Saya pening nak berhurai panjang. Lgpun, berfikir banyak sangat, tak baik juga utk kesihatan.
Saya pula banyak berfikir kebelakangan ni. Tengokla my hubby, waktu trluang dia mmbaca buku. buku2 tebal pulak tu. Buku yg kena banyak berfikir. Nak tidur pun nak baca buku, kat meja makan pun baca buku. kadang2 saya menjerit mintak perhatian! Geram, :)
My Hubby tak sihat, banyak hari dah. Tapi batuknya sikit2. Biasanya dia makan apa yg ada. Tapi kebelakangan ni, memilih pula. Dia cakap tak kena dgn seleranya. Tapi saya tahu, dia kurang selera sbb badan tak sihat. Malam tadi, tempat tidur basah dgn peluhnya, sedangkan kipas terpasang.
Malam tadi, saya buat sup ayam yg MIL selalu buat, cairkan kuah pecal, celurkan sayur kangkung dan taugeh, kemudian goreng sedikit paru, buat sambal kicap, daging sos merah sedikit. Lepas makan, my hubby kata kenyang.
Tesendu saya. Dah lama dia tak kata macam tu. Selalu makan nasi pun, dia tak cakap apa2, Alhamdulillah saja. Malam tadi, saya buatkan makan malam, kena dengan seleranya barangkali. Atau badannya dah nak sihat. Tak kisahla, yg penting, my Hubby rasa puas hati dgn makanan tu. Semua isteri rasa bahagia melihatnya, meskipun suami tidak memuji, kita tahu air mukanya. Siap kata perutnya kenyang, dan menyanyi dalam bilik air tu. Tapi malamnya, rasa tak sihatnya itu datang balik.
Hari ni, saya suruh mintak MC, tak mau. Saya rasala.... badan saya pun dah tak sedap ni. hu, ya Allah janganlah. Kesian my hubby nanti.
BERDOA
Saya banyak jumpa doa-doa dan amalan kebelakangan ni. Teringat pula, kata seorang kakak. Kita beramal dgn Doa untuk memudahkan kehidupan kita, tapi hanya jika Allah mengizinkan ia berlaku. Jadi, jika ia terjadi, jangan takbur atau riak. Jaga hati kita. Semua itu berlaku dgn kehendak Allah.
Satu doa yg pernah saya selalu amalkan, ialah doa senang, Doa keluar rumah dan Doa naik kenderaaan. Doa ni, saya selalulah amalkan bila naik kenderaan. Dan doa ni juga diulang, bila My hubby bawa kereta laju-laju! :) Doa naik kenderaan ialah , petikan dari Surah Az Zukruf, ayat 13 dan 14.
Satu saat, kami bawa kereta sampai ke Besut. Masa Raya puasa 2 tahun yg lalu. Ada juga sekatan polis masa bawa mama dan adik-adik pergi rumah sedara. Polis tu telek jer, cermin kereta kami, pastu terus suruh pergi. Hati dup dap juga, baru teringat nak check road tax semua. Bila kami check, betullah, Road tax dah mati sebelum kami bawa kereta ni balik ke Besut! Maknanya perjalanan 7 jam pergi dan 7 jam balik, kami bawa kereta takde road tax! Allah, saya rasa bape kali lalu sekatan jalan raya? Pun dah lupa. Dahla, perjalanan dgn kereta guna duit, kalu kena saman lagi, mmg rasa tak mo beraya nanti. :) Nasib baiklah Allah mudahkan perjalanan kami. Allah...
Dan kerap kali, jika kami balik ke Banting dengan kereta kancil dalam keadaan uzur sekalipun, tidak pernah kereta mati di tengah jalan yg mmbuatkan kereta kena tarik. Kalau enjin panas sekalipun, masih boleh sejukkan. Kalau sangkut brek dll, atau bateri kereta nak padam, masih mampu bergerak sehingga ke tempat yg dituju. Dan kereta hanya mati bila sampai. Bahkan, susah sangat nak terlanggar apa-apa, meskipun Hubby selalu menyelit-nyelit celah kenderaan lain, sehingga mmbuat darah saya berderau. Allah... Mintak lindung.
Sekarang ni, saya mmpu bagitau begini, sebab ia berlaku banyak kali dah. Dan saya yakin, ia berkat mmbaca doa naik kenderaan tu, juga doa keluar rumah dgn niat bertawakkal pada Allah. Kita kena yakin, dgn perlindungan Allah. Dan kita juga yakin, Allah juga bila-bila masa boleh menguji HambaNya. Mohonlah agar kita tenang dan jauh dari kecederaan.. Cuma setakat ni, yg tak lepas, ialah jalan bila Jem teruk dan bila cari parking kereta. Saya rasa, ada doa lain yg mujarab utk keadaan itu. :)
Oh, minggu ni, hari Ahad, ada kuliah Syeikh Nuruddin. Kuliah bulanan, jangan dilepaskan. Bukan selalu dapat dengar kuliah syeikh. :) Saya dalam mood Anniversary, meskipun tengah tak sihat ni :)
Assalamualaikum Nurindah,
ReplyDeletesihat ke?? Lama kak Nur tk singgah sini..kdg2 terlalu sibuk terlupa nk singgah rumah kawan2....alhamdulilah setiap suami pasti syukur dan bergembira diatas layanan isterinya lebih2 lagi bab memasak nie...tul kan INdah??
nurindah,
ReplyDeletekdg2 mmg susah dgr suami memuji..tapi kalo makan bertambah tuh maksudnya sedaplah tuh kan..
apapun smg x jatuh sakit!!
t.ksh kerana x jemu tggl komen dlm blog k lin..
salam ukhwah dik :)
salam kenal, terima kasih singgah umah kak gerau...
ReplyDeleteSalam kak Nur,
ReplyDeleteKami sihat.. hehe, saya pun sama. malu la nak pergi tengok dapur kawan2, sedangkan saya tak bawa juadah apa-apa. hehe.. dah lama saya takde masakan baru. Jadi malas nak pegang kamera. hu.
Benar, kak. Moga dia gembira. Itu saja. :)
Salam kak Lyyyn,
ReplyDeleteAlhamdulillah, kami dah makin ok. Hubby batuk2 sikit pun ada, sbb dia mmg tak suka makan ubat. camano isteri tak sedih kan? :)
Salam ukhuwwah kak. Harap ia menambah kekuatan pada kak Lyyn.
Salam kak gerau,
ReplyDelete:) Salam kenal kak. Saya kenal dah lama, hehe.. cuma saya komen kadang2 jer.