Popiah di bawah minum pagi saya tadi. Sejak pagi ingin download foto ni, tapi ada halangan pula. Tengahari baru dapat. Popiah ni asalnya, taugeh dinner malam tadi. Bila tak habis, kita buatkan popiah pula. Nasib baiklah ada isi udang tu. :))
Di bawah, Saya nak berceloteh sikit, kalau nak baca, bacalah. Jika tidak, boleh lihat gambar masakan lain ya. :))
FENOMENA.
Setiap kali, di malaysia, ada fenomena tertentu, ada trend tertentu. Dahulu, fenomena 'rancangan realiti'. Ramai pula anak-anak bercita-cita nak jadi penyanyi. Pening mak bapak yg nak jadikan anaknya hafiz, hafizah. :)) Tapi jadi Imam muda takpe juga kan?
Selain itu ada fenomena ustaz saifulislam, ustaz zaharuddin, dan ustaz azhar idrus. Dalam banyak-banyak, Fenomena Agamalah yg sering mendapat sambutan.
Sekarang pula, Aura majlis-majlis syeikh dan habib pula mendapat tempat. Sebab, caranya BERTALAQQI. Iaitu dari Guru terus ke Murid .
Alhamdulillah, Suami dan saya juga tidak terkecuali, terdedah dgn fenomena ini. Rugilah, kalau orang datang jauh-jauh, kita tak kutip ilmunya. Jadi, setelah mendengar aura Syeikh Nuruddin, kami pergi ke kuliah beliau. "Kami belajar kitab2 karangan beliau sprt la tahqiranna, kitab nafis dll. Kuliahnya percuma di masjid, tapi kitabnya perlu beli la :))"
Syeikh Nuruddin merupakan ilmuan pelbagai kitab hadis dll dari pelbagai guru ulamak yang sanadnya terus pada Imam syafie. Berpuluh tahun beliau di Mekah. Beliau banyak singgah di masjid shah alam, surau al hakim, masjid bkt sentosa (kwsn kami). Setiap tengah bulan, pasti ada majlis solat sunat Tasbih di masjid Shah Alam. Memang syahdu jer..
KULIAH APRIL:
http://majlisilmu.blogspot.com/2012/04/pengajian-bulanan-syeikh-muhammad.html
Selain itu, ada juga kami lihat kuliah online darulmurtadza.com. Gurunya Habib Ali zainal Abidin. Kuliahnya di bawah yayasan tersendiri, majlis taalim darul murtadza, bertempat di masjid muadz bin Jabal, setiawangsa, malam Sabtu. Ini pun popular juga, terutama di kalangan 'Student', sebab habib Ali ni Ex-engineer. Alhamdulillah, tepat 7 april 2012, kami berkesempatan pergi ke masjid muaz bin Jabal. Memang lain suasananya, lebih 'organize' daripada majlis ta'alim biasa. Masa kami pergi ada majlis Maulid diadakan (selawat) dan kehadiran Habib-habib peneraju majlis taalim darul murtadza. :))
KULIAH SETIAP JUMAAT, 9 MALAM
http://www.darulmurtadza.com/p/maklumat-majlis-talim.html
Kuliah syeikh Fuad, pengusaha Universiti as-Sofa, my adik ipar selalu cerita, sebab Syeikh Fuad ni mengasaskan cawangan Universiti al Azhar kat malaysia. Tapi kami belum sempat pergi.
http://yayasansofa.com/v1/
Program yayasan as sofa - masjid putrajaya:
http://majlisilmu.blogspot.com/2012/03/seminar-penghayatan-manhaj-nabawi-dalam.html
Habib Ali al Jifri. Beliau terkenal juga. Pengerusi yayasan Tabah UAE. Beliau juga jemputan yayasan as Sofa di program maulid di masjid sultan mizan, putrajaya. Saya belum mengenali beliau, cuma namanya disebut-sebut orang. Teringin juga nak dengar sendiri.
TERKINI LAWATAN BELIAU DI MALAYSIA MULAI ESOK:
http://majlisilmu.blogspot.com/2012/04/jadual-terkini-ziarah-dakwah-al-habib.html
Habib Umar, Pengasas Darul Mustapha Hadralmout, Yaman. Nama ini saya dah dengar lama. Cuma pernah tengok di internet saja. Beliau sering jadi jemputan di darulmurtadza. Ramai sungguh yang bertalaqqi dgn beliau.
JADUAL BELIAU MULAI 17 APRIL DI MASJID AL FALAH:
http://majlisilmu.blogspot.com/2012/04/yang-dirindui-dah-tibaaaa-ziarah-habib.html
Nota Nurindah: Dengan menghadiri majlis-majlis Ilmu, sepatutnya ia membentuk Peribadi kita. Berubah kepada sikap yang baik. Sepatutnya, Kita lebih tawaduk dan bersikap baik pada oranglain. Banyakkan zikir dan istighfar. Kerana Ilmu TIDAK AKAN masuk dalam Hati yang tidak bersih.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment