Salam sejahtera, teman-teman. Saya sudah masukkan Ihya' ramadhan tv9 Syeikh Nuruddin ramadhan 5 dan 6 Ramadhan di post sebelum. Saya dah betulkan beberapa kesalahan tulisan. Jika ada kesalahan lain, mohon sangat tegur saya, ya. :)
Oh, jangan lupa siaran syeikh di tv9, kalau tak silap malam ini. Ada cerita tentang beliau. :)
Juga siaran live dari Mekah al Mukarramah : http://live.gph.gov.sa/
Kebaikan.
1) Kebaikan berpuasa, bukan sahaja menahan makan dan minum atau perkara yang membatalkan puasa. Dlm satu ayat : " laallakum tattaqun - agar kamu menjadi org bertakwa."
2) Hadis rasulullah SAW :
" Seandainya umatku mengetahui kelebihan / kemuliaan ramadhan, mereka akan berangan-angan agar sepanjang tahun mereka dlm itu bulan ramadhan. "
3) Dalam sebuah hadis yang lain:
" Melaksanakan ubudiyah sunat di bulan ramadhan adalah sama dgn melaksanakan satu kewajipan di bulan-bulan yang lain.
Melaksanakan satu kewajipan di bulan ramadhan sama dgn 70 kewajipan/kebaikan di bulan-bulan yang lain."
(Oh, 70 kali ganda!)
4) " Ramadhan akan menjadi saksi kepada segala kebaikan yang kita lakukan dan bukan perkara negatif".
5) " Kalian dipayungi bulan mulia, di awal ramadhan itu rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah, di akhirnya dijauhkan api neraka." Hadis ini nabi riwayatkan pada terakhir bulan syaaban.
Jika hadis ini dhaif sekalipun, kita boleh berpegang padanya kerana ia memuliakan bulan Ramadhan dan bukan persoalan hukum halal atau haram
- Sesuai dgn rangkaian hadis:
10 hari pertama ramadhan ialah ialah Rahmat
10 hari kedua ialah Maghfirah
10 hari terakhir ialah kebebasan dari api neraka.
6) " Barangsiapa bangkit melaksanakan sembahyang di malam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan tulus kerana Allah, maka akan terampun dosa-dosanya yang telah lalu. "
7) Sabda nabi: "Sembahyang itu sebaik-baik amal kepada Allah."
Tsauban pernah mndapat tawaran istimewa dr nabi. Permintaan nabi pasti akan dikabulkan. Tsauban tak nak duit, pangkat, dll." Saya mohon agar bersama rasulullah, bersama syurga" . Rasul berkata, "Maka banyakkan anda melakukan sujud/ ibadah kepada Allah"
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment