Sumber photo: Resipi hidangan barakah , By TVAlhijrah (Albums).
Notes: Saya baiki resipi saya, ya :))
Salam sejahtera,
Kelmarin, saya ternampak ada orang cari roti baghdad. Saya memang ada buat petang tu, on the spot, hehe. Sekarang saya ada tugas baru, mr Hubby suh rakam kuliah syeikh nuruddin kat tv alhijrah. Lepas kuliah tu, ada hidangan barakah ni. Jadi, saya rakam guna kamera, tetapi ia dlm format .mov, malasla nak convert lagi, upload lagi. :) Tapi buat teman2 yg tak sempat tengok, saya printscreen. Payah tu saya nak catch semua, tapi Alhamdulillah. Sebab saya dah buat roti ni, itu yg berani tayang.
:) Komen Hubby? New recipy. Trial pertama ni okla. Rasa dia, sedang-sedang.. sedap. Tapi elok dihidang panas2 sbb roti canai pun akan kejung bila kena angin. :) Tapi saya try panaskan balik, hurm... ok! :D
Saya terlambat aritu, tajuk resipi aritu lain. Saya cuma catat roti baghdad jer.. makan dgn Sos sendiri.
Kuah roti terdesak
2 keping Daging burger dihancurkan
Bawang besar 1/2 biji didadu
Bawang putih didadu
2 sdm Cili kisar
1 biji Tomato didadu
sos cili, sos tomato secukup rasa.
2 sdb sos spagetti kimball
garam sedikit.
Air secukupnya.
ala-ala macam kuah spageti. Tapi Hubby kata Ok! Dia habiskan banyak keping, sampai taknak makan nasi malam tu :)
Er... Saya punya ;))
Roti baghdad Chef Ammar
Resipi:
Tepung Gandum 500gm
Majerin putih/shortening/lemak sayuran 80gm - (ada satu masa, chef cakap 100gm)
Garam 1/2 sdt
Baking powder 1 1/2 sdt
Air suam setakat perlu
Bubuh flour, garam , baking powder , shortening dalam bekas/food processor - Blend (atau ramas-kalau guna tangan).
Biar sampai bercampur,
Tambah air sedikit-sedikit, sbb takut terlembik.
Keluarkan bila doh tak stick pada tangan
Doh siap.
Bahagi doh kepada doh kecil dlm 100gm (dapat 6 ketul),
Bulatkan-bulatkan doh kecil, sehingga permukaan nampak licin sikit.
Ambil satu bekas , masukkan doh tadi. wrap (balut dgn plastik wrap), biar 10-15 minutes.
Bila dah cukup masa, ambil doh.
Tabur tepung atas tempat canai,
Ambil doh, leperkan sedikit,
Salut doh dgn tepung, canai/gelek , masuk dalam pan untuk dimasak.
Ops.. chef tu lambung, kita jangan la.. :)
Panaskan pan, letak roti tadi. Ia cepat jer masak. (saya letak skit minyak atas pan for first time jer)
Balikkan, biar masak, letak atas pinggan.
Buat sehingga habis satu persatu.
Dlm masak tu, roti akan menggelembung, tekan dgn kain supaya ia tak menggelembung.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
kagum sangat, semua pergerakan dibuat sambil sebut nama allah!
ReplyDeletecaantik la kejadiana roti bagdad tu.. serius :-)
ReplyDeleteSalam KOG,
ReplyDeleteSifat terpuji yg harus dicontohi. Kata beliau berzikir dalam hati atau ucapan, boleh mengelakkan kita dari mndapat kecderaan sms memasak,dan masakan pun lebih sedap, Insya Allah. :)