Pagi ni pula, makan bihun segera nih. Bihun dengan perencah mihun goreng adabi, tambah2 daun sawi, tambah udang sikit. Memang senang hati memasaknya. Lalalala...
Sambil pusing2 kat ikea tu, ada sorang anak dara ni mengomel kat sebelah saya. Kuat2 pulak tu! Sajer nak suruh orang perasan dioarang ada sebelah kami. Tak kenal pun. :)
Terus adrenalin saya merendah. ;) Actually masa tu, saya tengah pegang lengan my hubby dan jalan dekat2 skit, macam orang
Hati tengah riang gumbira sebenarnya. Punyalah suka, mr hubby nak belikan rak kayu lagi untuk susun barang kat bilik stor. :)) Itupun nak hepi ke? :P Yang hepi ialah bersiar-siar ngan suami. Tapi.... tak perasan pulak saya ni melebih-lebih pula
Takpe... saya tak marah pun. Saya jarang berkecil hati dgn orang yang saya tak kenal. Saya tau pandangan orang majoriti dan saya pun tak suka menimbulkan fitnah.
Cuma kadang2 bila kita terlebih gembira ni... susah nak control depan2 orang. Ya, hati saya hati macam kanak-kanak yang macam belum baligh. Suka benda yang seronok dan suka happy-happy, tak suka dimarah2. Itu belum masuk bab melompat kalu terlebih hepi. Aduh... buruk benor rupanya...
Itu belum masuk kalu kita bergurau atau merajuk2 ngan hubby. Orang lain nengok pun, kata kita ni isteri terlebih ajar. (psst....Blom tambah lagi mertua nengok,kan? ;) Semua orang nak tengok isteri yang lembut2 depan suami,kan? Saya pun... tapi kadang2 tak jadi macam tu. Terutama masa kepala tengah biul, ataupun, masa bulan mengambang. Ada lelaki yang tak mau sensitif pasal ni, huhuhu... Makin diusik2 atau diceramah lagi orang tu. Maka, kesudahannya, faham2 jerla...
Bila la nak matang? Setakat ni, saya semakin matang, dan hubby tahu ia satu proses.
Ada yang mengatakan Wanita ialah Qalb iaitu Hati. Tenteramnya lelaki kerana dikurniakan Allah seorang hawa.
Sape kata semua lelaki adalah matang? Mereka juga melalui proses.
Kegembiraan dan senyuman, juga kemanjaan seorang isteri itulah yang membangkitkan jiwa seorang lelaki. Dan caranya HALAL, juga MUHRIM. Jadi, jangan sangka ketidaksempurnaan itu suatu kekurangan...
Membaca Men from Mars. Women from venus.. jangan lupa menghabiskannya. Penting kedua-duanya menelaah isinya, bukan hanya sebelah pihak. Tepuk buku sebelah tangan berbunyi juga, tapi tak meriah!
Tanda kehilangan satu dengan yang lain, ialah hilangnya sentuhan. Bila makin lama berkahwin, akan makin terasa jauh. Yang saya amalkan... ialah sentuhan. Sekecil sentuhan di jari , sehalus ciuman di dahi. Janganlah jemu, kerana ibadah memang menjemukan. Cinta suami isteri juga satu ibadah menjalani hidup dalam pengabdian kepada jalan Allah yang halal,kan?
Ada orang yang suka bersangka baik selagi tak mencurigakan , ada orang terus melabel negatif apabila melihat pasangan berpegangan tangan. Bukannya budak sekolah pun.... ;)
No comments:
Post a Comment