Hari ini saya membelek gambar kahwin saya 6 tahun dulu.
:)
Namun, saya terpandang wajah sedih Ma saya.
Wajah sedih itulah yang terlihat semasa dia mula-mula meninggalkan saya di asrama SMKA Tok jiring berpuluh tahun dahulu.
Masa itu Ma mencium pipi dan dahi saya, dan saya tidak langsung menangis...
Setelah Ma dan semua balik, saya ke tandas, lalu saya menangis di situ...
Hari bersejarah saya 6 tahun lalu, di Banting, Ma tidak lagi mencium saya begitu. Saya tidak juga menangis.
Hari bahagia saya... tetapi ia hari berdoa saya. Doa yang terlalu!
Saya berdoa agar Ma, Abah dan semua orang yg menghantar saya tiba di rumah dgn selamat.
Saya berdoa agar segala kelemahan saya dilupakan orang
Saya berdoa agar wajah saya yg tidak secantik pengantin lain mampu menambat Hati keluarga mertua.
Saya berdoa agar saya mampu membahagiakan semua..
dan tidak menyusahkan semua...
Tuhan.
Saya memandang lagi Album gambar. Adik-adik saya yg lekatkan semua gambar ini. Waktu itu saya dalam keadaan sibuk yg amat, tertekan yg amat.
Setelah melalui fasa kematian abang tiri saya 2 minggu sebelum itu, saya takut utk melangkah ke gerbang perkahwinan. Seperti semua orang menyalahkan saya... Kematiannya dalam tidur. Innalillah...
Defensive. Itulah perkataan yg terbaik. Saya mempertahankan cinta saya. Ma saya mempertahankan agar majlis saya diteruskan. Murninya usaha Mama.
Di dalam keluarga orang, saya terpaksa mengikut cara orang. Tiada masa berduka lara. Tiada masa menghitung kesedihan diri. Tiada masa menahan rasa. Saya berasa terawang-awang...
Sebagai isteri saya harus tahu mengalah dalam apa jua hal...
Dalam kamus duka dan lara,
Aku pasti menerima kelemahan atau kelebihan Ma.
Sepertimana dia menerima diriku yg tercipta dr setitis air mani ini...
Jika Tuhan mengurniakan anugerah seorang ibu yang terbaik,
dialah yang terbaik buatku,
Itulah dia, Mamaku...
Terima kasih!
P/S: Saya hendak scan sedikit gambar itu utk frame bentuk black and white. Oh.. biarlah gambar kahwin saya biasa-biasa saja di pondok keluarga saya. Tetapi saya tahu, sudah banyak titis pengorbanan Ma dan Abah di situ! Saya berbangga!
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
alahai.. rasa tersedih pulak dibaca..
ReplyDeleteSalam kak Sari,
ReplyDelete:) terkenang masa dulu. Titis pengorbanan mereka tak dapat dilupa.