Agak-agak, bila anda membaca surat di bawah, adakah anda akan mencebik, atau hiba? Terpulanglah pada pandangan masing-masing. Ini surat Aisyah, untuk ibunya. Kisah benar, dan diubahsuai. Bersyukurlah kerana mempunyai ibubapa, walau siapa pun mereka. :))
Assalamualaikum wr wbt, Ummi, abi dan adik-adik,
Apa khabar semua? Semoga di dalam perlindungan Allah selalu.
Ummi,
Aisyah buat tulisan besar supaya Ummi boleh baca. Bagaimana persiapan kedai? Moga ada rezeki Ummi untuk meningkatkan hasil jualan dan pendapatan lebih dari biasa.
Maafkan Aisyah.
Aisyah lihat, setiap kali kami berikan duit pada Ummi, selalu habis macam tu saja. Ummi tak buat simpanan. Tabung haji pun tak, apatah lagi tabung kecemasan. Susah payah kami kerja, Ummi...
Ummi ada pinjam Amanah Ikhtiar untuk berniaga. Tapi Ummi buat kedai makan, dan tak kira kosnya. Upah buat kedai tu mahal. Duit habis, tapi kena bayar bulan2. Ummi berniaga pula tidak selalu. Ada duit lebih, Ummi berbelanja di Langkawi. Sayang duit tu, Ummi... Maafkan Aisyah lagi.
Sesungguhnya, tak kiralah tanggungjawab sesapa. Memang membesarkan anak-anak sepatutnya tanggungjawab Abi, tetapi kami dah lama tau, Abi cuma suka hidup cukup makan. Suka bergantung dengan duit anak-anak dari arwah isteri pertamanya. Maka Ummilah yang menggalakkan kami terus bersekolah. Kalau tidak, kami tentu jadi anak yang tidak berpelajaran. Jadi janganlah Ummi takut. Kami sayangkan Ummi, tetap bersama Ummi.....
Janganlah selalu Marah. Marah itu hasutan syaitan. Yang selalu ingin setiap rumahtangga berpecah-belah. Tak kiralah apa pandangan Ummi terhadap rumahtangga, tetapi bukankah kami, anak-anak Ummi lahir dari rumahtangga Ummi dan Abi? Kalu tiada Abi, tiada perkahwinan......... Ummi tidak akan mempunyai KAMI, anak-anak Ummi.... dan kami tiada Ummi yang tabah. Kita semua terhutang budi pada Abi....
Tak perlu Ummi cemburu atau marah bila lihat kami melayan Abi dengan baik. Bukankah anak yang Soleh ialah yang menghormati orang tuanya? Ummi nak kami jadi anak-anak yang Soleh, kan?
Aisyah telahpun masukkan duit untuk Ummi Berniaga sekali lagi. Kasihan tengok Ummi, nak beli belanja rumah sedangkan Abi hanya bagi RM 100 sebulan. Aisyah dan adik-adik masih baru bekerja. Tidak mampu bagi banyak-banyak.
Aisyah harap, kali ini, Berniagalah baik-baik.
Harapan Aisyah, supaya Ummi dapat berjimat-cermat dan mengumpul duit untuk PERKAHWINAN adik-adik kelak. Ummi mempunyai ramai anak perempuan. Dengan mempunyai duit sendiri untuk majlis, Ummi lebih dihormati orang dan adik-adik mudah mendapat jodoh yang baik dan sekufu. Anak-anak perempuan Ummi semuanya bijak-bijak. Takkan Ummi ingin mereka berkahwin dengan pekerja buruh yang tak berilmu agama dan tak bersekolah? Asas untuk seorang Calon Suami, ialah Berilmu, Ummi.... supaya dia jadi pemimpin yang terbaik dan melindungi anak-anak Perempuan Ummi.
Dan supaya Ummi ada sedikit duit kecemasan, untuk membuat kenduri kecil, pelamin, atau hiasan bilik yang Ummi suka bila tiba saat itu. Sebab tidak semua pihak lelaki yang sanggup bertolak-ansur bila kita mintak Duit Pendahuluan Hantaran. Dan akibatnya, adik-adik akan dipandang rendah oleh ahli keluarga suaminya. Janganlah adik-adik mengalami masalah seperti itu....
Akhir kata,
Usahakanlah bisnes baik-baik. Simpanlah untuk kegunaan perkahwinan adik-adik kelak. Aisyah berharap pada Ummi, kerana Along tak mampu menanggungnya bersendirian.
Salam sayang,
Along...
Aisyah

No comments:
Post a Comment