Demi mengharap Mawaddah (Cinta kasih); Rahmah (Kasih sayang); Sakina (ketenangan, ketenteraman), dua perkara ini harus ada. Keceriaan dalam rumahtangga, dan Bajet rumahtangga. Saya lihat ISU ini dipaparkan secara berangkai pada majalah Anis bulan Mac dan April.
Saya cuma sempat capai kamera saja. Dan inilah mutiara dalam majalah Anis yang saya sempat rakam. Yang Mac, banyak juga tips yang saya ambil. Sedangkan bulan April, lebih sesuai utk wanita yg bekerja, jadi kuranglah saya ambil.
Anis April
Dalam keluaran April, ada satu bab yang menarik Hati saya. Yg mana seorang anak menceritakan ttg ibubapanya yang telah tua, tapi harmonis. Ibunya telah ke pasar malam membeli kuih dan makanan utk cucu2nya, termasuk bawang RM2. Bila sedang menjamu selera, ibunya memberitahu ayahnya, beliau membeli makanan, termasuk bawang RM2. Tetapi tidak cukup RM2, lalu dia menggunakan duit sendiri . Tiba-tiba ayahnya bangun, lalu menghulurkan duit RM2.
Anaknya bertanya, kenapa ayah menggantikan duit yang ibu gunakan?
Si Ayah berkata, " Satu, Nafkah keluarga adalah tanggungjawab ayah . Tetapi RM 2 yang ibumu gunakan itu diambil dari nafkah yang ayah bagi untuk DIRINYA. Ibumu bebas menggunakan utk membeli apa yang dia sukai. Sebab itulah ayah menggantikannya. "
Ibunya berkata " Tidak apalah ayahnya, saya juga ingin bersedekah kepada keluarga."
Alangkah harmonisnya..
Si ayah TIDAK MAHU berhutang duit nafkah yang sepatutnya hak isteri. Sedangkan isteri, mahu menggunakan utk keluarga. Dengan itu, Si ayah telah bebas dari hutangnya terhadap isteri. Manakala isterinya tetap mengembalikan duit itu utk meringankan beban suaminya.
Begitulah lebih kurang yang asya ingat kisahnya.
Rasa-rasanya... patutkah suami kita berbuat begitu? :) Sama ada isteri bergaji atau tidak, nafkah keluarga dan nafkah diri isteri WAJIB diberikan mengikut semampu suami. Dgn itu isteri berasa dihargai, malah suami pun menunaikan kewajipannya mengikut agama. Manakala isteri yang baik, tidaklah menggunakan duit itu sewenang-wenangnya atau kedekut dengan suami atau anak. Bila suami memberi utk kita, kita akan akan kembalikan kpd suami dalam bentuk lain. Aduhai, harmonisnya rumahtangga...
NOTA NURINDAH: Klik NewTab untuk lihat saiz yang lebih besar untuk semua page Artikel yang ada.
Anis Mac
MENGAPA HATI KERAS?
Janganlah engkau anggap rendah kebaikan meskipun sekadar tersenyum kepada saudaramu (H.R. Muslim)
Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al baqarah: ayat 261)
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment