Dakwah. Tanyalah ustazah hari ini sedang membentangkan ttg Ibu sebagai pendakwah. Benar, berdakwahlah kpd orang trdekat dgn kamu terlebih dahulu, pada anak-anak, ahli keluarga. Episod sebelum ini,Dr Muhaya pun pernah berkata, dakwah hak semua orang, tetapi ilmu hak Ulamak. Jadi laksanakan amal makruf, nahi mungkar.
Seorang ustaz/ustazah yg keluar berdakwah dan tinggalkan anak di rumah, kerana beliau laksanakan dakwah dan kerana sayangkan anak-anak juga, kerana persekitaran juga membentuk anak-anak. Jika persekitaran tidak bersih, bagaimana anak-anak akan membesar dgn sempurna dan akhlak yang mulia? Tertib mendidik anak juga biarlah seimbang antara khabar baik dan khabar buruk. Jangan terlebih dos dalam menasihati anak sehingga anak-anak takut. Gambarkan kemuliaan, kebesaran dan penyayang Allah. Pujuk dan berlemah- lembut dan ikhlas, begitulah bagaimana Asiah memujuk firaun untuk tidak membunuh nabi Musa semasa bayi.
Jangan berasa terbeban dengan dakwah. Meskipun kita tak nampak perubahan.
Nasihat saya, Mula dari diri sendiri:
1. Keluarkan perkataan dan khabar yang baik. Jika ada berita buruk, siramlah dgn 'mawar' supaya seimbang antara berita baik dan berita buruk.
2. Jangan tunjukkan sifat buruk kita di hadapan anak-anak, suami, menantu, saudara, atau sesiapa saja yang kita jumpa. Betul, kita kena jujur pada diri sendiri tetapi perlulah ada batasan dgn sifat malu meskipun antara ahli keluarga.
3. Pakailah pakaian yang sopan di dalam rumah, supaya syaitan tidak menganggu. Supaya terjaga dari pandangan orang yang mungkin nampak kita dari tingkap. Supaya kita juga tidak mudah terhasut syaitan dgn dorongan nafsu atau sifat-sifat tercela.
4. Qanaah. Berpuas hati dgn rezeki yang ada, setelah berusaha. Orang miskin yang qanaah juga, tanda hidupnya mndapat berkah. Apatah lagi orang kaya yang makin rajin beribadah dan bersikap baik pada oranglain.
5. Bersabar dengan sakit. Sebab sakit itu tiket untuk mendapat syurga.
6. Musuhi sifat riyak. Wanita dgn menunjuk-nunjuk memang tidak boleh lari. Kerana satu masa, kita akan rasa sedih bila kita lihat oranglain tak ada benda yg kita ada. Sprt kita bangga ada kereta baru, satu masa, kita lihat sepasang suami isteri dgn anak kecil di tengah jalan raya sesak menaiki motosikal, dengan hari panas, dan menyelit-nyelit di antara asap kereta dan lori. Memang kita rasa perasaannya jika kita tanya mereka "Kenapa tak beli kereta?". Jadi, saya bangga kami ada kancil.
7. Jangan susahkan Mak kita untuk menjaga anak atau memasak. Tetapi jika dia redha, cubalah senangkan dia. Sebab menjaga anak-anak, haruslah ikhlas, barulah keluarga ada berkat.
8. Jika ada wanita lain merungut atau mengeluh kerana masalahnya di hadapan kita, kita janganlah bertanya banyak. Sebab nanti melarat-larat rasa sedihnya. Kita patut menceriakan hatinya, dan minta dia bersabar. Sebab melakukan kebaikan atau tanggungjawab rumahtangga, tetapi kita merungut akan menghilangkan pahala. Buat kebaikan haruslah ikhlas.
9. Rasa curiga itu berjangkit. Kita bersembang dengan wanita lain yg mula menyatakan rasa curiga pada suaminya, lalu dia menyuruh kita berhati-hati 'kerana curiga pada suami kita'. Sebenarnya kita harus berhati-hati pada wanita itu. Nasihatkan dia.
10. Sebaiknya, jika Suami TIADA di rumah, janganlah kita menerima tetamu ke dalam rumah, kecuali yg ada hajat di hadapan pintu rumah sahaja. Kadang-kadang, ada saja terjadi benda yg tak kena. Benar, tetamu membawa rezeki. Tetapi seorang isteri yg diakui Rasulullah sbg penghuni syurga, yang tidak membawa oranglain ke dalam rumah tanpa izinnya atau semasa dia tiada.
