Tayangan gambar bubur Asyura Terengganu. :D Bertaun-taun mengidam. Tahun ni, my Mama buatkan. Satu bekas besar untuk saya, satu lagi untuk Siti. Rabu lalu, saya sempat potong kecil2 untuk officemate my hubby. Pagi tu, kami kekenyangan makan bubur Asyura. hihihi....
Dalam beberapa hari ni, kami agak terhibur. My Adik, Nura dan Nuyu datang ke Selangor. Nuyu nak ke maktab di kedah melalui KL. Nura pula dapat cuti 3 hari dari tempat kerjanya.
Kesian my hubby. 2 malam berturut2 ke damansara damai untuk melunasi kerinduan isterinya terhadap adik-beradik. Yalah, bukan selalu dapat berkumpul sama-sama kan? ;)
Lagipun bukan tak biasa ke Damansara damai (DD), sebab dah biasa. Balik dr banting lalu DD , gi One Utama pun lalu DD, kedai kami yg tak bersewa pun kat season square, my adik Siti pun kat DD. Muka kami pun dah familiar kat kedai mamak Mahbub tu. :P
Hari pertama mereka sampai, kami pergi tengok Narnia kat GSC. Siti belanja tiket, kami pula sediakan transport balik rumah. hihi.. Mereka pergi dulu ke One Utama (OU) dgn teksi. Kami pula, bertolak ke OU selepas hubby balik kerja. Siti mengadu, mahal betul teksi skarang. Dari damansara damai ke One Utama - RM17 teksi bermeter. Bayangkan masa traffic light nak belok ke OU, dekat 15 minit jem dengan meter bergerak. Maklumlah dekat krismas, penuh orang kat OU walaupun hari kerja. Agaknya orang teksi ni lagi seronok jem-jem ni sebab meter tetap jalan! Huh...
Er... kami pun berpeluh-peluh juga cari parking kat One Utama. Tapi kat sini, kami dah biasa. :D Tempat kami berdua selalu lepak. Situ jer nak tengok wayang ke, MPH ke. Lebih selesa ngan one card :)) parking pun tak mahal. But... hari tu memang lelah nak cari parking. Kami naik bumbung tingkat 5 nuh!
Best la Narnia. Bayangkan perjalanan cerita hampir 90% atas kapal. Jadi, terasa macam kami dok atas kapal jer. lagi2 dok seat kedua. hahaha. My hubby yang biasa tertidur dalam GSC, tak dapat tido langsung. Komen dia, Bagus. Balik dari OU, kami singgah isi perut.
Nah, gambar 3 of my adik-adik.... still aVailable. Cekal dan manja. Yang tengah tu la yang jatuh motor aritu. Ada lagi parut kat atas bibir dan bibir still bengkak skit. Nak dok ngan kami sebelum balik maktab. Alhamdulillah, kami masih dapat bersama-sama. Saya ingat lagi, teruk saya menangis masa kat hospital aritu. Berhari-hari.... Kami tak sanggup nak sebut-sebut kejadian tu depan dia. Kami tau, dia masih trauma. Kalau boleh, nak buang kenangan tu jauh2. Alhamdulillah, kami masih bergelak tawa bersama-sama.
Makan ni, biasa-biasa jer. Pot pet jer lebih. Orang perempuan... ish ish... hahaha... Atas tu kue teow goreng.
Mi ladna. Adus.. pedas. Besar betul sayur2nya. Tapi ok..
Kelmarin pula, saya dan adik2 gi pesta buku kanak-kanak kat PWTC. Naik KTM jer. Cuci mata, lagipun nak anta Nura balik naik bas. Cuti dia dah abis. Takde gambar semasa kat pwtc tu. Kami sampai sana kul 5pm. Terkejar2 nak solatla, makan lagi. Hari biasa, kul 8.30 lagi, banyak Booth dah tutup. Tapi sempat la beli poster dan beberapa buku. Adik Nurul beli buku untuk sesi pengajarannya. Taun depan kena SBE. Dia amik pendidikan khas dan jasmani. Pastu kami balik naik KTM turun sg buloh, my hubby amik dan hantar seme pulang.
Adeh... penat dah tulis. Korang (adik-adik) baca ke ni? kak dah catat kat blog buat memory tau! :D Teman2 semua dah penat baca ke? Meh2 saya urut bahu. hihihi....

salam indah, seronoknya berkumpul ramai2...k.mas pun suka, baru minggu lepas family hubby datang bertandang 3 mlm, seronok betul rasanya.....
ReplyDeletek.mas kalau balik kampung, suka bakar ayam dan ikan ramai2..dah jadi aktiviti wajib tu..memang best...
tengok menu2 tu jadi terliur lak...sedapnya...
salam kak mas,
ReplyDeletebukan selalu dapat berkumpul kan? hihihi... wah! ada aktiviti wajib. best jugak tu, nak tiru jugakla. mesti meriah nanti.
Salam Nur, mak akak pun buat bubur asyura jenis macam tu.. tp warna putih..bestkan..lama dh akak tak makan..sesetengah orang bubur asyura nya cair..
ReplyDeletesalam kak noorma,
ReplyDeleteSedap kan kak... yang ni mama saya tak bubuh ayam/daging. kalu bubuh lauk2 tu.. laaagi sedap! hihi. saya bertaun mengidam nak makan bubur asyura terengganu. taun ni ada rezeki saya. :D
suka sangat bubur asyura.....
ReplyDeletebubur asyura trangganu sama dgn klantan.....
ReplyDeleteIndah,
ReplyDeletelaaa...tak tau pun ada pesta buku untuk kanak-kanak..
salam
ReplyDeletewaaa...dh lama dok ngidam suro kelate/tganu...dok mkn yg kedah punya je...nak..nak...
Assalamualaikum Nur,first time sampai kat rumah awak ni,banyak benda akak dapat dalam blog awak ni,rajin betul Nur menulis......yang akak jadi teruja tu bila baca Nur ada sampai kat Damansara damai ni...dan biasa dengan keadaan disini...rasa macam akak pernah kenal pulak .....hihi tu perasan aje.....akak kerja kat area2 OU tu....bila Nur cerita kisah jem disitu tersenyum akak sendiri,ok lah nur akhir kata salam pegenalan dari akak di sini,jumpa lagi terima kasih berkongsi cerita dengan akak.
ReplyDeletesalam alimaz,
ReplyDeletetime bulan muharram je bubur ni muncul. special kata orang. :)
salam nza,
oh.. kami dok besut. agaknya mmg ada mirip kelantan jugak. :)
salam kak rina,
jom jom pegi lagi... ramai betul budak2. cikgu pun ramai. :)
salam kak kamsiah,
waaa... syahdu saya baca. maap kak, kalu buat kak teringin. memang rasa rempah dia lain dari bubur asyura negeri lain. ;)
salam kak sharifah,
Ye ke kenal? adeh.. rasa nak sorok muka ni. :D . Walaupun nak naik parking OU tu berbelit2, tapi hanya OU pilihan hati kami untuk lepak. Kami ni ulat buku, selalu muncul kat MPH tu. ;)