg dikatakn orang tu. Huh, lega. Sebab sakit dgn bengkak, memang berkali ganda la. :)

Alhamdulillah, sejak itu saya yakin, air wudhuk, Solat, berzikir, dan membaca ayat2 al Quran amat mujarab untuk kesembuhan. Jika Ubat mengurangkan rasa sakit, yang menyembuhkan tubuh badan ialah Sel-sel badan itu sendiri. Yg menggerakkan tubuh badan ialah kita Manusia. Dan yg menyembuhkan dan pemilik tubuh itu ialah ALLAH!

p/s: Cerita saya itu, adalah sekadar menyatakan solat tidak memberatkan orang yg sakit. Ia macam satu terapi, selain bantuan ubat-ubatan. Kepayahan bersolat semasa sakit, lebih terasa berbanding waktu sihat. Saya juga selalu berasa lembap dan lemah walau sekadar sakit kepala yg sampai muntah2 tu (migrain). Dan saya berharap, suami saya akan mengingatkan saya waktu itu. :)



Wednesday, February 8, 2012

Moga pahalanya sampai....



Bila saya baca balik apa yg saya tulis tentang makcik2 jiran, masa zaman anak gadis dulu, ada something yg saya terfikir. (Ia di entry sebelum).

Mama saya seorang yg amat murah hati mmberi makanan. Dia berniaga goreng2 (pisang, keropok, ubi) sejak saya skolah rendah. Kalau ada lebihan, memang dia akan bagi pada jiran kami yg sudah tua, dan jiran lain meskipun pisang goreng itu dah sejuk semuanya, tapi masih ada orang suka. Kadang2 ada lauk sedap, ada juga diberi pada jiran. Mama saya juga pandai mengambil hati orang tua-tua...Hurm, Abah saya pula  suka memanjakan anak-anak jiran tetangga dan anak sedara. Ada sorang anak sedara mama saya tu, asyik mengekor Abah saya jer, sampai kami naik jeles. :)

Tapi saya taklah sepandai itu. Saya agak garang. :) Sbb itulah saya fikir beratus kali meskipun terniat nak berniaga makanan kat gerai. Yalah, teringin nak ada produk sendiri kan?

Saya pernah terbaca kat satu majalah Anis, seorang isteri yg mengandung, suka sangat masakan makcik jiran sebelah rumahnya. Sampai selalu jugalah isteri minta makcik itu buatkan sambal, dan macam2 lagi. Tapi makcik tu baik, dia selalu layan pasangan tu. Kata pakcik pula, dia bayangkan pasangan tu macam anak-anak dia. Jika kita banyak tolong orang, dan murah hati pada oranglain. Moga dgn izin Allah, ada orang yang belas dan kasihan juga murah hati pada anak-anaknya yg semuanya duduk jauh2 dari mereka.
.................

Saya terkedu di situ.
Terima kasih, Ma Abah, memang kemurahan hati Ma Abah telah kami kecapi. Terima kasih Ma Abah, kerana bersusah untuk kami...

Memang banyak dah kejadian yg saya nampak, kalau kita buat Kebajikan atau Kejahatan sekalipun, biasanya balasannya bukan datang pada kita direct. Tapi pada orang2 kesayangan kita....

..................

Memang benar, ada orang mengasihi saya. Memang benar, ada orang bermurah hati pada saya. Memang benar, tak ramai orang mahu berbuat jahat pada saya. Sekalipun saya berbuat baik pada mereka semua, saya selalu NIATKAN pahalanya pada Ibubapa saya. Yalah, mana sama mak bapak orang dengan mama abah sendiri, kan?  Saya cuma  RINDU pada layanan mama  abah saya...  Saya hanya bersyukur... Allah mmberi banyak nikmat kepada saya. Kalau ada masa saya menunjuk perangai, harapnya, janganlah Allah mengira yg itu!


Allah... moga kebajikan2 saya mndapat pahala. Moga dengan mnjaga hati Mertua, maka menantu-menantu ma abah saya , akan belas dan kasih pada Ibubapa saya.
Dgn berbuat baik pada adik2 jiran, moga adik2 saya mndapat keselamatan dan kebahagiaan walau di mana berada.
Moga dengan sedekah saya, suami saya akan bertambah rezeki.
Moga dengan membuat perhubungan baik dengan teman suami, Suami saya akan mndapat kebaikan yg tidak putus-putus dan dipanjangkan umur.
Janganlah Dikau timpakan kifarah kesalahan daku ke atas mereka..... Amin Ya Rabb!



Belajar meluahkan rasa

 Klik kanan new tab. saiz besar ni. sesuai wat planner, atau catatan.

Bismillah. Blogging banyak membantu saya mengenal oranglain. Memahami bahawa dunia bukan hanya sekitar saya. Ia lebih luas. Bayangkan saja saya orang kampung betul, yg dunia saya bukanlah dunia moden, kehendak saya hanya suam kuku  (tidak suka memaksa diri untuk keinginan) , pergaulan saya juga bukan di kalangan orang bandar.  Jadi, saya perlu banyak memerhati untuk mencari keyakinan diri saya menempuh EQ (emotional intelligence), juga SQ (spiritual inteeligence), meskipun intelligence itu  boleh diketepikan.. haha.  kita belajar dari sekitar, dan saya ada jugakla terpengaruh dgn sifat materialistik, nak kejar akhirat, tapi duniawi (beli barang mahal, nak cantik, nak berjalan..) Semua tu nak juga.  Jadi, lama-lama, saya tak lagi bersikap begitu. Sebab saya dari keluarga susah,  jadi saya belajar untuk berpuas hati dgn apa yg ada.  Saya tak suka memaksa diri untuk benda2 mahal yg sepatutnya duit tu boleh guna untuk keperluan lain.

