Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label Ikan Keli. Show all posts
Showing posts with label Ikan Keli. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

nota hati takde penghujung dan makan sahaja...

Salam sejahtera,

27 rejab telah berlalu... hari ni sudah 28. Ntahlah, mungkin ada hikmahnya apabila para aulia' dulu menyuruh kita berpuasa sunat pd 27 rejab. my hubby pun siap bagitau saya, ustaz di tpt kerjanya menyatakan tiada puasa sunat pd 27 rejab. jangan niatkan "aku berpuasa sunat rejab".

Yalah, saya terima. Tiada yg perlu didebatkan, sebab saya pun dah trlupa 27 rejab tu. Dalam kalendar pun dah takde hari2 istimewa dalam Islam. Semua kalendar pakat nak jadi 1 malaysia. dah pakat kata maulidurrasul/isra' mikraj/ nisfu syaaban tu bidaah. Siapalah saya, nak bangkang-bangkang..

My hubby sama ngan saya, diasuh guru tentang amalan sunat ni semasa di sekolah berasrama penuh. Sebab perkara ni kan, biasa seronok kalu buat ramai-ramai, berjemaah. nisfu syaaban baca yasin 3x, maulidurrasul ada sambutan kecil dan salawat, isra' mikraj biasanya ada kuliah ttg bab semayang dan masjidil aqsa. Saya pula? guru2 yg mnjadi warden asrama ramai yg lulusan negara mesir, madinah atau jordan. Tak pernah pun saya dengar perkataan bidaah. Sekolah tu pula bekas sekolah pondok yg dinaiktaraf.

Masa tu, tak pernah lg dengar ttg bidaah. Semua bersatu-padu 'improve diri' dan 'amalan'. Takde nak sindir sape-sape. Takde nak perli sape-sape mahupun berdebat bab agama. Mengumpat, lagilah. Kita akan tau "hati" atau "sifat" seorang Muallim atau Muallimah apabila dia mula mengumpat atau merendah-rendahkan orang itu dan ini... dan seorang Tilmiz pasti kenal siapa Muallim yg disenangi majoriti...


Dahla, orang sibuk ttg "Bersih", kita bercakap pasal itu pula. 'Bersih'? Mana taknya, setiap hari my hubby dok sembang pasal ni. Teruja pula bila dinaik-naikkan semangat. Tapi, bila baca pasal Ambiga tu, personaliti dia, terus saya menurunkan dr rasa teruja tu. Takpela, kalu ada yg tak suka saya cakap macam ni. Sebab saya bukan orang politik. macam abah saya pun dulu cuma kais pagi makan pagi, mana la nak sibuk hal politik. tiada aura politik dalam hidup saya.  Saya memilih orang utk diikut, adalah personalitinya supaya tak tersasar tujuan saya....  iaitu  LILLAH..  kerana saya cuma orang bawahan, tergolek terhiris... yg kena saya juga.

Oklah, dah puas mengomel. Kita jamu mata dah ya... hehe..



Peringatan: ini bukan nasi kunyit. ahaks... inilah Nasi Goreng guna perencah adabi 1/2 paket plus sayur kuning kat bawah tu. Our breakfast. Tak pose Khamis arini.


Ini pula sambal Kerang. Guna resipi Sambal biasa, tapi UPGRADE: tambah bilis yang rendam, pastu tumbuk. Tumis bersama sambal. Memang tak berenti makan sambal ni... :))


Ini pula masak lemak cili padi biasa2 jer. Guna Ikan keli. Kata orang, letak daun  cekur, jadilah masak lemak Cekur.  Ikan Keli digrill sekejap dalam kuali dgn sesudu minyak sehingga masak, . Tuang bahan tumbuk dan santan. Bahan tumbuk cuma cili padi, halia, lengkuas, bawang putih dan merah. Tambah perasa sikit. 


