Sejak kelmarin, komputer ni masuk virus. Alhamdulillah dah settle.
Pagi ni, tiba-tiba teringat masa zikir solat sunat tasbih haritu. Selain masa Qiyamullail dan sunat tasbih, jarang sekali kita sebut alunan zikir ini. Sedap bunyinya... Saya, dah biasa dengar sejak sekolah asrama lagi. Cuma nak beristiqamah dengan amalan yang berterusan itu yg payah. Allah...
Kadang2, bila hati tengah lara, rasa Allah bersama kita, ya, selagi kita ingat padaNya, dan menjauhi larangannya. Seperti pesan terakhir Rasulullah SAW, "Peliharalah Solat!"
Rasulullah tak cakap "Dirikan solat". Kalau sekadar bersolat, banyak yg saya nampak mereka yg bersolat. Tetapi mahukah kita menjaga aurat kita selepas kita solat? Menjadi pemimpin yang Adil dan tidak membuli, menjadi pekerja yang tawaduk bukan semata kerana Gaji. Mahukah kita menjauhi sifat buruk dalam hati ? Menjauhi sifat lagha. Menjauhi hasad, marah, benci, memaki dan menghina. Dari Takbur, riyak, sombong dan Bakhil. Bersifat pemurah dan mengasihi orang miskin. Bersikap baik pada orang yg lemah, yang kecil, juga yang tua dari kita? Meskipun kita tidak mndapat layanan baik atau dibalas dari mereka, mampukah kita? Kuatkah kita menjauhi Hiburan dan sahabat2 yg melalaikan?
Allah...
...........
"Peliharalah Solat!"
Cukupkah solat kita 5 waktu? Tidak sempatkah 15 minit untuk meluangkan waktu bersama Pencipta setiap kali. Sibukkah kita? Bagaimana jika Allah sibuk dari mendengar doa dan rayuan kita?
Sempurnakah solat kita tanpa solat sunat.
Terbayarkah hutang Solat kita?
Pagi ini bacalah bacaan Al Mathurat. Syeikh Nuruddin sendiri berkata ada amalan Rasulullah, para sahabat, dan ulamak di dalamnya. Hayatilah, cantik bacaan dan terjemahannya :)
Jangan lupa hari ini, (Jumaat) baca surah al Kahfi untuk menjauhi fitnah Dajjal. Kita tak mahu menjadi pengikutnya di akhir hayat kita. Nau'zubillah min zalik!
Dan kita mulai dengan zikir indah ini...
Allah, Allah, Allah, ya Allah,
Cukuplah Allah yang Maha Agung sebagai Tuhanku,
Tiada di dalam hatiku melainkan Allah,
Cahaya Nabi Muhammad SAW.
Salam, terima kasih kerana mengingatkan.. belum ber al-kahfi lagi rupanya aku hari ni.. dek tak berapa sihat, jadi alpa..
ReplyDeleteSalam Che mid,
ReplyDeleteMoga cepat sihat. Saya pun selalu lupa. Kena selalu ingatkan diri :)