Salam sejahtera.
Saya tergerak hati nak tayang buku2 yang saya beli kat Popular haritu. Dapat diskaun, sebab ahli Popular. Er... baru daftar sbb nak beli buku! hikhik. Biasanya kami ke MPH kalau nak beli buku.
Okla, buku koleksi Aku Terima Nikahnya, saya dapat 20% kalu tak silap. Buku koleksi Yayah dan Aku Mahu tu dapat diskaun 25%. Rugi la tak beli... dapat bagi hadiah kat sape2. Cantik jilidnya pulak tu. ;)
Aku Terima Nikahnya ialah koleksi 3 buku. Entry ustaz Hasrizal promote edisi istimewa ni ada DI SINI Saya tak pernah beli bukunya. Kebanyakan isi, adalah entry di blog saifulislam.com, blog usaz hasrizal. Saya dah baca semua tu di blog beliau. Cuma sebab tertarik dgn kulit buku dan font di dalam buku ini, jadi saya beli jer la. :))
Itu semua hasil coretan beliau dan perjuangan beliau untuk mempertahankan rumahtangga. Nukilan hati seorang lelaki. Memang bagus buat adik2 bujang kita yang dah layak kahwin tu. Moga2 mereka hidup dan bercinta dalam Rahmat dan kasih sayang Allah... Buat saya... agar saya dan Suami lebih mendapat teguran berkias dan kekuatan menghadapi alam rumahtangga. Kerana rumahtangga ini satu Jihad.
Buku koleksi Yayah dan Aku Mahu ni, saya nak hadiahkan buat adik2 saya. Sejak dahulu, masuk jer 1 pagi 17 September, adik-adik akan SMS ucapan hari lahir. Mungkin tidak bermakna bagi sesiapa. Tetapi ia buat hati saya berbunga-bunga.
Berbanding memberi hadiah baju atau cenderahati, lebih berguna kalu bagi buku cerita. Adik2 kecik saya yang meningkat dewasa ni berumur 19 dan 21, kuat berangan-angan! :) Sorang kerja di kedai roti, sorang masuk maktab. Tahun ini pula, macam-macam peristiwa pahit yang berlaku pada kami semua. Terutama pada yang masuk maktab tu. Patah 4 batang gigi di usia remaja, bukan senang untuk dilupakan bagi seorang PEREMPUAN. Saya dah banyak kali pantau isi di dalam koleksi buku2 remaja ni. Menyeronokkan, dan penuh dgn kisah persahabatan dan hati remaja. Moga2 mereka sentiasa ingatkan saya, yang sayangkan mereka selalu.....
Oh! Ya, kami takde buku ni dalam store kami, tetapi komik Yayah ada. Untuk melihat kedai buku kami.. KLIK.

No comments:
Post a Comment