Pagi ni, sibuk skit. Kena simpan air dalam baldi besar, sbb ada maintenance air kat apt. nak basuh pinggan dn mandi siap. Kang takde air, sape nak jawab. hihi. Saya jenjalan tengahari nanti ya.
Ini baru masak, diatur dalam dulang. 1 cwn tepung kastard dan 1 tin jagung. Cukup utk 3-4 orang.
Panas lagi, tak sabar nak rasa. hahaha.
Bila dah sejuk, baru cantik dipotong, kan?
PUDING JAGUNG
Sumber: buku Puding dan dessert Chef Hanieliza.
1 cawan tepung kastard
1 tin susu cair (400ml)
1 cwn gula halus
2 sdm majerin
4 cwn air
1 tin jagung (nurindah:sweet corn cream style)
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau rata.
2. Masakkan sehingga naik wap dan kelihatan berkilat.
3. Masukkan ke dalam acuan kecil ataupun loyang. Kemudian sejukkan.
4. Hiaskan dengan butiran jagung (optional)
5. Nota Chef Hanieliza: Gunakan cawan yang sama saiz. Majerin seeloknya dimasukkan semasa adunan sedikit kental supaya puding nampak brkilat.
NOTA NURINDAH:
Bila adunan sedikit pekat, selalu kacau supaya tidak berkerak dan masak sekata. Mula2 puding ni kelihatan kuning susu, dah hampir masak, ia berwarna kuning berkilat. Saya masukkan majerin skali. Saya masak sehingga puding kelihatan berkilat, berwarna kuning terang dan sedikit kental. Jgn lupa guna sudip yg panjang dn besar skit ya. Masa masak: hampir 1 jam. Senang nk bajet masa. Nak makan petang, buat pagi2.
Baru masuk bab menu lain. Rendang nangka dr FP kak liza. Ni banyak skip, cili kering tak masuk, cili api pun pootong2 jer, daging pun tak masuk. Nak resipi yang real, sila klik sini. :)
SAMBAL KERANG OTER
Ini sambal oter. Sambal dr sambal udang yang tak abis. yang abis, udangnya. Sambal ada dalam 5-6 sb lagi. Jadi, saya simpan, buat sambal kerang pulak. ;)
IKAN MASAK TEMPOYAK SEMPOI
Ikan masak tempoyak. Versi cincai jer. Tumbuk lengkuas, bawang putih dan merah, cili padi. Panaskan air, masuk bahan tumbuk dan 2 dudu besar tempoyak, buh garam lagi kalu nak. Tunggu ikan masak. Seeloknya, kuahnya tak lebih sangat. Baru sedap..
NANGKA REBUS
Bila rebus nangka kelmarin, teringat jantung pisang rebus. Gulp! Ala, guna nangka muda ni pun bole. Kat pasar basah dah siap jual yang dikopek dan potong panjang camni. Getah nangka pun tak nampak. Balik siap untuk direbus jer. Kita cicah dengan....
BUDU
Budu.... budu! Jangan tak caya. hihi. Dah setaun tak makan budu, er... tekak kelantan ke tidak ni ek? Ala, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula budu sepinggan. hahaha... (saya cicah skit jer. Teringat kampung....huwa...!). Cara hidangkannya, budu + limau kasturi + cili padi. Siap!
salam nur...hri ni menu apa..kmaz mai nk mkn umah nur la..sdpnya budu nga nangka celur tu...lapar la plak...
ReplyDeleteSalam Indah,
ReplyDeletedah simpan air ker..cukup ker tu..
kak sweetie nak cuba jugaklah budu nih dan cencalok. tak reti cicah2 ni.
ikan masak tempoyak tu sedap..tapi kak rumah kak sweetie sorang yg mkn tempoyak..hhmm
Salam kak sweetie,
ReplyDeletehu, fenin bab air ni. arap2 settle cepat. kalu tak, kna mandi kat masjid. hahaha.
budu ni, syedap..kak ;). oh, camtula jg bila saya nak makan ikut sedap tekak saya. kena buat lauk lain juga tuk my hubby. itu bila dah teringin sangat. hihihi.
salam kak maz,
ReplyDeleteJom makan ulam ngan budu. kikiki.
Salam Nur...
ReplyDeleteSelamat kembali...bagusla Nur dah kembali bersemangat nak menulis kat blog. Boleh la kawan2 ikut perkembangan Nur :)
Maaf ya lambat pulak saya datang balas kunjungan.sibuk dengan anak dan sekolah :D
Terliurnya tengok gambar budu tue.. faveret tu cicah dengan ulam.. sedap makan nasi tak payah cerita la..hihi..
Semoga adik2 Nur dikurniakan jodoh yang baik2... insyaAllah :)
salam ijan,
ReplyDeleteTerima ijan, atas sokonganmu. Oh, takpe, kena utamakn yg penting dlu.
Haha, saya pun bru je beli budu tu. Kemaruk nak cecah ulam. ;)
Amin atas doamu, Ijan. Moga dimakbulkan Allah.