11. Kalau ada keinginan besar, kecilkanlah. Menjadi isteri memang perlu banyak menahan nafsu dan bijak mengatur keluarga, sebab suami adalah orang yg paling sibuk dan tak sempat lihat semua tu. Janganlah sengetkan bahunya di dunia dan di akhirat dengan dosa kita dan permintaan kita yg dia separuh mati bekerja untuk tunaikan. Juga tunaikanlah hak ibubapa kita dan ibubapa mertua. Lupakanlah perkara yg menyusahkan hati.
AHAD
Menu Ahad lalu. Yg ada brownies tu, sebab ada tetamu datang. Tetapi yg lauk lain siap bila suami balik saja. :)
MAKEREL TUMIS. Tumis bawang putih hiris, bawang besar hiris, cili padi potong. :)
KENTANG BERCILI PADI. Dah lama tak buat. Resipi ringkas saja, ada kat SINI
AYAM GORENG BEREMPAH guna serbuk, ;) : Ayam diperap dengan garam, serbuk kunyit, Halia dan 2 ulas bawang putih ditumbuk halus, serbuk Kari, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih
MOIST ORANG MOCHA BROWNIES . Saya bubuh dalam cup. :) Resipi klik SINI
. Oh... saya tambah choc chips utk kali ini. Yumm..:) Bepang
SAMBAL BILIS II
Isnin, My Hubby tak kerja . Jadi, saya buat ini sebagai BRUNCH (breakfast campur lunch). Saya ada improve sambal saya. Saya ada baca ada orang buat Ibu sambal dengan menambah sedikit ikan bilis goreng dalam bahan kisaran (ia dikisar bersama hingga hancur). Jadi, saya tambah. Memang tak perlukan perasa pun, rasanya dah cukup dan sedap. :)) Sambal ini saya buat ala terengganu:
Ikan bilis dibasuh dan direndam sekejap.
Bahan kisar : Saya guna bawang kecil, 1 ulas bawang putih, 10 batang cili kering yang direndam air panas, belacan, asam jawa, air secukup kuah, garam, tambahla sejemput ikan bilis goreng tadi.. Semua kisar hancur.
Tumiskan hingga sambal naik minyak.
Tambah air lebihan dari blender, biar mendidih.
Bubuh ikan bilis, garam, biar masak dan sebati.
Kacau perlahan sehingga masak.
Resipi lain menggunakan bawang besar dan cili kisar senduk, ada kat SINI dan SINI
EGG BENEDICT.
Breakfast Selasa. Pagi-pagi dah panaskan Oven, hehe... Hurm, puas makan telurkelmarin. Egg benedict ni 2 in 1. Hanya masak telur tu separuh saja, biar nampak bergoyan-goyang. Nescaya, suami akan makan dgn tersenyum ' kalau dia tak makan masa benedict baru keluar oven la.. ;) '
Resipi kat SINI
CUCUR SENANG MESRA
Breaksfast Pagi ini, Rabu. Cucur isi udang dan sedikit popcorn bites spicy Ayamas. Masa ni teringat jemput-jemput isi ikan. Kat Tesco, tiada ikan sardinnya nampak tak fresh. Yang di bawah versi sempoi saja tepung + telur + bawang + isi udang + air. Sesiapa yang ada masalah dgn cekodok/cucur/ jemput-jemputnya keras dan cepat liat bila dah SEJUK, hanya tambah air dari sukatan biasa anda. Insya Allah, cucur akan lembut. Resipi asal, klik SINI
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Salam indah! mekaseh kongsi ilmu yg sgt berguna nak2 buat kita sbg seorang ibu :) sgt2 setuju.. Lauk2 kat bwh tuu gerammnyer tgk! yg paling tak thn tgk telo mata kerbau tuu suke betul kejadian dia hihihi... bronis tu pun merekah elok jerrr, suke!
ReplyDeleteAlhamdulillah,
ReplyDeletegabungjalinan makanan rohani dan jasmani.
kak ja.. sedapnya brownies tu.. hehe nk jugak.. :).. kak ja doakan nuyu praktikum kat sini ea.. miggu depan mggu last, lecturer nk dtg observe isnin ni.. buat penilaian masa nyu mengajar..wish me luck.. miss u
ReplyDeleteSalam ika,
ReplyDeletesame-same ika. Saya pun sedang berusaha. :) Telo? hehe.. saya tunjuk yang menjadi jer. Yg kurang jadi, kena sorok. haha :))
Salam makbonda,
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sajer kak, sebab dah berhari tak online. sekaliharung, sekalijalinan :))
Salam yu,
ReplyDeleteala ciannya.. nak bronis ye? ;D
masih praktikum? Moga selamat walau di mana nuyu berada. Kim salam kat kuarga kawan yu, ya. :))