Inilah dia sayur kuning. ahaks... dari nak masak udang asing ngan kobis, terjadi campur macam ni. Tumis macam udang bersos tiram selalu tu. Tapi tambah kobis. Haih, punyala malas nak tulis resipi. buat adik-adik, sila semak kat MENU kat atas ;D


Thursday, October 14, 2010

Stew Ayam, Pengat pisang 2

Salam sejahtera. Kembali ke arena dapur. hikhikhik.. Salah satu menunya guna rsipi chef hanieliza lagi. Buku2nya yang bbrp set tu pun saya belum khatam tau.... Buku baru Chef Hanieliza belum beli lagi. huhu... jangan tamak.. jangan tamak... Nanti2 nak singgah MPH. hihihi..... sebenarnya, masa kat stsyen bas PUTRA haritu, saya trserempak dgn chef hanieliza, dgn anak-anaknya. Dia tunggu bas juga, nak balik Kertih. Sempat brsalaman ni. Baik dan ramah orangnya.Mula2 saya malu siot... maklumlah chef terkenal. Tapi mr hubby cakap, lepas2 ni blum tentu jumpa lagi dah.... trus saya gi tegur juga. hahaha. kak liza ada tawarkan buku barunya, tapi tak sempat dah... bas saya dah sampai. :D Tak lupa, mohon halalkan resipinya ya kak liza untuk share kat sini..


Ayam Stew. Ada daging ayam yang dipotong kecil. Memang dah konfius nak buat apa. Jadi, belek2 buku, terjumpa resipi Ayam Stew ni. Oh! Ya, tepung jagung tu sikit2 dahla. Karang terpekat macam saya tu. hihihi


Inilah bukunya. Tenang jer bila nampak gambar besar2 macam ni. Suka dan menggiurkan bila melihatnya.

STEW AYAM
Sumber: buku senangnya memasak Ayam PTS, Chef Hanieliza.

500gm ayam
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
1 tangkai lobak merah
1 biji tomato (potong 4)
2 sudu makan minyak masak

Bahan B
1/2 cawan air
1 sdt tepung jagung - (nurindah: bubuh sikit2 dulu, agar ikut kepekatan yg disukai)
1 sdt lada hitam (nurindah: saya guna serbuk lada hitam ajishio jer)
1 sdt minyak bijan (nurindah: saya guna bbrp titis)
garam secukup rasa

Bahan C ( DIHIRIS )
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah

Cara memasaknya:
1. Ayam dibuang kulit, dipotong kecil dan dibersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris hingga layu
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan hingga lembut.
4. Masukkan semua sayur kecuali daun bawang dan daun sup.
5. Apabila sudah layu, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan mendidih.
6. Tutup api kemudian taburkan daun sup dan daun bawang.
7. Hidangkan dengan nasi ataupun roti.


Pengat Pisang tanduk dan Ubi Keladi . Pisang dan keladi tu pemberian MIL dan FIL.  Mr hubby suka makan ubi keladi juga.  Kat sini, payah nak dapat yang elok. Selalu bila picit Ubi keladi kat pasaraya tu, macam lembik jer.  Alhamdulillah...akhirnya selamat dimasak. Risau jugak sbb terbiar bbrp hari. Takde santan nak buat. Jadinya, bila ada santan, baru jadi pengat ni. :)) Resipi pengat yang satu lagi macam kat sini .... Kali ni saya buat sempoi jer. Saya add skali   manisan yang MIL  berikan. 

PENGAT PISANG 2

1 biji pisang tanduk (pisang besar) -dipotong serong.
1 biji Ubi keledek (warna putih) -dipotong dadu besar2, dan rebus hingga hampir empuk. Masa rebus, make sure tutup periuk supaya ia masak betul. Saya tapis, buang airnya lalu siram ubi yang dah masak tu untuk hilangkan lendirnya.

Santan secukupnya
Sedikit garam
Gula secukup rasa
1- 2 ketul Manisan / gula melaka ( manisan tu perlu dicairkan dulu, pastu tapis. Paling senang, guna gula merah cap bintang sbb manisan paket ni tak perlu tapis)
1 helai Daun pandan
Biji sagu ( basuh dalam tapisan)

Cara:
1. Didihkan santan dengan daun pandan, gula, manisan/gula melaka, garam.
2. Baru masukkan ubi keledek tadi, dan pisang serta biji sagu.
3. Biar hingga biji sagu mengembang dan kurang nampak warna putihnya.
4. Kacau selalu supaya santannya tak keluar dari periuk.
5. Tutup api, dan tutup periuk.
(Jangan risau jika ada sikit Sagu yang putih, ia akan kembang sendiri )


Ikan keli goreng bersalut bawang putih tumbuk. Sedap..! Rangup dan wangi jer.. :D

Kailan ikan masin. Ikan masin jeruk takde. Saya ganti dgn ikan kembung masin, Siat dagingnya, pastu baru ditumis bersama bawang. Resipi yang pernah dibuat ada di sini.


Saturday, June 5, 2010

Sambal udang dengan petai, cendawan tumis cili padi, ikan keli tumis cili padi..

Salam sejahtera, selamat petang.
Menu tengahari. Hu, semua menu kami hari ni pedas2 kan? Tetapi, trust me.... actually tak pedas sangat pun.


Sambal udang dengan petai... Inilah sambal saya yg ori yang sering dikomen oleh My Hubby tersayang, katanya tak pedas..huhuh.. sebab saya campur banyak sos dari cili kisar...ngeee.. . Sebab itulah saya pulun cari banyak versi sambal tumis, supaya pekat dan pedas.... Untuk sambal udang, saya prefer sambal kak anis. kali ni kes malas nak tengok resipi, jadilah sambal cair ni...uhuks..


Cendawan tumis cili api yang dah banyak kali buat. Yang ni pedas, jangan tak caya... sebab My Hubby suka yang macam ni. Inilah faveret kami. MIL yang ajar. huhu, sedaaaap..! Resipi sempoi ada kat sini.


Ikan keli bercili padi. Ini, actually tak pedas sangat. Sebabnya saya tambah gula.Di bawah resipi sempoi saya. Ikan ni, salut2 gitu jer tapi basah.

IKAN KELI TUMIS CILI API
BAHAN-BAHAN :
2 ekor Ikan keli - diperap dengan kunyit dan garam, digoreng.
10 biji cili padi -ditumbuk
1-2 tangkai cili merah -ditumbuk
2-3 ulas Bawang putih -ditumbuk
1/2 biji bawang besar -ditumbuk
1 inci halia -ditumbuk
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

CARA
1. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan gula, garam.
3. Tambah sedikit air. Biar sebati.
4. Masukkan ikan. Gaul sebati.
5. Angkat dan hidangkan

Thursday, May 27, 2010

Ikan keli masak lemak cili padi, Udang goreng oat


Salam sejahtera. Teringat kenangan beli ikan keli ni kat NSK. Ikan tu baru dipotong2 hidup2 oleh pekerja pasaraya tu, tapi masih menggeliat lagi...huhu. saya geli, My Hubby yang ambik ikan tu. Dia cakap, panjang beetul nyawa ikan keli ni ya... kihkih.. Akhirnya tamatlah riwayat ikan ni bila saya masak lemak cili padi malam tadi. Resipi campak2 juga. Aritu nampak cikmanggis masak ikan keli salai, memang terliur sangatla. Tetapi malam tadi, malas nak bakar, nak masak cepat2... jadi ikan saya goreng skejap (aci tak? ;) Pastu masuk dalam periuk santan bercampur bawang, ikan bilis, cili padi yang ditumbuk lumat, asam keping. daun kesum takde. Amaran, ini resipi campak-campak... hehehe...


Udang goreng oat ni, asal resipi udang goreng nestum kak maz. dah maaanyak kali buat. sodap pun sodap... cuma ganti oat jer, sbb nestum takde. Resipi versi oat kat sini. Bezanya cuma versi oat basah2, versi nestum rangup ngup... ;)

Friday, May 7, 2010

Sambal udang, keli goreng

Salam sjahtera,
Dah dekat tengahari, tak nak celoteh panjang. Ini menu dinner malam tadi. Sambal udang dan keli goreng. Keli tu, kecit jer, penjual ikan tu cakap...goreng garing je, pasti sedap. Yum...betullah. mula2 ingat nak sambalkan, tapi rasa dah ok, saya sambalkan udang jela...


Ikan keli dilumur dulu dengan pes asam jawa. Basuh, toskan. Kelar2. Lumur pulak ngan garam dan serbuk kunyit. Goreng garing. Ikan keli sekecil ni, saya beli 2 ekor 1 hinggit je.


Sambal udang, menggunakan resipi kak anis. Saya tukar cili kepada cili kering. Dan saya tumbuk bersama bahan lain.

Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers