Salam sejahtera. Moga semua berada dalam nikmat kesihatan. 2 hari yg lalu, Saya tidak berbuat apa-apa yang lain dr biasa, kecuali mengemas rumah, dapur, dan cuba mengeringkan pakaian dgn hari yang sekejap-sekejap hujan. :).
Oh, bagi sesiapa yang tidak mahu ketinggalan dgn habib Umar, beliau sekarang berada di Johor. Insya Allah besok, berada di Masjid Khalid Ibn Walid, Kementah, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.
Biografi Habib Umar: Beliau juga ada salah silah keturunan rasulullah, dari saidina Ali R.A.
Biografi: http://www.darulmurtadza.com/2012/04/biografi-guru-mulia-al-habib-umar-bin.html
Jadual : http://www.darulmurtadza.com/2012/04/jadual-rasmi-rehlah-dakwah-habib-umar.html
Rakaman majlis al falah: http://www.darulmurtadza.com/2012/04/program-1-habib-umar-di-masjid-al-falah.html
Nota saya daripada kata-kata habib Umar:
1) Keadilan itu baik. Bilamana ia ditegakkan oleh seorang Hakim, akan menjadi lebih baik.
-kerana hakim ialah seorang yg adil dalam memutuskan sesuatu permasalahan.
2) Sifat pemurah itu baik. Akan tetapi jika seorang Kaya melakukannya, ia akan menjadi lebih baik.
3) Kesabaran itu baik. Apabila ia dilakukan oleh orang Faqir dan Miskin, itu lebih baik.
4) Sifat warak itu baik. Apabila ia menjadi sifat para Ulamak, ia akan menjadi lebih baik.
5) Rasa malu itu baik. Bila ia ada pada diri seorang Wanita, itu akan jadi lebih baik
- kerana sifat malu itu sebahagian daripada Iman. Iman dan Sifat malu berdampingan. Bilamana salah satu pergi, ia akan DIIKUTI yang lainnya. (Nauzubilah min zalik..)
Di bawah ini, hanya riwayat dari ceruk dapur saya. :D
SAGU DELIMA : kuih sagu/bronok
Resipi: Chef Hanieliza
Sumber: Buku 1 hari 1 resipi
A
1 cwn sagu
3 cwn air
1 cwn gula
1 sdt pewarna merah
1 helai daun pandan
B
1/2 biji kelapa parut
dan sedikit garam digaul rata
Cara membuat:
1. Sagu biji dibersihkan, rendam sebentar dan tuskan (nurindah: saya alirkankan sagu di dalam penapis di bawah air paip sekejap )
2. Masakkan air, gula dan daun pandan yang disimpul hingga mendidih. Bila mendidih, buang daun pandan.
3. Masukan sagu serta pewarna merah. Kacau sehingga biji sagu kembang. (nurindah: masa ni saya kecilkan api)
4. Apabila sagu kembang, angkat dan masukkan ke dalam loyang. Sejukkan.
5. Apabila sejuk, potongkan dan gaul dengan kelapa parut yang telah digaul sedikit dengan garam.
6. Sedia dihidangkan.
Nota: Jika sagu lembik masa nak potong, cuba letak dalam peti ais sekejap. Kalau lembik juga, ceduk jerla dengan sudu. hehe...
Kuih sagu diceduk, masukkan dalam bekas camni. Panaskan santan bersama sedikit tepung jagung, secubit garam dan seseudu kecil gula. Tuang atas sagu ni, simpan dama peti ais.. Hum... sangat sedap dimakan sejuk. :D
Rabu. Dinner Mihun goreng . Terasa takmo makan nasi masa tu. Ia dimakan bersama teh O panas.... :))
Khamis. Dinner. Ayam bakar bercili saja.
AYAM BAKAR BERCILI
Sumber: mysweetlife-nurindah
5-6 ketul ayam
* 10 tangkai cili kering - direndam dgn air panas sehingga lembut
* Halia
* 1/2 biji Bawang besar
* 2-3 ulas Bawang putih
Garam secukup rasa
Sedikit madu
Kisar bahan yang bertanda *
Tuang bahan kisar di atas ayam, gaul , dan perap seketika.
Susun di atas dulang pembakar
Bakar dalam suhu 180 - 190 sehingga 45-50 minit.
Taugeh dan tauhu masak lemak
Sotong goreng menggunakan serbuk tepung segera ayam goreng.
Tauhu, digoreng dgn kunyit dan garam, dicicah sambal kicap.... hum...
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Salam, Indah.. banyaknya makanan.. tak jemput saya pun??? Lain kali jemput tau, hiks
ReplyDeleteSalam windu indah!!! sume sedap2! tak leh kata yg mana satu sedap sbb sumenyerr kita suke :D sagu bronok tuuu, tahu goreng tuu, pastu ada sayur tauge, ada mee hoon goreng, mmg sumeeeeeeeenyer kita suke :D indah sihat? kita sibuk sikit lah sbb budak2 dah mula sekolah :D
ReplyDeletebanyak kuih yang sedap termasuk la sagu bronok yum yum:P
ReplyDeletesedapnya..seronok dapat masak untuk keluarga kan?(^_^)
ReplyDeleteSalam kak sari,
ReplyDelete:D saya akan jemput, kak sari,
mesti! :D
Salam ika,
ReplyDeletewah, budak2 mula sekolah dah?
Windu ika juga... :D
Salam buatcake,
ReplyDeletesagu tu sangat senang bangat, tak sempat kuar peluh pun :D
Salam teacher basariah,
ReplyDeleteMesti! especially ada orang sudi nak rasa dan nak makan. :D