Kelmarin, saya dan suami ke majlis perkahwinan teman roommate suami masa belajar . Kendurinya di Bangi.  Hadiah + kertas balut hadiah + minyak dan tol + jarak perjlanan dkat 80 km. Tidakla bernilai sangat berbanding melihat My Hubby tak habis2 senyum dan gelak dengan teman2 lama.  Saya biarkan dia berbual lama-lama..  Petang dekat Asar baru kami bertolak balik.

Lepas majlis, kami ke Ikano, nak hantar blender phillips yg dah tercabut tangkainya kat Harvey Norman. Aiceh, itu terbeli kat situ. Bukan bermaksud takmo beli kedai letrik biasa. Cuma masa tu, ada SALE, jadi rembatla satu.  Kami siap tambah RM50 untuk extended warranty 5 tahun . Malangnya, rupanya mereka cover motor blender jer!  Jug ke, tangkai ke, butang ke, semua tak cover.  Sedey.... jadi, kena gi cawangan phillips untuk beli jug baru kalu mahu.


KISAH DULU-DULU

Dulu saya sangat suka berbual. Saya juga mudah melayan makcik-makcik atau kakak senior. Dan saya ingin membawa diri saya dgn baik. Dan satu masalah, makcik-makcik ni mudah sangat luahkan masalah mereka pada saya. Saya pula selalu menyangka mereka jenis " Tawadduk " yang selalu saja merendah diri di hadapan seorang gadis kecil macam saya.

Satu hari, masalah timbul dgn satu keluarga, apabila ada rakan satu rumah sewa mula cakap belakang, katanya saya terlalu melayan keluarga makcik itu. Kerana makcik itu kerap singgah ke rumah kami. waktu tu, saya fikir tak salah, sebab saya tak rasa apa-apa pun. Barangkali saya terlalu berfikiran lurus. Sebab sikap makcik2 dan kakak kadang2 suka mengomen itu dan ini dan suka bertandang ke rumah untuk berbual. Agaknya teman serumah rasa kurang privacy.

Saya pula memang takde kakak betul, kakak tiri ada la, itupun duduk jauh dari kami dan jarang berjumpa. Mak sedara pula memang jarang jenguk kami, jadi saya tak tau macam mana rasanya ada makcik2 dan kakak ni. Makcik itu pula sangat baik, dan dia bukan jenis suka mengumpat orang. Bahkan selalu kasihan pada kami yg duduk bujang ni. Dan suka menegur remaja macam kami supaya berkelakuan baik. Makcik tu selalu ajak kami makan malam. Memang syokla. Malahan ajak kami bermalam di rumah mereka, yg itu saya tolakla, sebab saya segan sangat ngan pakcik.

Satu hari, saya rasa bersalah kerana anak makcik itu bagitau saya, bahawa maknya keguguran. pakcik tgah outsation masa tu. Rasanyala, First orang yg anak-anak makcik tu cari... ialah SAYA! HUHU.... saya tengah tido masa tu, belum ada hanset dan pintu bilik dikunci. Rakan2 belum balik. Setelah maknya dibawa ke hospital, anak bongsu makcik tu merajuk sakan dgn saya. Masa tu saya rasa bersalah sangat, sampai temankan makcik tu kat hospital utk buat D&C.

Dan masa tula, saya rasa satu tanggungjawab yg tinggi apabila kita terlalu rapat dgn seseorang. Saya pindah pun, sebab banyak sangat orang cakap belakang, jadi saya pun taknak susahkan sesiapa. Sampai saya dah pindah dari rumah sewa tu, ada rakan serumah masih lagi menyalahkan saya kerana berbaik dgn makcik tu kerana makcik tu suka memanggil mereka kalau nak mintak tolong apa-apa. Saya senyum jer, kerana selepas pindah, saya rasa rindu dgn keadaan itu. :)

Memang banyakla kenangan saya dengan makcik Penang tu. Tapi dah lost contact.

Macam tu jugalah yg terjadi dgn seorang lagi makcik Kelantan, dia dah arwah. (al Fatihah) Saya cuma tahu setahun selepas perkahwinan saya. makcik tu dulu sangat baik pada saya. Dia orang berniaga, selalu mmberi makanan lebihan berniaganya. Daging masak hitam dia, sangat sedap! Tak pernah saya jumpa di mana-mana. Disebabkan saya ni orang masih belajar, tak berduit banyak. Selalu jugak saya seakan berkunjung ke rumahnya, padahal saya teringin daging masak hitammya itu! Malunya bila difikirkan. Itulah budak-budak perempuan bila keluar merantau dan dok jauh dari keluarga. Bab makan jer, yg paling dia cari. Dia nak yg MURAH TAPI SEDAP! Alahai, maknanya burger, laksa penang, kue teow goreng, nasi lemak jela hari-hari.. huhu.

Tapi saya sedikit pun tak terniat nak mengambil kesempatan. Sebab semurah-murah hati orang, kita kena tau membataskan diri. Mama saya tak ajar saya mengendeng makanan orang. Barangkali, mama saya pun tahu anak-anak perempuannya jenis suka makan. Oh, Masa ramadhan kat surau dekat rumah sewa tu pun, penuh dgn kami nak berbuka dan solat terawikh. Setiap kali, mesti makcik tu bekalkan kami lebihan lauk berbuka surau. Memang gembira hati. Buat SAHUR.. :) Di situlah saya kenal makcik tu, sebab rumah dia dekat surau.

Bila sampai satu masa, saya mula membaca masalah2 dalam familynya. Sebab kadang2 mereka macam tegang di hdpn saya. Suaminya polis, mungkin strict sikit caranya. Jadi, lama-lama saya jarang ke rumahnya. Cuma ada sorang anaknya perempuannya, kerap naik basikal ke rumah sewa kami. Baik budaknya.Dan saya selalu layan dia untuk exam sekolahnya. Tapi sekarang pun, dah lost contact, sebab hanset saya rosak dgn simcard. Jadi, tak simpan nombor mereka. Kesian arwah makcik tu bertahun2 nak jumpa saya.  Tapi masa tu, saya amat sibuk dgn kehidupan baru berumahtangga.  Dan mengikut suami. Al Fatihah.


Nak tau? Masa saya tengah lurus, bendul, berbaik dan bergaul dgn jiran2 tu, meskipun tertekan dgn pelbagai perkara yg saya TAK FAHAM, sebagai gadis remaja, saya rasa banyak Rahmah yg saya dapat. Hidup saya tenang, lancar, dimudahkan, dan hal duit tidak mnjadi masalah kalau sekadar nak makan. Namun, bila dah jauh dari lingkungan itu, saya jadi huru hara sikit, dah tak tenang, selalu jer kelaparan. Duit selalu shot. Pelik, bila saya fikirkan. Agaknya saya dah jauh dr Doa mereka barangkali...


Bila dah bukan bergelar anak gadis, benda yg paling saya takut bila dah bergelar seorang Isteri, ialah komitmen dgn sedara mara, kawan2 dan jiran tetangga. Sebab kita bukan lagi budak2.. kita dah masuk Dunia makcik-makcik itu.

Saya biasanya  diam dengan orang yg tidak mengenal saya mahupun jarang2 jumpa saya .  Saya HORMAT pendirian atau pendapat oranglain, sebab saya pun tidak rasa pendapat saya benar sepanjang masa. Mungkin pendapat saya salah. Sebab itulah kita elok  DIAM.  Ia baik untuk mengelak pertelingkahan, tapi baikkah untuk mengenal satu sama lain?

Tanda2 kita kenal satu sama lain, ialah apabila kita tau apabila dia sedih, kecewa, marah, gembira, dan segalanya expression dia.

Meskipun kita merendah diri, tidak bermakna kita lurus bendul. Atau harus mengikut cara oranglain. Suami saya selalu cakap, kita mungkin boleh mendengar cakap orangtua kita, tapi kita jangan bangkang, sebab menyakiti hati mereka, tapi  meskipun bgitu, Tak semestinya kita kena ikut semua cakap mereka.  Mula-mula saya rasa mungkin itu cara terbaik untuk menjaga Hati orangtua.  Mengikut  Cara beragama . Kemudian, saya pula rasa,  Sebab kita tak bagitau pendirian kita, dan terlalu memendam rasa, mereka tak tau apa pendapat kita, dan bila satu masa kita bagitau, mereka akan mungkin marah sebab  kita tak bagitau awal2.



Ada pro and cons di situ. Kenapa kita tak " belajar "  meluahkan rasa?  Supaya satu saat kita tak rasa dikhianati, kita tak rasa bersalah, tak mudah disalah faham, dan kemudian tak rasa merindui kenangan itu, sebab hubungan dah jauh?   Moga Allah merahmati ahli keluarga di atas yg banyak mengajar saya, dan saya amat merindui kenangan itu!



Friday, February 3, 2012

Usaha berkasih sayang


Kita sediakan tanahnya
Kita menyemai benih, seronok bila ia bercambah
Ia membesar dengan batang yg lembut, kita alihkan ke kotak yg sesuai
Kita berikan baja, makin galak ia meninggi
Kita siram selalu, semakin bertambah daunnya,
Batangnya semakin kukuh,

Jika ada hujan ribut,
kita alihkan anak sayur itu ke tempat teduh,
biar ia selamat,
Jika musim hari kering, kita siram pagi dan petang,
biar tanah membasah, dan ada air menitis dari daunnya,
Semua itu membuat kita bahagia.
Kita membeleknya kerap-kerap.


Bila musim hujan ribut, ada batangnya yg patah,
kita belek semua sayur dan kita bina teduhan
Bila musim kering, nampak daun sedikit kering,
Kita siram selalu dan letak ia di tempat lembap.

Allah memberi pengajaran pada kita daripada mahluk bernama tumbuhan,
Bagaimana menyemai benih kasih,
dan usaha membesarkan rasa kasih,
malah memulihkan rasa kasih yg sentiasa dilanda patah hati atau rasa kecewa,

kerana yg  menemukan kita dgn Pasangan itu Allah,
yang memberikan kita sebuah Keluarga itu Allah,
yang memberikan kita Rezeki untuk menafkah anak isteri juga Allah,
Yang Menguji  dan memayungi  kita dari masalah penghidupan juga dari Allah




 Dan (sebutkanlah peristiwa) Dzu`n-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

SUMBER

Kerana itu usaha dalam berkasih-sayang
Insya Allah, moga2 saya mendapat menuai hasilnya di akhirat kelak!


