Salam sejahtera, pembaca dan teman-teman yang disayangi.
Harus ingat, Ramadhan ini milik kita.
Wanita itu lembut, dan penyayang, terlalu memikirkan orang-orang tersayang di sekitarnya. Kerana itu, kadang-kadang dia berasa Ramadhannya berlalu begitu sahaja tanpa ada peningkatan ibadah.
Kelam-kabutnya lebih banyak untuk kebajikan oranglain. Hendak menunggu suami mengajaknya ke masjid bersama-sama, hendak menunggu ada kawan untuk Tadarus, hendak menunggu sampai anak-anak besar barulah nak banyakkan ibadah. Oh...
Jangan gitu... kita harus kaup semua pahala dan kebajikan, jaga suami dan anak-anak, jaga tanggungjawab kerja, dengan ibubapa dan komuniti jiran tetangga. Tetapi, waktu malam... ialah waktu kita, hanya waktu kita dengan Yang Mencipta.
Nanti ke alam barzakh, kita hanya pergi seorang, di alam kubur pun seorang, hendak lalu siratulmustaqim pun seorang. Oh.. Cukupkah masa kita yang tersisa?
Kita patut bersyukur kerana dikurnai suami dan ibubapa yang kenal agama.
Bagaimana keadaan Siti Asiah RA yg bersuamikan Firaun, bagaimana dia kekalkan Tiang Imannya?
Bagaimana Siti Maryam RA, bagaimana dia kekalkan tingkat keimanannya semasa semua kaum mencercanya?
Adakah kita seperti Khadijah bt Khuwailid RA, yang sanggup mengorbankan harta dan kesenangannya demi mengharap redha Allah dan kekasihNya?
Adakah kita seperti Siti Fatimah RA, yang bekerja keras mengurus rumahtangga, yang banyak bersedekah meskipun suaminya bukan orang yang berharta? Sanggupkah kita mengekalkan kekayaan jiwa sprt mereka?
Allah tak kata hanya orang kaya mesti bersedekah. Ia mencakupi kewajipan seluruh Mukmin!
Masa bulan puasa inilah, kita cungkil sifat 'bakhil' kita.
Saya ada terbaca : Rasulullah s.a.w bersabda: Wanita paling utama di syurga adalah Khadijah binti Khuwalid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran dan Asiah binti Muzahim isteri Firaun. (H.R. Ahmad dan Thabrani)
Bahagianya mereka...
Saya cuba mengenang kembali tips yang saya tulis sebelum ini berdasarkan kuliah-kuliah yang saya pernah hadiri atau dengar.
http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/2012/04/wanita-berdakwahbermula-dari-diri.html
Dah semak balik cara solat terawikh?
http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/2010/08/sembahyang-tarawikh.html
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment