
Masa kecik2, mama slalu guna pisang nangka. saya teringin juga, tapi kat bandar ni, susah cari pisang nangka yg panjang2 tu. :( dah tua2 ni, memang rasa nak makan cam kita kecit2 dulu. Takpela, pisang abu pun dah buat pengubat rindu. :)

PENGAT PISANG STYLE MIL
Sumber : MIL.
Pisang abu (dibelah 2, saya belah potong serong)
Santan
Sagu (saya tak bubuh)
Gula secukup rasa
Tepung campur ngan skit air, ala batter goreng pisang
1 helai Daun pandan
1. Mula-mula panaskan skit air, dlm tinggi 1/2 jari.
2. Bila panaskan air, sudukan tepung dan masukkan perlahan2 dalam periuk.
3. Bila tepung terapung di permukaan, terus angkat, letak dalam pinggan.
4. Air dalam periuk, biarkan. Terus masukkan pisang, santan, daun pandan, gula dalam periuk. Biar hingga pisang sedikit lembut.
5. Angkat dan hidangkan.
Taucu ni kebetulan ada dalam peti ais. Memang sedap rasanya. Tak rugi ada taucu satu bekas tu. hahaha. Nice idea,kan?
TAUHU MASAK TAUCU
Sumber: kak Ayu., asal dari resipidiana.blogspot.com
Bahan-bahannya
4 keping tahu yang besar, dipotong dadu selebar 1 inci-(Ayu potong 4)
12 ekor udang, dikupas kulitnya
10 batang lada hijau, dipotong 3-(Ayu gunaka cili padi ketuk)
5 biji bawang besar, dihiris bulat-(Ayu gunakan 2 biji aje)
2 ulas bawang putih, dihiris
2 batang serai, dititik
1 botol taucu, dicuci, toskan dan ramas kasi hancur sedikit-( Ayu gunakan 1/2 botol aje)
2 cawan air
2 inci belacan, asam jawa, sebesar setengah telur ayam
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tahu yang telah dipotong dadu selebar 1 inci, digoreng. Jangan goreng terlalu garing cukup sekadar ia kekuningan sedikit. Angkat dan ketepikan.
2. Asam jawa, belacan dan 2 cawan air dicampurkan dan diramas sehingga rata. Ketepikan.
3. Minyak yang telah digunakan untuk menggoreng tahu tadi boleh kita gunakan untuk menumis. Masukkan serai yang telah dititik bersama bawang putih, bawang besar dan lada hijau. Tumis sehingga bahan-bahan naik baunya.
4. Masukkan taucu yang telah diramas dan juga udang. Gaul rata dan masukkan juga bancuhan air asam dan juga belacan yang telah disediakan tadi. Masak selama 5 minit pada api sederhana supaya rempahnya bangkit.
5. Kemudian masukkan garam (jangan terlalu banyak) sebab taucu pun dah ada rasa masin, serbuk perasa, gula dan juga tahu yang telah digoreng. Gaul rata dan biarkan ia mereneh supaya kuahnya menyerap dalam tahu selama 5 – 10 minit. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.
Nota: Sekiranya anda suka pedas boleh letak cili padi hijau. Lauk ini kalau disimpan semalaman dan dipanaskan rasanya lagi umppph.. Selamat mencuba.
Sources:-From resipidiana.blogspot.com
Saya guna inti udang, seperti cara Ika,bangkok.

TAUHU POKET
Sumber: Ika, bangkok. Asal resipi Che 'Iza MyR.
TAUHU POKET
Bahan-bahan ( 10 biji )
* 5 kpg tauhu
* 50 gm isi udang dicincang halus
* 1/2 biji bawang besar didadu halus
* 1 inci lobak merah diracik halus
* 2 helai daun ketumbar dihiris halus
* 2 sb telur (dlm 1/2 biji)
* 1 sb tepung jagung
* 1/2 sk pati ikan bilis
* sedikit garam
* Tambahan Nurindah: 2 biji telur, dipukul untuk coating seblom goreng.
Cara-cara
1. Tauhu dipotong 2. Kemudian korek tauhu buat poket (mcm buat tauhu sumbat). isi tauhu yg dikuarkan jgn buang.
2. Hancurkan isi tauhu tadi dgn sudu. Campurkan semua bahan lain kedlm tauhu yg telah dihancurkan tadi. Gaul rata semua bahan.
3. Sumbatkan bahan2 yg telah digaul td ke dlm tauhu. Siap mengisi tauhu, bolehlah digoreng. Goreng dgn minyak yg panas
4. Boleh dijadikan lauk atau snek yg dihidang bersama dgn sos....

Salam Indah, apa khabar? Best menu2 yg dimasak... Salam Nisfu Syaaban utk Indah juga....
ReplyDeleteeh, scroll lagi ternampak tauhu masak taucu tu..hehe..kena pulak dengan kacang panjang masak lemak..kecur ni!!!
ReplyDeletesalam kak TT,
ReplyDeletemenu harian jer kak. :D salam nisfu syaaban
Salam kak ayu,
hihi. saya lupa nak bgtau amik tauhu bertaucu dr blog kak. sedap!