Tuesday, January 31, 2012

Salam, matter of heart


Sumber: Styleislam


Assalamualaikum wr wbkth,

Dengan izin Allah, saya berada di hadapan komputer. Adik bongsu saya yg bercuti seminggu di sini, dah pun balik menyambung pengajian. Lagipun, dalam waktu itu, adik Siti pun datang masa hari Rabu, kedua mertua pun datang sewaktu pengajian di masjid. Sedikit riuh dgn tetamu. :)

Hujung minggu lalu saya pergi berurut di Putrajaya. Alhamdulillah, terasa urutannya. Baru2 ini saya buat full medical check up termasuk ultrasound di rahim. Jadi, Saya berbekal hasil ultrasound, saya pergi berurut. Saya pergi tawakkal jer, sebab tak kenal, tapi saya dapat info dari orang mndapatkan khidmatnya. Suami saya kat luar, sebab lelaki tak dibenarkan masuk. Alhamdulillah, hasil berbual2, saya mndapat tahu Mak Yong ini dah 9 tahun mengurut. Dari membetulkan rahim, orang lepas bersalin, sehingga bertanggas dan sauna pun mak Yong buat. Ilmu mengurut itu pun, beliau belajar dari adiknya. Jangan tanya saya rasa apa, sebab saya memang tak pandai nak explain :) Cuma memang urutannya sedap. Saya tak rasa berat hati utk mmbayar. Hasilnya, semua dgn izin Allah dan kita hanya berikhtiar. Doakanlah saya sihat dan dimurahkan rezeki ya. Moga rahmat Allah juga ke atas teman2...



Sumber: Styleislam


TENANG DAN SABAR

Saya sedang melatih diri.

Saya di sebuah kedai makan bersama beberapa kenalan. Seorang budak lelaki, telah tertepis minuman yg baru dipesan sehingga semua tertumpah di atas meja, hampir nak kena baju saya . Ayahnya marah-marah, mengatakan budak itu tak boleh dibawa makan kat luar sebab tak mnjaga air itu baik-baik. Sedangkan saya cuma nak lap saja, sambil berharap alngkah baiknya Ayah itu bertenang, dan bersikap lembut pada anaknya supaya anaknya tak terasa malu kerana tertumpah air. Aneh, ayahnya pula yg terasa malu. Budak itu dah berubah mukanya lalu mndiamkan diri sahaja.

Di waktu lain, kami di dewan buffet. Saya pula di hadapan kenalan itu. Ayah itu sibuk berpesan pada anak-anaknya supaya bersopan. Saya pula nak angkat sosej kecil dgn pengepit, lalu terjatuh pula ke bawah meja. Akhirnya saya tergelak sendiri dan mmbiarkan saja. Lalu berlagak tiada apa2 dan mengambil sosej lain dgn berhati-hati.

Saya dan suami di kedai makan. Mejanya disambung dua. Saya memesan jus. Bila sampai saja, saya menarik jus itu ke hadapan saya, tapi meja itu tak sama level , jadi jus itu tersangkut lalu tumpah sedikit. Tisu pun takde nak cover. :) My hubby lain mukanya dah, lalu mengatakan meja itu tak sama level. Saya cuma nak cepat2 mintak kain supaya air itu tak berselerak. Salah saya sebab tarik saja jus itu, dgn meja seperti itu. Tapi malas nak berasa malu, jadi saya mintak adik pelayan tolong lap sambil senyum.

Bahkan pernah, saya baca, kisah ibu yg mana seorang anak kecil kerap ada masalah, sprt pensil hilang, buku hilang, atau bergaduh dgn adik beradiknya. Jika anak itu mmbuat hal di hadapan tetamunya, dia akan berkata pada anaknya " Kamu selalu begini, tak habis2 dgn masalah. Bila nak berubah ni? " Bayangkan air muka anak itu bila disindir atau dimarah di hadapan orang. Jadi, harapnya ibu itu tak terkejut, jika anaknya bila besar boleh berkata macam itu padanya. :(

Itu kisah dgn anak-anak. Hal suami isteri lagi macam2 yg tergigit lidahnya. Seperti saya pernah marah kerana Hubby tingalkan saya di jalan trek hutan templer sedangkan dia nak ke tandas. Hubby pula pernah marahkan saya kerana saya lambat keluar dari satu tempat, sedangkan saya menyangka Hubby masih ada di dalam.

Kata orang, semuanya melibatkan MOOD dan EMOSI. Tapi bila saya check balik, ia berkait banyak dgn sifat sabar dan tenang. Ia satu latihan, sepertimana kita mampu menahan marah di bulan Ramadhan, kerana takut pahala puasa berkurang. Begitulah!



Thursday, January 12, 2012

Mencari redha Manusia

:)
Assalamuaikum,

Sajak ini sajak kehidupan. Saya rasa, semua wanita pernah mengalami situasi itu. Dan saya melihat seorang wanita, yang tidak habis-habis berkorban untuk orang tersayangnya. Tapi tidak memandang, orang yg sangat menyayanginya, yg ingin dia berubah, dari berusaha memuaskan hati manusia. :(

Kita bermuhasabah..



Dia menghitung kenapa?
Dia berbakti,
Dia mengorbankan hati,
Dia berharap dihargai
Berharap pandangannya tidak diketepi.

Benarkah
Mendapat Redha Allah itu,
degan berbakti pada ayah bonda,
Taat pada suaminya?
Tapi kenapa rasa seperit ini?
Bila Bayangan kita diketepi?
Muncul susuk pentingkan diri?

Saban waktu,
Rasa itu mencucuk dalam,
Rasa itu berbaur darah,
Mengalir tanpa kesan terbelah.

Allah,
Adakah mencari redha Allah,
kemudian rasa sepedih ini?
Dia termanggu di tiang Hatinya,
Dia terperosok di lubang kepedihannya.
Sakit.

Di saat cintanya diuji,
Dia tenggelam,
Lupa bertasbih.

Dalam Akal membasuh Hatinya,
Dia terfikir bijaksananya Allah,
Adakah selama ini dia mencari,
Redhanya Manusia?

Bukankah Redha Allah di situ?
Memuaskan hati orang tersayang dan menepikan rasa diri?
Dia mengira-ngira lagi.

Puaskah hati manusia?
Jika diberikan sedikit, mahunya banyak.
Antara Hatinya yan berharap Redha Allah,
Mungkin juga...
Redha manusia dia tidak dapat di dunia,
Kerana Allah memberinya ganjaran di Syurga!

Allah maha bijaksana dan luas kasihnya,
dan luas kasihnya,
Dia amat cinta pada manusia yg cinta padanya..
Allah...
Luasnya MAKNA kasihMu.

Meskipun begitu,
Kurniakanlah
"Rabbana Aatina fiddunnya hasanah, wafil aakhirati hasanah,
waqinaa a'zaabannar.

Mysweetlife-nurindah.blogspot




Sunday, September 25, 2011

Nikmat

Salam sejahtera,

Pagi2 lagi my hubby dah ajak saya ke pengajian. brsemangat sungguh dia. Ada kuliah ustaz nuruddin kat masjid. Dah 3 hari. Tapi kami baru pegi hari ni. Mula2 saya rasa letih nak pegi. Sbb badan rasa tak sihat. Tapi saya temankan juga, sbb my hubby lagi brsemangat bila saya ada. Dia suka saya belajar, dn jadi teman sembang agaknya.

Tak rasa pun syeikh bincangkan kitab Fekah dan hadis, sbb masa brlalu dgn cepat. Dia masuk cerita, kisah, campur hadis, tokoh islami.

Pinggul sakit bila duduk lama, kaki asyik krem je. Tapi ustaz cakap sesuatu yg mndamaikan hati saya..... Pagi tadi katanya " Orang yang menolong akan ditolong. "

Katanya, dia dilimpahkan kesihatan, atas pengorbanannya merantau mengajar ugama. Allah tolong dia dalam nikmat sihat. Beruntung kan? Katanya, pernah buat kuliah sampai 15 hari. Ada orang yg sakit2, boleh sembuh lepas masuk kuliah dan kem ibadah tu. Agaknya Allah tolong orang yg cuba mndekatkan diri kpd Allah, yg mengajak oranglain mndekatkan diri pd Allah.

Saya teringat kes saya disengat tebuan. Sehari je, sakit... tapi saya masih bole senyum walaupun mengadu-ngadu. Syukur, esoknya tak nampak bengkak sangat. My hubby hairan, My mertua lagi la hairan. Sebab sape2 yg kena biasanya bengkak besar walaupun dah makan ubat.

Tapi mndengar kata ustaz tu tadi, saya yakin, Nikmat Allah yg besar masa tu ialah, Allah kurangkan sakit saya, walaupun saya baru je saya penat-penat tolong mertua dan sedara hubby rewang kenduri dan beraya rmh sedara. Dia bagi Ujian (sakit), tapi dia bagi Nikmat (kesembuhan) sekali...

"Yang menolong, akan ditolong.. " Besar maknanya bagi saya.. dan saya belajar dr pengalaman itu. Tak rugi kita brbuat baik kerana ehsan, tanggungjawab dan kasih mengasihi tanpa berkira-kira....




Saturday, September 24, 2011

Curhati 2




Setiap kali selepas rewang atau kenduri saudara, emosi saya jd tak stabil. Saya jadi teringat-ingat setiap sedara yg tayang anak masing2. Anak skolah la, anak baby la. Apatah lagi, setiap kali sedara baru brkahwin, hati saya brdebar2 adakah mereka cepat mendapat anak.

Bbrp hari lepas, saya baca info pasal anak angkat. Sebenarnya dah lama teringin, bahkan saya boleh menjaga bayi kecil.

Bila nampak budak2 menangis meragam bergolek-golek, atau meragam di meja makan. My hubby selalu juga tanya saya, kenapa budak2 selalu macam tu? Dulu-dulu bila my hubby cakap dia tensen dgar anak jiran melalak-lalak. saya kata budak tu kena kacau hantu kot.

hahaha....

Hubby tak faham, kenapa budak kecik suka menangis. Dia tanya saya, dgn wajah kelat. saya cakap.... anak kecik memang kerjanya menangis. nak makan menangis, nak benda menangis.

Kalau nak jadi Parent yg bagus, kena tahan anak menangis.

`__`


Orang keja kilang ni, kasar skit caranya. Dia kan keja kuat. Banyak kali jugalah dia cakap, kalau ada anak sendiri.... dia nak latih macam askar.

adeh

Bahkan walaupun bbrp tahun lepas dia usulkan saya mnjaga anak orang, hati saya brdetik risau. kalau anak orang conteng dinding, agak-agak dia marah tak? kalau anak orang kuat makan, dia berkira tak? kalau Parent lambat bayar yuran, dia marah tak? kalau anak orang sakit, dia berkira tak nak beli ubat?

Yala, nak jaga anak orang kena sayang-sayang.... mana boleh marah kan? 

^__^

Masa tu kami baru kawen, sedang berusaha utk dapat anak sendiri. Sedang cuba mengenal sikap masing2. Sebab sebelum kawen, kami tak bercinta-cinta sangat. Akhirnya isu mnjaga anak orang luput macam tu jer... sebab kami masih mampu berbelanja walaupun tiada duit tambahan.

