Ini tayang menu 2 hari lepas. hehe... my hubby kurang selera makan. Katanya banyak kerja akhir taun ni. Saya teringat haritu, dia makan ayam masak badang sampai licin. Jadi, saya buatkan lagi. Alhamdulillah.... bertambah nasinya. Sayunya hati saya...
AYAM MASAK BADANG .
Resipi kat SINI. Kali ni saya rebus ayam tu dulu dgn air paras ayam jer. Tutup periuk, dan rebus hingga ayam lembut dan kuah tinggal sikit. Perencahnya buat siap2 termasuk santan. (Kali ni saya gunakan Susu Cair). Bila ayam masak, masukkan jer dalam kuah santan tu dan biar sebati dan kuah agak pekat dan naik minyak. Siap untuk dihidangkan.
NOTA NURINDAH: Kali ni saya guna Susu cair menggantikan santan. :) Resipi ni sesuai bila kita nak makan gulai, tapi tak mahu kuah banyak sangat. Ada bau-bau rendang skit. :D
Disesuaikan dengan sayur sawi goreng. Sawi digoreng bersama hati ayam.

salam indah, klu k.mas 2 menu ni dah cukup menyelerakan....sedapp betoi tengok ayam tu..rasanya mcm rendang ke indah...
ReplyDeleteMacam senang je masak badang tu.. bila dah makan nanti , boleh besar dan kuat macam badang kut he he
ReplyDelete@mas:
ReplyDeleteSalam kak mas,
Ada bau-bau je. tapi bukan rendang la. ;D Kami menggemarinya!
@che mid:
Salam che mid. Ya, senang... sangat. Lebur2 masuk blend pun jadi. Itu yang saya bgtau hubby supaya naik balik semangat makannya tu. Dia cakap apa kak.... badang makan muntah! Alahai... :)) tapi Alhamdulillah, dia suka.