Saya terbaca di sini:
irhafiz.wordpress.com/soal hati
Sumber isu: Majalah Solusi Isu 4
Salam sejahtera . Terima kasih buat penulis. :) Moga ia menjadi muhasabah buat diri kita sepanjang menjalani ibadah di bulan Ramadhan. Ramadhan ialah bulan memperbaiki diri. Jika ada halangan sekalipun, bertahanlah, istiqamahlah, seorang wanita harus mempunyai tenaga dan semangat yg luar biasa!
Hati orang mukmin
Hati orang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria. Manakala hati orang yang fasiq (berdosa) ialah hati yang sakit dan resah. Dosa itu akan mengundang gelisah dalam jiwa.
Rasulullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dalam hatimu.”
Bagaimana
Bagaimana caranya untuk mengesan samada hati kita sihat atau sakit? Sekali lagi Syeikh Ibn Ata’illah memberikan panduan menerusi kata katanya:
“Sebahagian daripada tandanya matinya hati, iaitu jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika buat sesuatu perlanggaran dosa”.
Beliau menegaskan lagi bahawa kata kata itu bersandarkan sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang berasa senang oleh amal kebaikannya dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman)” (Riwayat al-Tabarani).
Kalau badan kita sakit, kita tidak berselera untuk makan sekalipun dihidangkan makanan yang enak. Mana mungkin kita makan, hidung yang tersumbat, lidah yang pahit yakni ketika deria pandang, bau dan rasa kita telah “tercabut”.
Begitu juga dengan hati yang sakit menolak segala “makanan Rohani” yang enak dan lazat seperti solat, zikrullah, membaca al-Quran, doa dan lain lain. Apabila solat tidak lazat, bukan ertinya solat itu yang tidak lazat tetapi kerana hati kita sakit. Apabila membaca al-Quran tidak manis, bukan beerti al-Quran itu pahit tetapi hati kita yang sakit.
Mujahadah
Hati yang sakit wajib dirawat. Jika sakit lahiriah menyeksa kita didunia dan paling buruk akan berakhir dengan kematian, sakit bathiniah (hati) menyebabkan kita terseksa di dunia dan menderita selama lamanya diakhirat. Tidak ada Jalan lain untuk merawat hati kecuali dengan Jalan mujahadah (bersungguh sungguh menempuh Jalan ketaatan).
Ubat selalunya pahit, maka begitulah dengan mujahadah, ia sangat pahit, perit dan menyeksa. “No pain, no gain”.
Itulah hukumnya. Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Jadi tidak ada Jalan pintas untuk merawat hati melainkan dengan bermujahadah. Orang yang bersungguh sungguh dalam mujahadah akan mendapat pimpinan Alalh SWT, insya-Allah.
Mafhum Firman Allah SWT: “Dan sesiapa yang bersungguh sunguh di Jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan Jalan Jalan Kami.”. (Surah al-Ankabut 29:69)
Untuk mendapat dorongan dan kekuatan dalam bermujahadah, renungilah panduan panduan yang diberikan oleh Al-Quran dan sunah mengenai soal hati. Ikutilah nasihat para ulama yang merupakan “doktor-doktor” Rohani yang arif dalam soal yang seni dan maknawi ini. Mereka yang celik mata hati ini mempunyai “stetoskop” yang dapat mengesan penyakit hati dan mengubatinya.
Sehubungan dengan itu, imam Al-Ghazali memberi panduan :
“Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu ketika bangun membaca Al-Quran. JIka kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur meningati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah SWT, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”
Membaca Al-Quran
Sudah semestinya hati terganggu oleh kerenah kerenah manusia atau gelombang kehidupan. Namun lazimilah mencapai Al-Quran dan membacanya. Bacalah ayat-ayat Allah itu, kerana ia pasti akan menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Itulah penawar jiwa, ubat kepada hati.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Diturunkan kepadamu Al-Quran sebagai petunjuk dan Rahmat serta penawar..” (Surah al-Isra’ 17:82)
Jiwa yang tidak membaca al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, Cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.
Orang yang “berjaya” tetapi meninggalkan Al-Quran dalam hidup umpama mendaki puncak hanya untuk meninggikan lagi tempat jatuh. Ibarat memburu fatamorgana dunia, hanya untuk ditipu olehnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tiadalah kehidupan dunia melainkan mata benda yang menipu” (Surah Ali Imran 3:185)
Bagi mereka kehidupan adalah sempit. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ Dan sesiapa yang dikehendaki-Nya menjadi sesat. Dia (Allah) jadikan dadanya sempit dan sesak seolah olah dia sedang mendaki ke langit..” (Surah al-An’am 6:125)
Buat mereka ini dijanjikan kesibukan yang tanpa henti kelesuan yang tiada berpenghujung, kejemuan yang sentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan.
Mendirikan Solat
Selain membaca Al-Quran, rawatlah hati dengan solat. Berkata seorang ulama bernama al-Hakim:
“Jika kamu ingin Allah ‘bercakap’ denganmu, bacalah Al-Quran kerana Al-Quran ialah ayat ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu pula ingin ‘bercakap’ dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah”.
Sebab itu, seringkali Rasullullah SAW bersabda kepada Saiyidina Bilal ( apabila Baginda menyuruhnya melaungkan azan), “Rehatkan kami dengan solat wahai Bilal”.
Itulah ketenangan hati yang dimaksudkan oleh Imam al-Ghazali dengan anjurannya, “Carilah hatimu dalam solat!”.
Mengingati Mati
Rawatlah hati dengan mengingati mati. Hati yang mengingati mati akan hidup, yang melupakan mati akan mati. Hiduplah dengan semangat orang yang bersedia untuk mati.
Sabda Baginda SAW: “ Orang yang paling cerdik iaitu mereka yang banyak mengingati mati” (Riwayat al-Baihaqi).
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Asslmkum Kak Nurindah..
ReplyDeleteThank's kongsi ilmu..
Salam Ramadhan n selamat berbuka puasa..(^_^)
Waaalaikum salam, ibh_sue,
ReplyDeleteSame-same.. Selamat menjalani bulan ibadah dik. :)