My hubby suka anak-anak walaupun dia tak pandai nak jaga. Hatinya lembut juga. Motto dia, As Long As You Happy.....

Syahdu skejap. :) Sayang My hubby...



Kata forum ni, banyak Moms yang teringin baby, ambik anak angkat kat KEWAJA, dari oranglain dll. kadang2 tak trfikir pula, nak ambik anak angkat, perlu sampai rm 3,000. Utk bagi saguhati pada si ibu yg melahirkan baby tu. Sebab mereka ambik sejurus lepas lahir. Bunyi macam direct je. huhu.... tapi itulah Naluri seorang ibu. Ingin memegang baby. mahu dengar tangisan baby.

kadang2, dgar orang brcakap, "Ambikla anak-anak orang yg ditinggalkan tu, dapipada dibuang tepi jalan, baik korang jaga."

That Words...  Hati saya brdetik. Sbb kasar bunyinya. Bukan utk kami, sbb kami jer yg bole buat kptusan ke tak utk ambik anak angkat, tapi pandangan mereka pada anak tu. Kasar bunyinya, "dari dibuang-buang".

Tapi sampai sekarang kami tak ambil. Sebab itu keputusan kami. Tapi saya tabik pada moms yg sanggup ambil anak-anak ini. Bukan semua ahli family  sanggup terima, walaupun parent angkat sanggup jaga.

Okla, tutup bab tu.

We,

Always ask our best time HERE, at babyhopes ovulation calendar.

Selain makan GNC's multivitamin with pre natal formula, with 400mcg perday.

Jangan tanya produk biodex ke ape. My hubby selalu cakap kena rujuk doktor dulu seblum makan.

But i think, that's not enough.

And last night... rezeki Allah agaknya, my hubby setuju nak gi tempat dr hamid arshat. :D Kami dah dapat kumpul duit kalu dia nak riban-riban pun. My hubby cakap, kalu trial tak menjadi pun, dia takkan mengungkit-ungkit.


^ _____ ^ There's a big smile in my heart.


Doakan dia tak berubah hati. Amin, amin, amin.... :))





Friday, September 23, 2011

Curhati

Salam sejahtera,

Siang tadi sibuk betul .Mengurus sedikit masalah keluarga kat kmpg. Ber sms je, bagi nasihat, bagi teguran itu ini. Banyak masa sgt agaknya saya ni. hu..

Ada juga parent tegur, saya ni masih muda, bukan orang tua nak tegur2 adik-adik, nak marah adik-adik. Alahai...Ini adik-adik sndiri je, adik orang takkan beria-ia saya nak tegur kan? tambah pening kepala je.

Ada kala parent pesan, tak elok gaduh adik-beradik. Dah namanya adik-beradik, tak brgaduh tak sah. Umo pun tak jauh, zaman kami hampir sama. Kami dah rasa dulu drpd mereka ni. Kami boleh tunjukkan mereka jalan yg betul, dan jauhkan mereka dr jurang masalah itu. Tapi sometimes, parent tetap defend mereka jugak. :( Takut adik merajuk, marah, dsbg... Jadi adakala kita diam jerla utk jaga hati parent.

Actually, rasa dah sibuk sangat dari nak mengurus hal adik-adik ni. Bila dah tak peduli kang.... parent marah. bila peduli sangat, dia tak bagi tegur. Hurm, sabo je.
Kami pun ada masalah sndiri gak.... sape nak ambil tau? huhu...


Tutup cerita. :)) Ujian tuhan.. Nasib baikla Allah jaga adik-adik saya. Tak seorang pun jadi mat rempit ke hape. Masih jadi kebanggaan parent. Cuma kurang sikit bahagian lain jer... macam saya juga ada kurangnya, tak perfect juga.


Malam ni ada open house kat rumah jiran. Alhamdulilah. My hubby dah 3 hari berderet puasa, ada rezeki utknya hari ini.

My MIL ada pesan, kalau salam-salam ngan orang Alim, mintak dia doakan kami cepat dapat baby. Tapi saya kalau salam-salam, kalau boleh mintak semua orang doakan, bukan saja orang brgelar ustazah. Sbb mana tau ada antara mereka yg DOANYA mudah dimakbulkan Allah?

Kami hanya menumpang, sambil usaha dan doa yg tak putus.. Amin, amin, amin utk sesiapa yg mndoakan kami mndapat cahayamata. Rahmat kembali atasmu.



Thursday, September 22, 2011

Mood masih ada

Salam sejahtera,
Ada yang masih beraya?  Saya pun masih ada semangat tu, walaupun sehari dah puasa kelmarin.
Hari ni dah tak lalu nak pose, sbb kelmarin sakit kepala sampai termuntah. Insya Allah sambung esok. Open house taun ni pun, ramai yg buat waktu malam.

My hubby dah takde mood nak raya-raya. Dia sibuk nak buat Report yg masa outstation haritu. Tinggal saya jerla, masih bersemangat waja. Cuma tak buat open house je.  :)

Apa ya yang saya buat sejak Seminggu lebih balik dari kampung?


1. Hias dan kemas rumah. Takut ada tetamu express.


First, langsir. Sebab kain langsir tu, dah berzaman nak sangkut, tapi ada masalah ukuran. Saya nak buat double railing.  Mmg tempah langsir simple tu, tapi saya bagi salah info ukuran rasanya . Jadi, dgn hati kering, saya oter setakat boleh dan jahit sendiri.   Langsir malam sebenarnya  saya nak beli yg satin wane perak skit biar kilau-kilau dan sepadan dgn langsir siang wane hitam tu. Tapi My Hubby takmo beli dah.

