Okla, di bawah ialah catatan saya. Sekadar rujukan saya di masa saya alpa dengan rumah saya, rumah kami..syurga kami (walaupun sewa..hahaha..)
SAYA JAGA RUMAH :
http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/
Nota: Tips di bawah untuk rumah kecil 2 atau 3 bilik. Kalu ada tambahan, saya akan tambah.
1. Nak rumah nampak dan rasa bersih
Selalu sapu sampah habuk dan mop karat2 dan tompok makanan di lantai. Tompok lain biasanya susah nak tumpah,kan? ;)
2. Nak bilik kemas dan selesa.
Saya suka bilik yang selesa dari ruang tamu. Selain sapu habuk atau rambut, kena selalu tukar cadar bersih supaya kurang bau-bau badan. Mesti, lain2 corak dan warna. :D Lagi, sarung bantal mesti sama dengan cadar. Jangan basuh asing2. Selalu time nak tukar cadar la, tak jumpa2 mana sarung bantalnya. hihi...
3. Nak dapur kemas.
Kosongkan ruang kerja (tempat menyediakan bahan masak) dan lap selalu selepas guna. Selain mop lantai, dapur masak selalu berminyak dan ada tumpahan. Jadi, rajin2kan lap (kalu tidak, mau berkarat dapur cantek tu :). Satu lagi, dinding tempat masak. Biasanya ada minyak atau percikan. Lap jerla sambil tutup mata. hakhakhak... Lebih senang guna All purpose cleaner versi sembur. Berkilat jer. :D
Jika boleh kena ada:
-Kabinet: Teramat penting bagi sapa yang jadi wife. Takkan la nak makan luar hari2, kan?
-Peti sejuk besar : Kami punya masih kecik. Pening nak nyusun. Penting sangat bagi sebuah family. Sebab takkan nak gi pasar hari2 kan? Lain la kalu berniaga, kena beli freezer la jawabnya :D. Lagipun, peti sejuk besar boleh muat kuih frozen, tupperware2 yang berisi macam2 bahan yang mencepatkan proses masak (bawang kisar, cili kisar, inti karipap dll). Ruang frozen pun besar, ruang sayur dan buah pun besar. Kena banyak makan sayur dan buah, tau. :)
-Rak pinggan basah - supaya lantai tak becak.
-Rak pinggan kering atau kabinet untuk pinggan mangkuk hari2
-Ruang atau kabinet untuk pinggan mangkuk setahun sekali. hihi..
-Kabinet atau ruang Stok makanan kering : yang ni, besar pun takpe sebab biasanya makanan tin (sardin,sos,kicap,) tahan hampir 2 tahun. Kalu tepung, biasa 3-6 bulan jer, tengok jenis tepung. Jangan lupa catat due date BESAR2.
-Kabinet atau ruang bahan masakan berbau: bawang, serbuk kari, macam2 rempah.
4. Nak ruang tamu nampak luas, berseri dan menyenangkan hati.
-Er.... ajar anak anda baju, seluar, tuala, masuk bakul baju kotor. ;) Kalu dah tak bole nasihat, sediakan je rak kayu atau besi tempat gantung tuala. Sekurang2nya tak bersepah atau tersepak kat lantai maupun bergayut2 kat kerusi. ;). Jangan lupa sapu habuk/mop lantai. :)
-Buku... rak buku harian tanpa pintu elok ada. Ada orang suka membaca di meja makan. Penuh meja makan tuh ngan buku. Rak buku yang jarang2 baca pula, cari kabinet bertutup cermin (dalam ni la elok letak fail atau buku ensiklopedia ;). Kertas kerja atau kertasperiksa.. asingkan.. masuk fail asing.. susun dalam almari bertutup tu. Senang carik, kan?
-Lagi... meja kerja atau komputer yang luas dan tinggi. Macam saya, letak kat ruang tamu, sebab ada modem (wireless kat sini semput). My hubby pulak tinggi orangnya, tak suka membongkok2 cari barang. Harap sangat dapat beli meja besar skit dan cantik. Seme benda kerja letak situ... alatulis,kertas A4, printer,scanner, fail kerja, kertas penyata dan bil terkini, note, duit balen belanja (syiling), speaker... belum lagi tambah desktop,CPU Laptop.
4. Bilik stor.
Haih! Penat bila pikir stor ni. Penting! Rak tinggi. Saya syorkan rak IKEA kayu yang bajeT RM100 tu. Tinggi... jadi tidak memenuhi lantai sebab ruang atas digunakan. Sampai siling pun takpe :D Nak tambah lagi rak tu. Saya suruh buang benda2 tak terpakai, hubby tak nak, sayang duit katanya. Yala, nanti saya buat garage sale.;)
5. SAMPAH
Satu masalah juga bila duduk apartment... Malas nak turun bawah, tempat bekas besar tu. hihihi... Tapi masih syukur, sebab dok tingkat 1. Sebab itulah, ramai jiran2 yang saya nampak hantar anak2 gi buang sampai. Dahla bekas besar tu kawasan parking (kereta lalu lalang), budak tu kecik2 jer, tak sampai nak buang sampah tu. Akhirnya bersepahla kat lantai tepi2 bekas besar tu. Hu... Jadi, ini tak bole consider... sehari sekali MESTI kena buang sampah. Anggapla gi tandas... mesti kena pegi jugak. kalu tak, satu rumah berbau basi. hahaha...
6. Nak jemur baju dalam rumah?
-Ni kan musim hujan... cuaca tak menentu. Jadi, pastikan anda beli sabun TOP cecair. Pomot ni. Walau jemur dalam rumah, bau tak hapak. Dah try breeze dan Dynamo.Huhhh... Nak jemur kat mana? Er.... mana2 la yang sesuai. Apartment macam kami ni, takde banyak ruang. Jadi, carila space.

WAH...NUR, lenda suka lah nota penting ni..yelahkan kengkadang kita ni walopun dok umah tiap2 hari tapi masih x sempat nak wat itu ini...tq ye...idea yg bagus tuh..keep it up...
ReplyDeletenur, suke tgk perkembangan kawan2 blogger seangkatan...selamat maju jaya & doakan kami juga, ye?
ReplyDelete@ kak lenda: salam kak, sama-sama kak. :)
ReplyDelete@catlinafly: salam kak, Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan kak. Gud Luck to your kedaigambarkami! :)