Wednesday, December 9, 2009

Gi Hospital Damansara




Salam sejahtera, selamat pagi,

Kelmarin, kami ada appointment ngan Doc di Hospital Damansara Specialist. Nasib baik, klinik yang kami pergi untuk minta surat refer ke Doc pakar, kenal doc kat Hospital Damansara, jadi kami terus ada appointment.
Pagi, kami hantar My sis, Nurul ke rumah My SIS, Sisti kat damansara damai, sbb dia nak lepak2 situ seblom balik Besut.

Lepas tu, kami terus ke Hospital. Dan terus daftar untuk berjumpa DOC Rosman, pakar Ortopedik. Tentu ada yang bingung ngan cite saya, kan? Actually, dah setahun, My Hubby ada injury kat knee masa main Futsal. Suspek ACL Injury. Amik ubat tahan sakit dan kurang bengkak. Masa kena, mmemang susah nak jalan. Skarang, dah bole jalan cam biasa, tapi, tak bole jogging, atau jalan jauh, akan sakit knee tu....

Kelmarin, DOC tolong buatkan appointment untuk MRI. Seharian tunggu untuk proses tu, sbb kami baru buat appointment. Alhamdulillah, kul 6.00 pm, kami dapat pulang.

Pagi ni nak amik jumpa DOC Rosman tu balik untuk dapat nasihat DOC....

Maaf, benbanyak, tak sempat balas dan ke rumah semua member blogger....Salam windu!


Proses 20 minit jer, tapi kami dapat appointment last minute. Alhamdulillah, settle...


kerusi saya...


Monday, December 7, 2009

Bihun goreng for dinner dan takziah untuk kejadian di KB Mall


dinner bihun goreng jer. habiskan stok sotong. ;)



bihun goreng, air teh o, ayam goreng. gulp!...kenyang. Alhamdulillah.


SELEPAS MAKAN MALAM


My Hubby cari gambar tentang kejadian accident di KB Mall. Jumpa video ni. Astaghfirullah, baru raya pose lepas, saya jejak kaki ke sana. Malang tak berbau bagi 2 orang penuntut Kolej Masterskill cawangan KB yang meninggal dunia, dan beberapa orang yang cedera.

Dengar berita, kereta tak hidup. Pemandu dan para penumpangnya cuba hidupkan kereta dengan menolak kereta. Kereta tak terkawal lalu, merempuh dinding, jatuh atas eskeletor. Menghempap kedua gadis yang meninggal dunia tu. Astaghfirullah. Ngeri, kasihan sangat pada mangsa kejadian. Geram sangat pada mereka yang cuba hidupkan kereta tu! Ada patut main tolak kereta atas bumbung Mall ???
Astaghfirullahal'azim....dah takdir. 


Innalillahi wainna ilaihi raji'un.... Apalah perasaan mak ayah  mereka ya.... (saya bergenang air mata). Saya dah tak sanggup tatap video ni kat blog saya, jadi saya link ke you tube jer. KLIK SINI. Video ni ada mangsa kejadian. Tak sanggup tengok lama2. AL-FATIHAH.........


Sunday, December 6, 2009

TRIFFLES



Amat sedap, lemak hingga menjilat jari...takpe cair skit. yang penting still sedap!

Salam sejahtera,

Petang kelmarin, saya try wat  Triffle. Guna resipi kak Hanieliza. Uwwaaaa....! Puding saya cair cam eskrem. Huk huk huk.  
Dah lama simpan resipi ni. Dan penah tengok gambarnya. Tapi kat FP kak liza, dah takde gambar.

Walaupun hasil yang saya buat tidak secantik Puding Trifle kak hanieliza, tapi saya puashati dapat merasai keenakannya dan try puding ni.
Insya Allah, lenkali nak buat sampai jadi.... hehe.

Saya mintak izin kopypis untuk rujukan, ya kak..

TRIFFLES - sumber FP kak hanieliza.

Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry (yang ni takde, guna agar2 serbuk plain)
1 tin fruit cocktail (takde, saya amik laici jer)
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar (saya guna susu cair je)

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk. 

 
Triffles ngan lapisannya. Nampak cantik kan? :) Mengembang hidung saya kejap. haha.


mencairkan hatiku.... 


balance agar-agar, saya buat puding susu strawberry ni.. ;)


Daging masak kicap



Salam sejahtera,


Lauk lunch kelmarin. Daging masak kicap. Kelmarin,  menu berasakan daging. My SIS yang baru baik dr demam, risau kalu2 badan dia panas. Ahakssss...


DAGING MASAK KICAP


1/2 kg daging lembu - direbus terlebih dahulu, dan dipotong secara dadu.
Air daging secukupnya untuk kuah
1 sdb cili kisar / cili boh
2 ulas bawang putih - kisar
1 biji bawang besar - kisar
2 inci halia - kisar
1 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
2 - 3 sdb kicap pekat
2 - 3 sdb kicap manis
1 - 2 sdb sos tiram


CARA :


1. Tumis bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, dan bahan yang dikisar. Biar hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar. Biar skit garing.
3. Masukkan kicap manis, kicap pekat, sos tiram dan air daging secukup kuah. Biar hingga mendidih.
4. Masukkan daging. Biar sebati, dan sehingga sedikit pekat. Angkat dan hidang.


Sayur kacang goreng hati lembu - pemberian korban




Salam sejahtera, selamat pagi.


Di antara hidangan lunch kelmarin. Sayur kacang panjang goreng dengan hati lembu.
Pemberian bersama daging korban di apt kami ni, oleh Kak Hawa. Baik hatinya menyimpan untuk kami sehingga kami pulang ke MK.Dapat jugak merasa, setelah tertinggal daging korban di Banting hari tu.
Goreng akan menyebabkab kuali sedikit hitam. Tapi rasanya rangup. Hati lembu boleh juga direbus terlebih dahulu. Hm...dah lama tak makan hati


SAYUR KACANG GORENG HATI LEMBU - sendiri


1 ikat Kacang panjang - dipotong serong2
Beberapa ketul kecil hati lembu - dipotong nipis
2 ulas bawang putih - dihiris halus
2 biji bawang merah - dihiris halus
garam
1 biji cili merah - dipotong serong(saya tak bubuh. da abes)


CARA :


1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis hati hingga agak masak dan garing. Angkat.
2. Tumis bawang, dan cili merah hingga agak garing.
3. Masukkan sayur kacang, hati lembu dan garam secukupnya.
4. Masukkan sedikit air. Biar skit layu.