Katanya raya nak abes.  hu...


Lepas tu, buat sarung utk kerusi ni. Kenapa? Sebab saya kesian, tetamu2 yg pernah datang, macam tak selesa nak duduk kerusi tu. Satu span dia nipis, satu ia kurang lebar tmpt duduknya. Jadi, saya buat la sarung dia.

Maap Mak, sya oter kain langsir Mak yg mula2 mak bagi kat kitaorang.  Saya tampal span pada kain dia je, pastu cantum setiap sudut.hu.... tak sabar masa buat ni, rasa nak cepat2 abeskan.  Tapi better than curtain.  Jahit langsir sangat  boring..... hu....


Jadi macam ni. My Hubby kata macam tempat duduk pengantin.  Hentam jerla bang. Dekat bape hari dah menjahit sampai tak tido malam nih.... hu..

Saya cuma ada asas menjahit. Mesin jahit pun yg murah-murah je. Jahit benda lain tak lulus lagi. Buat benda macam ni, herot pun orang tak pandang sangat . Tapi kalau baju herot-berot, masalah besar tuh!

^__^



2. Satu masalah rumah apartment ialah, kehadiran makhluk brnama kucing. 2 minggu saya takde, bermaharajalela kaum dia kat depan koridor rumah tu. Berak, kencin... hu.. Jadi, dalam kaki masih trhencot sikit lepas kena sengat tebuan, saya gagahkan diri basuh koridor tu. Jgn tanya berapa baldi saya siram, siap clorox lagi. Hu....


Inilah depan rumah saya...  ^__~


Nasib baik orang bawah tak marah sbb air mengalir. Sebab petang tu hujan lebat. ngeee...


3. Satu lagi, nak keringkan pakaian.  Terutama kalau baru pulang dari Bercuti. Hu..... nak basuh cadar, basuh selimut, campur pakaian lain. Membasuh pakaian bukanlah masalah besar. Tapi nak keringkan tu masalah dunia. Jemur kat koridor dekat sliding door tu, mmg matahari terus. Tapi matahari pun tak nampak kalau hujan lebat.

'__`

Mmg kat rumah mertua, ada basuh baju. Tapi hari last2 tu tak sempat kering. cuaca mendung petang jer hujan. tapi baju pakai setiap hari. hu.... tak sempat kering yg itu, yang ni dah basuh pulak. Seminggu juga la, saya berperang dgn hujan, sbb koridor tmpt jemur kain tu, takde AWNING, jadi tempias wo...


Nak dok, apartment, ada bajet... beli la Dryer kain. hU... kesian bini you..

^__^



Di bawah ni special, bantal baru kita.... Saya gunakan balance langsir yg saya oter tu. Jadikla, sebagai penghias sofa.....  Cara ukur kain utk bantal ni. cara mudah, letak jer bantal atas kain, balut bantal tu, bagi lebih keliling dia, dan semat dgn peniti. Jadi kita tau ukuran sebenar bantal tu. GUnting.


Ini hasilnya.  Saya jahit tepi 3 sudut je. Satu sudut lagi, tempat sarungkan bantal. Ingat nak butangkan jerla.

Buat 2 keping.  Jahit keliling dia.  Kalau ada balance tepi yg cantik, jadikan  utk renda, potong selebar 1 jari lebih campur basi jahit. Kita cantumkan  pada satu keping.

Kita jahitkan yg untuk renda tu, macam di atas. Jahit tangan jer, besar-besar, asalkan melekat dan mmbentuk kedut renda.

Pastu cantumkan dgn sekeping lagi, jahit mesin pula. Jahit 3 sudut je. Satu sudut lagi utk masukkan bantal. 

Monday, September 19, 2011

sometimes i feel like i don't know how to write

Salam sejahtera,

kadang2 saya jadi tak tau macam mana nak menulis.

tangan kaku
idea ada, tapi tak boleh nak susun ayat.

takut

takut nak menyusun kata
takut nak describe apa-apa

orang cakap blog macam diari. boleh tulis apa yg kita nak.
tapi orang baca...
itu yg payah tu.
tapi kadang2 kita nak tulis jugak.
bila dah terlepas tulis, rasa malu pulak. :)
cepat padam balik.

Ada juga orang terdekat saya yg promote blog saya pada orglain.
katanya penuh resipi. macam-macam ada.
Gulp!

Sudahnya,
saya pula malu nak bgtau alamat blog ini,
Sebab blog ini tempat saya meluah rasa,
padang saya bermain


Saya rasa segan....
Sebab saya bukan pandai masak sangat,
Siapa yg jumpa saya tu.... nasibla :)

Blog ini,
Tempat saya bermain,
belajar menjadi dewasa,
Jejak-jejak meniti usia berumahtangga.
Tepat 17 sept lalu,
Sudah 5 tahun 7 bulan 4 minggu
Saya belajar mnjadi seorang isteri dan menantu.

Adat menantu, kena pandai jaga mulut,
adat menantu, kena pandai jaga kelakuan.
tapi,
Siapa yg nak tanya apa yg saya rasa?
Siapa nak ajar kalau saya tak pandai?

Saya fikir,
Besarnya tugas Mama saya yg ada 5 orang anak perempuan,
Meletihkan.
Lagi2 dapat puteri2 yg suka belajar, tapi taknak belajar kursus mengurus rumahtangga.
Kena ajar sorang2 setiap kali nak berumahtangga?
Kena ajar menyelami hati lelaki,
Menyesuaikan diri dgn keluarga mertua?


