Salam sejahtera. Moga kita semua dianugerahkan kesihatan.
Siang kelmarin adalah hari yg meletihkan juga. Mungkin badan saya yg cepat penat berjalan banyak. My hubby cuti. Jadi, banyaklah hal yg kami cuba selesaikan.
Ke rawang utk masukkan duit jualan kerepek bercampur 'simpanan kecil'. Duit singgit2 dan sen-sen.. :) Sape yg kata simpanan camni tak banyak, cuba simpan.. mesti terkejut . Berpusing cari parking. Orang majlis daerah pula berkeliaran mmberi nota cinta aka saman. Camana nak komplen, "parking tak cukupla ENCHE.. tambahla tempat parking dan line kuning, kami sanggup bayar duit parking.. huhu" Alih2... my hubby parking belakang kedai, nasib baik kedai tutup :D Alhamdulillah!
Kami pergi ke ofis pemaju di Pandan indah dgn tujuan meminta kunci rumah. Rumah yg sudah siap SnP, dan loan yang telah dilepaskan kpd pemaju. Jadi, kami kena bersiap-siap utk membuat bayaran pertama pada bulan Mei. Dlm perjalanan ke menara ofis itu saja, kami terlihat ada kereta orang sedang 'ditunda' majlis daerah. Kami cari parking jauh juga, tapi dapat tempat dalam line kuning. Alhamdulillah.
Pergi ke USJ pula, sebab dah malas balik rumah. Singggah al Falah utk solat zohor, parking jauh juga. Lepas tu, ke kedai water filter. Tukar katrij dan lain-lain, abes RM140. Parking kami... nun, di hujung sana. My hubby dah kehabisan cash, terus mencari bank. Berpusing-pusing lagi.
Saya pula asyik minum ais.. terus sakit kepala :))
Saya teringat kami berpusing-pusing cari parking di masjid negeri Shah Alam, sebab pergi selepas suami balik kerja utk majlis ceramah tauhid tawasuf di sana . My hubby berpusing di bulatan dalam kawasan masjid tu 2-3 kali utk cari parking. Yang terlintas di kepala saya ialah Doa ini. Saya baca banyak kali " Robbi yassir wala tu 'assir" . Alhamdulillah, ada parking yg lapang utk kami di satu lorong, siap ada kereta lain juga yg mengikut kami parking dr belakang. Mungkin Allah kesian kat kami...
Petang untuk solat Asar, pukul 5.30, kami mula bergerak ke masjid Al Falah. My hubby tak parking dalam, sebab takut orang buat double parking. Berjalan lagi, tapi kali ni dgn sopan dan akur. hehehe.. Saya duduk di bahagian belakang kawasan kelas agama petang, sebab orang uzur. Alhamdulillah, sempatla nampak wajah Habib Umar yg disebut-sebut orang tu.kaum lelaki sampai melimpah keluar masjid al Falah. Foto habib Umar yg jelas tak dapat diambil, kerana orang yg agak sesak. Padahal kami sampai sana dalam jam 5.30 petang .
Maaf, gambar tak jelas sangat.
Masjid al Falah ni besar. Habib Umar dengan Habib Ali di sebelah sebagai penterjemah.
Habib Umar banyak berdoa, untuk kesejahteraan semua jemaah yang hadir. Bukan senang, utk mndapat doa khusus dari beliau, dgn kita mengaminkan. Yalah.. doa orang2 Soleh mudah 'dilihat' oleh Allah . Amin..amin..amin..
Habib Umar mempunyai salah silah keturunan Rasulullah SAW daripada saidina Ali R.A.
Biografi Habib Umar: http://www.darulmurtadza.com/2012/04/biografi-guru-mulia-al-habib-umar-bin.html
Rakaman: http://www.darulmurtadza.com/2012/04/program-1-habib-umar-di-masjid-al-falah.html
Malam tadi, saya memilih beberapa 'kurta' berwarna putih utk my Hubby. harganya 50-60 sahaja. Sangat sesuai dgn dia, utk dipakai dgn seluarnya. Saya berkenan juga dgn jubah perempuan, tetapi mengenangkan my Hubby lebih susah utk membeli pakaian baru utk dirinya, saya memilih utknya dahulu.
Malam tadi, saya cuma berbaju kurung kerana terus dari pejabat pemaju tadi. My hubby cuma sarungkan baju melayu. Saya nak pakai jubah, dah selalu sangat saya pakai jubah hitam tu. Ke kuliah, itulah yg dipakai, ke majlis maulid, itulah. Nak ke majlis taalim, itulah. Terasa-rasa ada jiran-jiran yg mungkin perasan saya pakai jubah yg sama bila keluar rumah, hehe.. Saya fobia, terbeli sehelai jubah perempuan berharga RM65, tetapi bila dipakai, kainnya agak melekat di dada, masa tu saya pakai tudung instant. Saya ingin membeli yg kain tebal sedikit sprt jubah hitam saya. Harganya? RM130-150. Jubah seperti itu, nak tukar cara duduk bersila ker.. nak bersimpuh ker, tak nampak sangat, labuhnya boleh menutup stokin bila time sejuk. Memang selamat dipakai waktu kuliah Syeikh Nuruddin yang berjam-jam dari subuh sampai Asar. :))
Saya berbaju kurung dgn baju camisole lengan panjang, serta berstokin, dan bertudung instant, tapi masih rasa janggal bila ramai pula yg berjubah dan berpurdah. :D "Perasaan saya jer tuh ;) Kita JANGAN pandang pada pakaian untuk berasa disenangi. Mungkin saya berasa begitu sebab ia majlis maulid nabi, dan Jubah ialah sesuatu yg 'sunnah' yang dipakai baginda. Memang patutlah kita meraikan hari untuk baginda dgn sesuatu yg baginda sukai sprt jubah dan wangian :)) Namun, sprt yg my Hubby cakap, yang penting bukan pakaian saja menutup aurat, tetapi... Orang di sebalik jubah itu.
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Alhamdulillah Dik...segala urusan dah pun dipermudahkan olehnya....Assalam di pagi Rabu ni Dik....Syukur dengan sedikit rentetan perjalanan hidup Adik yang dikongsikan di sini...& Akak kagum sebab kalian berdua sangat rajin menghadiri kuliah seumpamanya...Moga Allah berikan yang terbaik buat kalian berdua...Insyaallah! Amin..Amin !
ReplyDeleteSalam Nurindah.Alhamdullilah penuh masjid mendengar ceramah. tahniah dah dpt kunci rumah,tentu Nur tak sabarkan nak pindah rumah sendiri. moga segala urusan Nur dipermudahkan...
ReplyDeleteSalam kak watierman,
ReplyDeleteAlhamdulillah 2 hari ini mengerjakan urusan rumah yg tidak siap-siap. hehe..
hanya sedikit pengalaman kami, kak. Alhamdulillah, dgn tenaga dan masa terluang yg ada. Doakan kami terus istiqamah, kak. Terima kasih..terima kasih.. Moga rahmat dan kasihNya juga buat kak watie sekeluarga.
Salam mamasya,
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih atas doanya mamasya. yippie, dah dapat kunci rumah. hehe..
Memang ramai yg ingin bersua muka dgn habib Umar, mamasya. Sebab dia seorang daie dr luarnegara dan ada salahsilah dari Rasulullah SAW.