Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Monday, April 9, 2012

Kerabu mangga, Gerang Asam, Tauhu kukus, Telur hancur, checklist sebelum keluar rumah, tips bila ke majlis ilmu di masjid

Salam sejahtera.
Bismillah. Apa khabar semua?

Saya masih letih kerana kegiatan luar yang berlangsung spnjg minggu ini sehingga larut malam. Jika saya berasa letih, apatah lagi suami saya kan? Dia bekerja pada siang harinya.   Kelmarin, selepas My Hubby balik kerja, kami ke masjid besi, Putrajaya untuk menghadiri majlis Maulid di sana.  Niatnya, untuk berhimpun dgn jemaah di sana dan para TOKOH ulamak yang hadir. Insya Allah, tidak rugi. Malah tidak mengantuk pun sepanjang majlis. Tetapi sedikit penat bila sampai di rumah. :))



Itulah, walau bagaimana saya mengikut suami untuk kegiatan luar kami sprt menghadiri majlis Taalim dan majlis maulid, saya sepatutnya menjaga kesihatan, kecergasan dan kekemasan diri. Jika saya tidak sediakan makanan, suami saya payah betul hendak membeli di luar. Dia sanggup minum air soya saja. Jika saya tidak sediakan baju, pastilah dia akan memakai apa saja yang terlipat atau tersangkut, pastilah suami saya kelihatan kurang kemas pula. Saya rasa, diri saya pun dah kurang kemas kerana asyik tertangguh membuat kerjarumah. :)


Jadi, TIPS melancarkan urusan rumahtangga, kerana kegiatan di hujung minggu kita yg full pastilah sama dgn aktiviti jika kita nak balik kampung weekend, nak berjalan jauh atau ada hal nak keluar dari Pagi sampai malam.


Checklist Sebelum Keluar Rumah

1) Barang dapur mingguan. Check STOK barang dapur yang dah habis. Mungkin kita boleh beli dalam perjalanan pulang. Sediakan Grocery list.

2) Masak. Sebaiknya jika nak keluar, masak awal. Sentiasa sediakan makanan untuk suami supaya kita isteri, berasa senang hati ahli keluarga dah kenyang ataupun makanan dah sedia utk mereka. Tak kirala sama ada kita keluar sekeluarga atau seorang diri. Sprt ibu bekerja, yang akan masak lauk siap-siap sebelum pergi kerja untuk anak-anak dan suami, seperti itulah kita buat. PENTING, masak masakan yang tidak menggunakan bekas yang banyak, supaya sinki tidak penuh bila kita nak keluar. Jadi, sempatla kita basuh yg sedikit itu, atau meminta tolong oranglain.

3) BEKAL. Boleh sediakan sekali BEKAL. Ini penting, sebab sementara kita nak cari tempat makan di tempat yg kita pergi, kita boleh makan bekal itu terlebih dahulu. Bekal ni buat simple saja, guna roti panjang dan bubuh telur hancur pun dah kira bekal tu. :))

4) Checklist - kalau kami, biasanya Kamera, handset, charger (jika bermalam), payung, buku yang diperlukan, Notebook dan pen, maps dari google maps, GPS, Smart Tag, makanan yang boleh dimakan di dalam kereta.

4) Pakaian basah. Jika keluar sehingga petang saja, mungkin boleh sidai di balkoni. Jika tidak, sidai di tempat teduh sajalah.

5) Pakaian kerja. Gosok siap-siap. Takut balik malam.

6) Check E-mail.

7) Kemas rumah. Selagi boleh, sapu sedikit lantai rumah, lap dapur, bcuci pinggan supaya bila kita balik, rasa selesa melihat keadaan rumah.

8) Buka 1 lampu dalam rumah dan di luar rumah. Keselamatan.

9) Buang sampah. Tak mahu bau sampah bila pulang ke rumah. :)



OKlah, di bawah ialah lauk yang saya masak kelmarin, Ahad. Alhamdulillah, memenuhi selera semuanya. Terima kasih buat penymbang resipi. Hanya Allah dapat membalasnya. Sempat juga buat bekal Roti panjang gardenia bubuh telur hancur sebagai bekal sepanjang perjalanan ke majlis Maulid di Putrajaya malam tadi. Alhamdulillah. Kita tak tahu nak makan kat mana, lagipun kalau ada orang bersedekah makanan, saya amat segan nak berebut, sebab siapa cepat dia dapat. Amat jarang saya melihat mak bapak budak beratur mengambil makanan yang ditaja oleh pihak masjid. huhu...


TIPS bila ke masjid

1) Kita sepatutnya LEBIHKAN Memberi, daripada menerima. Jangan lupa mencari kotak Masjid untuk berderma. Jika Di masjid sebenarnya, ramai orang yg lebih susah dari kita. Jadi, kita mungkin boleh ambil peluang itu untuk mengedar makanan pack. Sesiapa yang memberi makanan kpd orang yang lapar, besar pahalanya. :))

2) Sebaik saja melangkah masuk masjid, kosongkan fikiran dari hal-hal dunia buat seketika. Dalam masjid, adalah MASA untuk Allah.

