Salam sejahtera, hari Isnin 2 minggu yang lalu, saya berpuasa. Selalunya teringin dessert manis. Teringat pula cendol paket yang kononya saya nak buat kuih talam...hahaha. Cendol ni dibeli kat pasaraya. Saya tapis, dan buang airnya, basuh skit cendolnya. Agak keras cendol paket ni. Saya teringat cendol kat bandar Jertih. Homemade, dan hanya tahan 2 hari, sebab langsung takde pengawet. Yang itu aaamat lembut. Biasanya cara mama saya, dia campur cendol ngan air gula. Hirup macam tu jer. Sedap! Takpela, walaupun cendol ni agak keras, asalkan lepas kempunan kan?
CENDOL BERSANTAN
1 bungkus Cendol paket - saya buang airnya (yang kat pasaraya tu)
KUAH: (Dipanaskan dengan api kecil)
Santan cair secukup kuah yang dkehendaki
sedikit Garam
1 helai Daun pandan
AIR GULA MERAH: (Dipanaskan hingga gula merah cair)
Gula merah/ gula melaka (saya guna yg dah hancur, cap bintang)
Air masak secukupnya untuk mendapat air gula yang sedikit pekat.
CARA MENGHIDANG:
1. Letak semua cendol di dalam mangkuk.
2. Masukkan santan panas tadi ke dalam mangkuk berisi cendol. Biarkan sejuk.
3. Gula merah diletakkan dalam bekas asing.
4. Bila nak makan, isikan saja cendol dalam mangkuk kecil, tuang air gula merah mengikut rasa, plus sedikit ais atau ais kisar. Yum.... menyelerakan! :D

Indah,
ReplyDeletememang bila kita puasa nak yang lain dari lain jer kan...
kali terakhir kRina buat bulan puasa tahun lepas...
hehehe...lama tu..
Salam nur...
ReplyDeleteAdusss...sedapnya cendol!
Akak suka beli dekat bro yang jual taufufa kat pasar malam kita tuh... :)
salam nur..
ReplyDeletelama x pekena cendol..puasa2 baru nak carik kan..hehe..akak baru pernah skali buat sendiri guna tepung hoen kwe resepi kak fida..lembut jer..ada masa nanti nur leh cuba tu
salam nur...brp hinggit ni smangkuk?nak 2 mangkuk-gula lebih tau..:)
ReplyDeleteSalam kak reena,
ReplyDeleteOh, saya tak pandai buat lagi. nanti nak cubala. cendol paket kat pasaraya tu keras, kak. tak best. huhu. memang bulan pose ngidam nak cendol. hihi
salam kak fzi,
ReplyDeleteoh.. pakcik tu ya? hihihi. saya biasa beli tau fu fa. air cendol time2 ngidam jer. geram bila trkena dgn penjual cendol yg letak cikit jer cendol dlm air tu. pakcik tu bubuh banyak ke kak? nanti saya nak beli jgk. :D
salam kak hasue,
ReplyDeleteoh... guna tepung hoen kwe ya kak? yum yum... rajin nanti nak try wat la. puas ati kan,kak?
salam deliah,
ReplyDeletehihi. kalu ada lagi, saya bg free je kat deliah. :D