Sumber: Styleislam
Assalamualaikum wr wbkth,
Dengan izin Allah, saya berada di hadapan komputer. Adik bongsu saya yg bercuti seminggu di sini, dah pun balik menyambung pengajian. Lagipun, dalam waktu itu, adik Siti pun datang masa hari Rabu, kedua mertua pun datang sewaktu pengajian di masjid. Sedikit riuh dgn tetamu. :)
Hujung minggu lalu saya pergi berurut di Putrajaya. Alhamdulillah, terasa urutannya. Baru2 ini saya buat full medical check up termasuk ultrasound di rahim. Jadi, Saya berbekal hasil ultrasound, saya pergi berurut. Saya pergi tawakkal jer, sebab tak kenal, tapi saya dapat info dari orang mndapatkan khidmatnya. Suami saya kat luar, sebab lelaki tak dibenarkan masuk. Alhamdulillah, hasil berbual2, saya mndapat tahu Mak Yong ini dah 9 tahun mengurut. Dari membetulkan rahim, orang lepas bersalin, sehingga bertanggas dan sauna pun mak Yong buat. Ilmu mengurut itu pun, beliau belajar dari adiknya. Jangan tanya saya rasa apa, sebab saya memang tak pandai nak explain :) Cuma memang urutannya sedap. Saya tak rasa berat hati utk mmbayar. Hasilnya, semua dgn izin Allah dan kita hanya berikhtiar. Doakanlah saya sihat dan dimurahkan rezeki ya. Moga rahmat Allah juga ke atas teman2...
Sumber: Styleislam
TENANG DAN SABAR
Saya sedang melatih diri.
Saya di sebuah kedai makan bersama beberapa kenalan. Seorang budak lelaki, telah tertepis minuman yg baru dipesan sehingga semua tertumpah di atas meja, hampir nak kena baju saya . Ayahnya marah-marah, mengatakan budak itu tak boleh dibawa makan kat luar sebab tak mnjaga air itu baik-baik. Sedangkan saya cuma nak lap saja, sambil berharap alngkah baiknya Ayah itu bertenang, dan bersikap lembut pada anaknya supaya anaknya tak terasa malu kerana tertumpah air. Aneh, ayahnya pula yg terasa malu. Budak itu dah berubah mukanya lalu mndiamkan diri sahaja.
Di waktu lain, kami di dewan buffet. Saya pula di hadapan kenalan itu. Ayah itu sibuk berpesan pada anak-anaknya supaya bersopan. Saya pula nak angkat sosej kecil dgn pengepit, lalu terjatuh pula ke bawah meja. Akhirnya saya tergelak sendiri dan mmbiarkan saja. Lalu berlagak tiada apa2 dan mengambil sosej lain dgn berhati-hati.
Saya dan suami di kedai makan. Mejanya disambung dua. Saya memesan jus. Bila sampai saja, saya menarik jus itu ke hadapan saya, tapi meja itu tak sama level , jadi jus itu tersangkut lalu tumpah sedikit. Tisu pun takde nak cover. :) My hubby lain mukanya dah, lalu mengatakan meja itu tak sama level. Saya cuma nak cepat2 mintak kain supaya air itu tak berselerak. Salah saya sebab tarik saja jus itu, dgn meja seperti itu. Tapi malas nak berasa malu, jadi saya mintak adik pelayan tolong lap sambil senyum.
Bahkan pernah, saya baca, kisah ibu yg mana seorang anak kecil kerap ada masalah, sprt pensil hilang, buku hilang, atau bergaduh dgn adik beradiknya. Jika anak itu mmbuat hal di hadapan tetamunya, dia akan berkata pada anaknya " Kamu selalu begini, tak habis2 dgn masalah. Bila nak berubah ni? " Bayangkan air muka anak itu bila disindir atau dimarah di hadapan orang. Jadi, harapnya ibu itu tak terkejut, jika anaknya bila besar boleh berkata macam itu padanya. :(
Itu kisah dgn anak-anak. Hal suami isteri lagi macam2 yg tergigit lidahnya. Seperti saya pernah marah kerana Hubby tingalkan saya di jalan trek hutan templer sedangkan dia nak ke tandas. Hubby pula pernah marahkan saya kerana saya lambat keluar dari satu tempat, sedangkan saya menyangka Hubby masih ada di dalam.
Kata orang, semuanya melibatkan MOOD dan EMOSI. Tapi bila saya check balik, ia berkait banyak dgn sifat sabar dan tenang. Ia satu latihan, sepertimana kita mampu menahan marah di bulan Ramadhan, kerana takut pahala puasa berkurang. Begitulah!
No comments:
Post a Comment