Shoutmix dah tiada. Rindu, mungkin tiada bernoktah pada si biru muda dan si pink mudaitu. ;) Selamat Tahun Baru 2012.
The phrase sabrun jameel is most famous from the saying of Sayidna Yaqoob alayhi salam upon hearing the news of his son Yusuf, as told in Surah Yusuf:
فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ
But [as for myself,] patience in adversity is most goodly [in the sight of God]; and it is to God [alone] that I pray to give me strength to bear the misfortune which you have described to me.”
Image: http://www.alfaraj9.com/XPPortal/Arts/2/168.xpp
Sumber ayat: http://fafirrooelaallaah.wordpress.com/2007/10/18/sabrun-jameel/
Cara berfikir yang tidak sama
Dalam meniti kehidupan, kita mudah keliru tentang suatu persoalan. Dari persoalan hidup, kerja, rumahtangga, Agama.
Bertanya kepada Orang tua, kadang-kadang, kita pula yang dimarahi. Kerna selalu sangat jadi mainan perasaan. Atau soalan kita itu salah agaknya.
Seorang yg 'wise' dan tenang, akan berasa kita hanyalah orang muda yg mudah keliru, tidak tahu. Dan seperti oranglain, tak suka disalahkan.
Dahulu, semasa saya masih bujang, banyaklah ruang saya utk adik-adik yg suka bertanya itu ini. Dan saya, akan menganggap mereka tidak tahu.
Tapi bayangkan sekarang ini, dengan tanggungjawab rumahtangga, dan mereka yg makin dewasa dan banyak pancaroba di perjalanan... saya mula tertekan dengan pelbagai soalan dan keluhan mereka. Dan bila saya TERMARAH... memang benar, mereka akan menjauhkan diri dari bertanya lagi. Dan ibu saya pulalah yg mnjadi orang tengah menyampaikan maksud mereka kepada saya. Sayang sekali, kan, kalau keadaan itu berlaku? Sedangkan kita ingin menunjukkan kita seorang yg 'wise' dan tenang seperti Owl, kan?
Keadaan yg sama berlaku bila dengan isteri atau suami, dngan mertua, ibubapa, atau saudara dan kawan rapat. Marah ialah sesuatu yg menjarakkan hubungan kita dengan mereka.
Saya tertarik dengan kata-kata di facebook hari ini: http://www.facebook.com/hasrizalabduljamil
" Jika rumahtangga berantakan kerana masalah tidak faham hukum agama dan tidak mengamalkan hukum agama, maka penyelesaiannya ialah cari ilmu agama dan beri galakan.
Bagaimana pula jika rumahtangga berantakan kerana masalah cara berfikir, hingga ilmu agama pun tidak dapat difahami dengan betul? "
Ini contoh. Dan Orang Mudalah yang selalu keliru.
Dalam meniti rumahtangga yg aman, kita sering mencari Agama sebagai panduan hidup.
Tetapi menjadi masalah apabila kita boleh bertekak kerana berkecil hati antara satu dengan yg lain. Dari rasa nak menghuraikan bab Agama, melarat-larat kepada bab perasaan-perasaan pula...
Bukankah agama itu berkait dengan kehidupan? Agama adalah merangkumi semua aspek.
Ketidaksabaran dalam memahami agama yg selalu berlaku, apabila terlalu ingin mencari ilmu tapi lupa mengamalkannya.
Seringkali, orang muda merujuk pada ibubapa. Ibubapa yg penyabar menghadapi persoalan anak, memberi CAS TENAGA untuk anak melayari kehidupan, baik di tempat kerja, mahupun dalam rumahtangga. Bayangkan saja, jika ibubapa marah atas pertanyaan anak yg bermacam-macam itu...
Sepertimana perhubungan kita dengan bos, dengan suami, isteri, ibubapa, mertua, anak-anak atau saudara mara dan sahabat, kesabaran itu menjadikan hati dan akal kita ampuh utk memahami mesej oranglain. Dan menjadikan kita lebih 'wise', sama ada dalam perhubungan dengan oranglain, atau memahami masalah yg berlaku dalam kehidupan kita.
فَاصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلًا
Therefore [O Believer] endure all adversity with beautiful patience.

No comments:
Post a Comment