3) Jangan fikir perkara-perkara yang menyusahkan Hati. Kadang2 di dalam masjid, sebab kita berasa tenang dari sebarang kerja dan urusan rumahtangga, kita mula mengenang memori dalam hidup kita. Jadi, sebaiknya, jangan fikir hal2 yang menyusahkan Hati itu. Dahla di luar kita lalai dengan urusan hidup, janganlah di masjid juga begitu. Doalah banyak2 supaya Allah menghilang rasa duka dalam hati kita itu dan memberi kita rasa Mahabbah dan ahklak yang baik. Fikir hal-hal mendekatkan diri kepada Allah.

4) Cubalah berzikir dan istghfar banyak2 di dalam masjid. Jika kita menghadiri majlis ilmu, ada malaikat yang sentiasa mendoakan kita sehinggalah kita keluar dari masjid.

5) Jika ada majlis Ilmu, bawalah Notebook dan pen khas untuk nota ilmu agama. Jika ia berkaitan sesuatu Kitab, seeloknya beli kitab, sebab guru amat suka kepada murid yang membawa kitab. Jika ada perakam, elok juga untuk merakam sesuatu yang kita mungkin tak sempat catat.











KERABU MANGGA
Resipi : Hanamemories/kerabu mangga.

Bahan-bahan

mangga muda - sagat
udang kering - goreng tanpa minyak dan blend
kacang tanah - nk sedap goreng tnpa minyak! buang kulit
cili merah dan juga hijau - nk besh pedas gune cili padi! (nurindah:letak cili padi)
ikan bilis goreng (nurindah: tak bubuh)
kacang panjang - potong 3cm (optional)
bawang besar - mayang (optional) hana x ltk (nurindah: saya pun tak letak)
air lemon (nurindah: saya ganti limau kasturi)
sos ikan nampla
garam
gula
perasa

Cara-cara

Masukkan semua bhn dalam lesung dan tumbuk kasar.
Gaul rata. siap dhidang!



GERANG ASAM
By : Chef Florence Tan
Rujukan : Recipes From The Nyonya Kitchen
Sumber: kak azlita masammanis/gerang-asam

Nota: Gerang asam enak kalau menggunakan ikan tenggiri atau ikan pari.

3/4 cawan minyak masak
3 cawan air asam jawa ~ 75 gm asam jawa +750 ml air diramas dan ambil airnya
900 gm ikan tenggiri ~ ita guna 6 ekor ikan kembung
2 helai daun limau purut
1/2 sudu kecil gula
2 1/2 sudu kecil garam
20 batang bendi

Bahan Perencah
20 batang cili kering ~ di rendam hingga lembut
18 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1/2 inc kunyit hidup
1 inc lengkuas
4 batang serai ~ ita kisar 2 batang dan 2 batang lagi ita titik
1 1/2 sudu kecil belacan

Semua bahan di atas dikisar halus

Panaskan minyak dalam kuali atau periuk
Tumiskan bahan kisar hingga harum baunya
Masukkan serai yang dititik
Tambahkan air asam jawa dan biarkan ia mendidih

Besarkan api sedikit, dan masukkan ikan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa
Masak lagi selama 4~5 minit atau sehingga kuah mendidih
Akhir sekali masukkan bendi dan renehkan lagi hingga bendi masak sempurna



Asalnya nak buat telur dadar. Tetapi sebab ia tiba2 tak jadi bulat, saya hancurkan terus. Inilah yang saya sumbat dalam roti untuk bekal tu. :)

3 biji Telur
4-5 Isi ketam frozen. (gambar isi ketamnya sprt di bawah tu, ambil isi saja)
Bawang besar dicincang
Garam
serbuk lada hitam ajishio
Sedikit cendawan





Ha, tahu lembut kukus sos tiram didayangi carrot dan isi ketam.
TAUHU KUKUS SOS TIRAM Resipi DI SINI

Copyright © 2012



╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥────
╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

4 comments:

  1. Assalam Dik Nur....banyaknya juadah hari ni...siap ada kerabu mangga, tahu kukus ..Akak suka...Akak suka!

    ReplyDelete
  2. salam nur... pekaba dik? sedap sungguh tgk lauk2 nur.. semua sedap2!! nak nak kerabu mangga tuuuu... ishh ishhh

    ReplyDelete
  3. Salam kak watie,
    :D saya pun suka berkali ganda ;)

    ReplyDelete
  4. Salam kak hana,
    Saya sihat kak.
    Muah kat darwish, nanti bawakla dania sekali, kak. hehe..
    Kerabu mangga tu krup krap jer kak. Yumm. :D

    ReplyDelete

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers