Bila melihat susu segar yang banyak di dalam peti ais, saya terfikir untuk menghabiskannya. Hmmmm...
Puding Roti.... hu, alangkah sedapnya! Tapi time rajin ni la, takde roti pulak.. huhu.
Minum? Er... memang pun cadang macam tu, tapi tak terminum jugak! my hubby, kalu tak dihidang.. dia takkan jengok peti ais pun.. :P :))
Buat muffin? Er.. baru kelmarin makan kek. ;)
Buat pancake? er.. belum beli honey
French toast? Dah buat, guna skit jer. Tak sampai setengah cawan pun.
Akhirnya.....
Pengajaran.... jangan beli susu segar banyak2. ;)
Teringat My MIL. Haritu Mak ada bertanya resipi mudah buat dadih. Saya pula cuma ada agar2 bertali. Saya rasa, resipi kak Nor mudah juga. Jadi, saya ubahsuai skit resipi Dadih Kak Nor secubitgaram. Harap-harap kak Nor tak marah, ya... Saya guna apa yang ada jer. :D Mohon halalkan resipi, kak...
DADIH
Sukatan diubahsuai oleh: Nurindah. Menggunakan agar-agar bertali. Dua kali test. Servings 16 cup kecil.
- 5 gram Agar-agar bertali
- 1000ml Susu segar
- 9 sdm Gula pasir (2/3 cawan)
- 600 ml Air
- 1/2 sdt Garam
- 1/2 sdm tepung jagung + 1 sdm air dikacau
*** Nota: sdm = sudu makan sukatan biasa, jangan membumbung. Api dapur kecil saja. Cara membuat dadih adalah mengikut resipi asal Kak Nor di bawah. Agar-agar saya rendam dalam air 600ml tu. Juga, saya panaskan susu segar tu sekejap.
(RESIPI ASAL)
DADIH HOMEMADE
Sumber: kak Nor secubitgaram
10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
2 liter susu segar
1 1/4 cawan gula (atau 17 sb gula)
1.2 liter air
1 st garam
1 sb tepung jagung - dibancuh dgn 2 sb air
# yg ni terpulang pd masing2 ya..
coklat emulco dan pewarna coklat
strawberi emulco dan pewarna merah
pandan emulco dan pewarna hijau
* Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih tp jgn terlalu lama dibiarkan mendidih nanti dadih menjadi keras. (Hendaklah sentiasa mengacau adunan ya)
* Padamkan api dan biarkan seketika.
* Sekiranya ingin jadikan dadih yg putih biasa tu, tak perlulah letak apa2 emulco atau pewarna.
* Jika ingin hasilkan dadih berperisa coklat, ambil sebahagian dr dadih td, dicampurkan dgn coklat emulco dan perwarna coklat.
* Begitu juga kalau nak perisa strawberi, masukkan strawberi emulco dan sedikit perwarna merah.
* Biarkan adunan suam, baru la ditapis dan dimasukkan kedalam bekas yg diingini.
* Sejukkan dlm peti ais sebelum dimakan.

salam nur, lamanya k.nor tk buat dadih.. kat pantai timur musim hujan kan.. mekasih sudi cuba resipi dadih tu ya.. :)
ReplyDeleteSalam..hai...nak Tya...kalau resepi asal boleh dapat berapa bekas ye...(bekas dadih yg tinggi)
Deletekita suka dadih jagung! (tiba² je ek, takde orang tanya pun!) ;)
ReplyDelete@K.Nor: salam kak Nor, hihihi.. sejuk pulak rasanya. kat sini petang tadi baru hujan renyai2. Sama2 kak.. :))
ReplyDelete@KOG: salam KOG, dadih jagung pun sedap jugak! ;)
Salam Indah. Rajin nya buat dadih.... mesti dpt byk kan...meh Along bawa balik cikit...hehe
ReplyDeleteSalam kak Roz,
ReplyDeleteAda lagi tu... ambik jer . layan diri. hikhik