Dah goreng ikan utk sahur, dah masak sayur. Nasi dah dimasak. Buah? air masak. Cukup. Tapi kan, saya belum boleh tido lagi.... camana nak bangun sahur ni?adeh..
Malam Ahad lalu, lepas terawikh, kami bergerak ke banting. Bersahur dan berbuka di sana. Alhamdulillah, adik-adiknya balik. Riuh rendah jugalah. Terawikh kat banting 20 rakaat. Rasa terawang-awang jer bila solat terawikh 20 rakaat, hehe.. Tapi Alhamdulillah, saya boleh ikut sampai habis. Lepas terawikh, kami bergerak balik BB, jam 3 pagi baru sampai rumah. Itu yang hubby ngantuk sangat tu.
Tapi Alhamdulillah, kami makan roti baghdad, resipi dr tvhijrah. Jadi, hubby kata cukup buat tenaga.
Malam ni, saya tak terkejar-kejar nak ikut hubby ke masjid. Sebab saya berasa tugas isteri perlu diselesaikan dahulu. Sudah 2 hari kami keluar, jd banyak kerjarumah bertimbun. dan saya rasa sayu pula bila menyiapkan pakaiannya. Saya teringat betapa besar pahala seorang isteri yg menyiapkan pakaian suaminya utk ke masjid. Kita tidak tahu berapa lama jodoh kita dgn dia. Sama ada kita yg pergi dulu, atau dia yg pergi dulu... Sememangnya ibadah ialah TOP LIST, tetapi berbanding ibadah sunat, kita mesti menjaga rumahtangga baik-baik. Perasaan suami juga harus dijaga. Itu tanggungjawab yg Allah serahkan kepada kita bila bergelar seorang isteri , juga ibu..
"Ihya' Ramadan" bersama Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Setiap hari, bermula 1 Ramadan 1433 H, jam 5 petang. Eksklusif di TVAlhijrah :-)
Soalan pemanggil:
1) Lupa niat puasa:
- Jika tidak niat pada malam hari, maka puasanya tidak sah. Ada pendapat mengatakn boleh berniat utk satu bulan, dan diterima . Boleh mula berniat malam ini. Tetapi lebih afdhal, berniat setiap malam.
2)Mencium isteri:
- Keadaan suami, yg berumur atau masih muda. Yg berusia, tidak mengapa. Jika tidak mengundang syahwat, ia tidak mengapa. Jika boleh terlajak, hukumnya haram.
Boleh, jika tidak naik syahwat. Jika tidak mampu mengawal, seeloknya kita mengelakkan sbb boleh membatalkanpuasa.
3) Imsak :
- Desfinisi puasa. menahan makan dan minum dr terbit fajar sampai tenggelam matahari. Jika azan masuk, dan masih ada yg makan walau sesuap makanan atau seteguk air, jelas membatalkan puasa. Ada riwayat, Rasulullah berhenti makanan antara waktu sahur dan azan dikumandang, jarak masanya membaca 30 ayat al Quran (10 minit). Itulah imsak. Jelas, ada imsak dlm puasa, sbb detik watu itu cukup mmbaca 30 ayat. Kita disarankan berhenti waktu itu, kerana untuk membersihkan sisa-sisa makanan dalam mulut. Pengecualian pd orang yg tidak tahu atau tidak sedar azan sudah masuk, puasanya masih sah.
4) Panduan iftar yg betul -
-Adalah sprt di mekah dan madinah. Berbuka dgn tamar, baru air. Makanan manis yg digalakkan selain tamar ialah buah-buahan. Berdoa, tepat masa waktu iftar (allahummalakasumtu.....), suap kurma 3 biji atau lebih. Lepas itu berdiri solat. lepas maghrib baru sambung iftar. Itu cara afdhal.
3 perkara Mengekalkan ketaatan beribadah di bulan Ramadhan.
1) Doa dan dan pengharapan kepada Allah.
Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma A'inni, 'ala Zikrika, wa syukrika wahusni ibadatik
(O Allah, help me remember You, expressing gratitude to You and worship You in the best manner)
Bacalah setiap kali selesai Solat fardhu.
Sumber doa: Kitab hadis Musalsal, Syeikh Nuruddin. Hadis musalsal yg kami dapat semasa kuliah Syeikh Nuruddin di masjid bukit sentosa...
- Doa Nabi SAW bila bertemu bulan Ramadhan Ramadhan: Allahumma sallimna li ramadhan wa sallim ramadhana lana wa tasallamhu minna mutaqabbala.
Ya Allah, selamatkanlah kami untuk ramadhan (sampaikanlah kami dgn ramadhan),
dan selamatkanlah ramadhan untuk kami (jagalah ramadhan daripada kami merosakkan dengan kelakuan buruk kami)
dan selamatkanlah ia untuk kami (terimalah dan berikanlah kami kesungguhan beribadah sehingga penghujung bulan Engkau menerima amalan kami).
(sumber terjemahan: video)
Ya Allah, selamatkanlah kami bagi Ramadhan, dan selamatkanlah bulan Ramadhan bagi kami, dan biarkanlah dengan selamat ia berpisah dari kami, ketika kami telah menjadi orang yang diterima."
(Sumber: sentuhan-qalbu.blogspot.com/rangkaian doa ramadhan)
2) Menjaga pandangan, pendengara, pertuturan.
3) Berusaha menghadirkan hati yang hadir bersama Allah
- Letakkan satu had dalam beribadah supaya ibadah kita tidak berkurangan : Cthnya, aku tidak akan tinggalkan solat berjemaah di masjid, aku akan baca 1 juzuk al Quran setiapa hari walaupun letih.
2) Menjaga pandangan, pendengara, pertuturan.
3) Berusaha menghadirkan hati yang hadir bersama Allah
- Letakkan satu had dalam beribadah supaya ibadah kita tidak berkurangan : Cthnya, aku tidak akan tinggalkan solat berjemaah di masjid, aku akan baca 1 juzuk al Quran setiapa hari walaupun letih.
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
terima kasih share tentang ini
ReplyDeletesalam kak Saleha,
ReplyDelete:) Sama-sama.. kita sama-sama meningkatkan diri.