Rasa macam kelam kabut. Saya kerap berdoa moga segala urusan dipermudahkan.
Barangkali, disebabkan banyak berfikir itu ini, badan jadi tak sihat. Kelmarin seharian sakit kepala dan muntah. Di antara lelaki dan perempuan ada beza bila badan menunjukkan ciri tak sihat, iaitu perempuan akan mengalami waktu haid panjang dr yang biasa.. Oh, bukan istihadhah, tetapi dah habis mandi dan solat pun masih datang balik. Itulah tanda badan kita kurang sihat.. Wanita harus menjaga kesihatan baik-baik. Sebab dia harus menjaga suami dan anak. Siapa nak masak sahur dan berbuka, siapa nak basuh jemur lipat baju, siapa nak ngemas? Saya takmo lihat suami pakai stokin lain sebelah nanti. ;)
Adik-beradik saya 5 orang perempuan. Dan sayalah yg mereka tanya bila berkaitan bab ini. Alhamdulillah, bila mereka mahu bertanya bab haidh, bermakna mereka mahu tahu bila boleh memulakan solat, dsbg. Kerap jugalah ada masalah datang 2 kali sebulan, atau panjang sangat sampaikan dah pening... Bab ini, jangan tawakkal dan redha saja dengan kehadiran haidh yang Allah berikan pada wanita, tetapi catat.. harus catat tarikhnya.
Satu buku, yang mana di dalamnya ada disebut kitab Syarh al Muhazzab, Imam Nawawi RA. Kitab ini dikarang lagi oleh ulamak Syeikh Nuruddin khusus bab haidh, tahaharh, solat, talak, khuluk, dll dalam bahasa arab. Lalu diterjemah oleh Ustaz Subki, murid beliau. Satu buku lagi sebelah kanan, ia karangan ulamak mesir dalam bidang usul fikh dan kedoktoran, mengungkap fikh bab-bab rahsia intim dan wanita mengikut khilaf 4 mazhab. Diterjemah oleh Ustaz Fauwaz Fadzil.
Kita beli, meskipun tak mahir dgn 'bahasa kitab', tetapi sekurang-kurang ia usaha kita nak mendalami selain bertanya ustaz usatazah bab hukum sebegini..
Last time saya berdoa supaya haidh tak datang kerana ada kuliah di masjid, betul, ia tak datang masa tu, tetapi Allah gantikannya dengan istihadhah untuk saya... 2 bulan waktu haidh saya tidak betul kerana istihadhah. Lepas tu, saya dah serik untuk berdoa lewatkan waktu haidh. :)
P/S: Di atas, saya saya letakkan info, melihat anak bulan Ramadhan ialah esok 19 Julai, dan waktu berbuka dan imsak dari Jakim. Saya dapat info dari yanmieonline. Mekasih, ya! :))
Hari ni, nak siapkan menu sebulan . Insya Allah, ada masa nak buat kuih frozen macam saya lihat topsyturvymum buat kelmarin. :)
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Selamat berpuasa dari Che Mid, maaf zahir batin
ReplyDeleteSalam kak ja.. selamat berpuasa kpd kak ja dan abg long :).. nti balik tau raye ni.. rindu la.. >nuyu<
ReplyDeleteSalam yu,
ReplyDelete:)
Selamat berpuasa juga kepada adikku yg jauh di mata dekat di hati. Cian dia..
Raya ni rasanya poket berlubang sikit. Renovate rumah, dik.. Tgah tampal-tampal ni, :D