Sabarnya Abah saya.
Dgn mulut2 yg suka bercerita riuh rendah, ada 5 orang puteri macam ada 10 orang.
Dia kena dengar semua. Tahan telinga.
Belum campur mama saya. hahah...
Kena sapot pakaian puteri-puterinya yg ntah apa-apa.
Sebab itulah agaknya masa kecil kami agak berjimat,
satu bidang kain..... 5 pasang baju. :)

Dah besar ni lain cerita,
Taste dah ikut semasa,
campur luar dan dalam....
yg perempuan kna ada 6-10 benda sekali berhias diri.
anak lelaki yg sorang cuma ada 3-4 benda jer utk dirinya,

Kesian adik lelakiku yg sorang.
patutla dia selalu menyepi diri,
Tapi Mama manjakan dia,
Abah bergantung pada dia,
Lepas kahwin, dia manja dgn isterinya pula,
kesian mama... kesian abah.

Aiseh,
masuk bab lain dah ni. berjela nanti...

Alkisahnya,
Suatu hari di tempat rewang, orang bertanya resipi puding marble yg mertua saya bawakan. Saya yang buat... huhu.
Itulah asal usulnya kenapa saya resah gelisah nak 'open' bila orang lain mintak alamat blog.
Mereka tau pulak kita main internet, blogging semua.
Kata kita ni rajin masak.
padahal kita ni cincai juga....


My mertua dan adik ipar semua dah tau blog ni.
Ini oranglain,
Orang sekampung my mertua,
makcik2 dan sedara jauh-jauh....
huhu


My hubby jauh outstation,
Saya pula ada can la follow ibu mertua,
Dia buat itu, saya ikut, dia susun itu, saya pun buat.
cuma bab borak jer..

Orak reti.
heheh.

Sedara-mara kita mungkin boleh terima kita seadanya,
boleh maafkan kita sebab kenal mak ayah kita,
kalau kita tak pandai cakap atau bergaul.


Ini sedara orang...
pandang kita dari segala sudut.
kalau kita merapu-rapu kat blog
kalau kita tak pandai berkata-kata...
Sambil kita gila-gila
Belajar masak ni....

Saya dah bagi resipinya, sbb takut disindir kedekut resipi.
Itupun hati takut, sbb makcik-makcik kan lebih pandai masak.
tapi ada yg mintak alamat blog pulak.
Saya bagi sengih....

Gulp! Dalam hati.
Kalau kita tak cakap alamat blog kita..... diaorang tak boleh jumpa kan?
Bijak ke bodoh tu? huhu...


Haih!
Dari tak reti nak tulis, tak reti describe...
Dah panjang berjela.
Ampun maaf dipinta. Garu kepala....

Agaknya sesiapa faham apa yg saya rasa?






Sunday, August 28, 2011

Nota awal pagi

Salam sejahtera,

Malam ini ada jamuan berbuka lagi. Hanya 4 keluarga yg datang. Yg lain mungkin dah bercuti raya. Rasa saya amat ketinggalan jer. :))

Tadi terbaca ada blogger kemalangan dari post blog CMG. Tidak trkata. Moga adik yang terlibat dlm kemalangan itu, cepat2 sembuh dan dilindungi Allah sntiasa.

Teringat pula seorang kawan My Hubby, kita bagi nama Z. Waktu berbuka macam malam inilah, di tempat yg sama kami berbuka ramai2 tadi, 2 tahun lalu. Sehabis kami berbuka dan bersalam2, kami semua pulang. Z dan familinya pula.... accident. Kedua-dua anaknya cedera teruk. Seorang di ICU. Tak silap seminggu jugalah, akhirnya anak yg di ICU itu dipanggil Allah. Innalillahi wa ina ilaihi raji'un... Sampai sekarang, apabila ada makan-makan di tempat kami berbuka tadi, jarang Zack dan familinya hadir.

Segalanya milik Allah. Ya Allah, benarlah malang itu tidak berbau. Kdg2 kita rasa ia takkan berlaku pada kita tapi rupa2nya Allah nak uji kita. Astaghfirullahal azim.. allazi la ilaha illa huwalhayyul qayyum wa atubu ilaih...

Takziah buat Wiyah juga, atas kehilangan anak yg dikandung. Allah Maha Pengasih, dia sayangkan anak-anak Wiyah. Sayangkan Wiyah juga.

My Adik Nura dan Nura kan baru jer nyaris bila ada kereta tiba2 mmbelok takde signal. My Anak sedara yg kecil hampir2 semasa melintas jalan di bandar sesak. Maklumlah budak lasak. Alhamdulillah, segalanya selamat dan yg paling lega ialah Mama saya.

Dalam trkejut semua ini, saya bersyukur atas apa yg saya ada sekarang ini. Ingin hargai apa yg saya ada. Kerana hidup ini hanya sementara, begitu juga orang yg bersama kita. Kehilangan itu menyakitkan. Tapi kita juga bakal menyusul orang2 yg tiada itu, cuma berdoalah selalu... supaya kita dipanjangkan umur dan dijauhkan kecelakaan kerana bukan semua yg mampu menghadapinya.

"Ya Allah, janganlah Kau berikan kami ujian yg kami tidak mampu hadapi meskipun ujian yg Kau beri adalah sesuai dgn kadar upaya kami. Dan Insya Allah, kami bersabar. Amin "



Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers