Ada sedikit tips buat melonjakkan semangat kita menjelang Ramadhan dan Syawal, dari video di bawah . Moga kita tergolong dalam golongan Hamba-Nya yang beringat-ingat.... Amin.
Puan hajah rohani,
pakar kewangan
Elakkan berlebih-lebih
Baju cantik di hari Lebaran bukan ukuran kejayaan tranformasi ramadhan dan syawal kita
Banyakkan memberi lebih baik
Prof Dr Muhaya
Tranformasi keluarga di bulan ramadhan.
Pembangunan peribadi :
1. melebihkan penghargaan
2. menyebut kebaikan
3. mengurangkan kritikan
Pembangunan pekerjaan :
Sentiasa fikir, rasa dan buat tindakan yang baik
Pembangunan spiritual :
1. Mmenghormati semua makhluk allah
2. sentiasa jujur
3. lemah- lembut dan kasih sayang
4. Berfikir macam mana nak memberi manfaat
Dr. Mahathir Mohamed, (yang ni orangmuda.. bukan bekas PM kita :)
1. Pemakanan -
Ramai yang tertinggal Sahur. Sunnah bersahur.
Jika tidur sepanjang malam dan esoknya berpuasa, badan kita akan menjalani situasi metabolisme berkurangan. Proses pembakaran lemak dan penghasilan tenaga akan terjejas. Justeru itu, Sahur yang sempurna dan seimbang sangat penting.
Sebaliknya, Berbuka- sering berlebihan. Padahal solat terawikh tidak mengatasi jumlah makanan. :) Selepas 'berbuka', kita akan tidur sepanjang malam pula . Itu mnyebabkan USUS kita bekerja keras pd waktu malam, yang sepatutnya ia berehat waktu malam sehingga waktu sahur.
Sebab kita berpuasa pd jangkamasa yang lama, sepatutnya kita berbuka dgn makanan yg 'manis' utk mngembalikan tenaga sprt kurma dan buah-buahan (makanan sihat).
Makanan berat seperti makanan berunsur karbohidrat 'kompleks' seperti 'Nasi' perlu DIKURANGKAN.
Terutama karbohidrat ringkas, ( karbohidrat berunsur makanan manis ) , yang akan menyebabkan paras gula naik mendadak dan turun juga mendadak. Itulah yang menjadi masalah selepas berbuka, mata kita mula terlelap untuk Solat Terawikh (atau Qiyamullail). Dengan mengambil (jumlah) makanan lebih ringan sewaktu berbuka mngelakkan masalah trsebut.
2. Senaman sering ditinggalkan semasa berpuasa. Buatlah senaman yang mudah dan ringkas yang tidak lama sehingga kita tidak mngalami dehidrat. Sebenarnya senaman membantu kita lebih aktif untuk berpuasa, tetapi senaman yang sesuai. Ada jenis-jenis senaman yang menguatkan otot kita.
SUMBER http://htf.moh.gov.my/v3/document/Penerbitan/004-pemakananutkdiabetes.pdf
NOTA NURINDAH:
p/s: Sahur, pada amatan saya, ia seakan dinner/makan malam. Sebelum ini saya menyangka ia breakfast. Sebab itu, layu jer nak makan masa sahur, meskipun makan nasi panas.... :) Kita patut tambah tenaga banyak-banyak masa Sahur ni sebenarnya..
p/ss: Berbuka dengan Kuih-Muih atau makan Nasi yang berlebihan, menyebabkan badan lesu dan mengantuk. Itu betul. Masa berbuka, saya ingat badan perlukan tenaga, jadi ter-paksala makan banyak. hehe... Itu salah. Meskipun orang Besut, saya suka makan kuih sikit2 je masa berbuka. :)
Saya ada baca dalam satu web katanya,
İftar: Breaking the fast (not breakfast!) haha...
Lepas terawikh, sangat sedap makan Nasi round 2 dan bubur manis... yum! :D
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment