Minggu lepas, brek kereta berbunyi. Dibaiki, habis hampir RM300. Beberapa hari selepas itu pula, kereta kancil kami tersadai di bengkel lagi.....3 hari. Mencari spare-part yang amat mahal untuk dibeli. Syukr dgn kenalan ,kami dapat spare part dgn harga yang mampu.
Minggu lepas juga hari yang sesak untuk saya. Mendung di wajah Hubby, buat hati saya selalu cemburu untuk tersenyum dan membuatnya senyum.kami tidak lalu makan sepanjang itu. malam, berdinnerkan megi.
Bayangkan kereta kami yg satu2nya tersadai. Hubby bawa kereta saga pinjam yang kurang selesa dibawa, banyak makan minyak. 3-4 kali ulang alik ke bandar rawang untuk mengetahui keadaan kesayangannya itu.Akhirnya muktamad, upah pasang hampir RM500, spare part yang perlu dibeli...kira2..RM450. Total seribu....CASH....
Tapi, kelmarin, kami tetap balik banting. My Hubby mungkin mahu menghilangkan lara hatinya...dan saya menurut walaupun terasa berat dengan kos perjalanan. Maklum, baru berhabisan. Tetapi, untuk membuatnya senyum, hanya itu caranya.. ;)
Benar...kami tersenyum. lara hati mula hilang. Paling gembira, melihat Hubby mula berselera makan. Harini, kami makan ini...
NASI AYAM ISTIMEWA MIL
Masa hidang 6 pinggan nasi...teringat kat Thaqif. Biasanya kami 7 orang... :)
Ayam
Kuah kicap
sambal cili
Sup MIL
Ulam-ulaman









