Moga teman2 semua dalam keberkatan Allah walau di mana jua berada.
Kelmarin, masa ronda-ronda, saya terjumpa pasal Darwisya, yang telah hafaz al quran di usia 3 tahun. Dia hafaz 30 surah terakhir di usia itu dan akan terus menghafaz al quran. Darwisya mula menghafaz dari umur setahun lebih. Dan yang menariknya, atas bimbingan ibubapanya dan ibunya adalah seorang yang berkerjaya. Adiknya Darwish juga mula menghafaz pada usia kanak-kanak.
Selingan: Di sini..... saya mohon maaf sebab resipi Puding roti wholemeal, tempoh masa membakar sebenarnya hampir 60 minit. Saya dah betulkan tempoh masa membakar tu. Camana tah, tak perasan. Nanti kang, tak masak2 pula. hihi.. Maaf sekali lagi ya. :D
Ya... hati saya sangat segar bugar membaca blog yang ditulis ibu mereka, di http://darwishndarwisya.blogspot.com . Amat jarang kita jumpa ibubapa yang ingin share rahsia mereka. Katanya dia bukanlah hafizah, ustazah yang ajar mengaji, berjubah atau bertudung labuh, ataupun seorang suri rumah sepenuh masa. Tetapi dia menggunakan kaedah tersendiri untuk mendidik anak-anaknya menghafaz Al Quran.
Ya. Kita masih ada Hope (harapan) kerana bukan hanya ustazah2 yang mampu mendidik anak-anak secantik itu. Hope... saya akan ada anak seperti itu. Hope... saya berpeluang berjihad seperti ibunya. Dengan harapan yang membuat kita makin kuat berusaha. Teruskanlah berharap wahai para ibu... teruskan berusaha dengan selembut mungkin dan istiqamah.
Di YOUTUBE ada pelbagai versi video yang di download ibunya sepanjang pendidikan untuk anak-anaknya, bermula dengan Darwisya. Klik SINI
Di bawah pula video semasa Darwisya membacakan al quran di satu majlis. Sudah mengenal Tajwid anak ni.... :))

Subhanallah...kagumnya dengan anak kecil ni nur...kecomelan dan kebijaksanaan dia terserlah ye nur..ketika membacanya.. :)
ReplyDeletecomelnya dia.
ReplyDeleteterang hati dia.
@cikmin: salam cikmin, saya pun kagum kak.. rezeki mak dia.. saya berulangkali tengok video ni. :))
ReplyDelete@azrina: salam kak rina, hihi... memang terang hati. Rezeki Allah pada dia. Lagipun,mak dia selalu berikan dia air yang dibacakan doa dan ayat al Quran sejak dia bayi lagi.