Salam sejahtera, selamat pagi. Pagi ni, saya buat roti gulung. Resipi ni agak berbeza kerana menggunakan salutan biskut kraker yang dihancurkan. Saya aaaamat suka! hihi. Nak tau nape? Ada banyak biskut jacobs yang tak termakan dalam tin. hihih! aritu konon2 nak amalkan biskut jacobs wholemeal, biskut sihat, yang petak kurang garam tu. Tapi kan, kami susah sangat nak abiskan. Haih! Camana nak sihat, ni? :D (actually Kami lagi suka jacobs yang bulat tu..)
Tentang roti gulung ni, masalah saya ialah susah nak jumpa breadcrumb biasa kat pasaraya. Asyik jumpa yg japanese breadcrumb yang kasar2 tu. Dah cuba wat salut. Tak bape cantik.. (bagi saya la). Selain guna biskut kraker, empunya resipi ni, gelek roti tu, dan potong lebihan sosej kat tepi. Jadi, saya sesuaikan ngan kacang panggang, masuk jer lebihan sosej tadi. :D. Kulit roti, pandaii2 la nak buat apa ya? Saya suka buat puding roti. hihi. Alhamdulillah, cantik jer roti gulung ni. Dimakan pula dengan kacang panggang. Enak betul..! Biasanya cecah sos jer. Tapi pagi ni dah rasa cam makan breaksfast ala barat lak. hahaha. seb baik my hubby tak kisah. Alhamdulillah.


ROTI GULUNG
Sumber: Norzulaili, majalah Rasa Jan 07. Terima kasih banyak2 buat empunya resipi. Mohon halalkan ya. :)
Bahan-bahan roti gulung:
2 biji sosej ayam - (nurindah:Saya belah 2, nak bagi banyak :)
2 keping roti - dipotong tepi
1 biji telur
10 keping biskut kraker - dihancurkan
minyak untuk menggoreng
Cara:
1. Pukul telur hingga rata.
2. Lenyekkan roti dengan penggelek.
3. Kemudian balut sosej dengan roti tadi. (roti dipotong tepi)
4. Sapu sikit telur tadi pada roti supaya gulungan melekat.
5. Potong hujung sosej supaya nampak cantik. (nurindah:hujung sosej tadi disimpan)
6. Celupkan pula keseluruhan roti gulung tadi ke dalam bancuhan telur.
7. Kemudian salut dengan serbuk biskut tadi.
8. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. (nurindah:api perlahan sikit, supaya sosej di dalam masak dan salutan tidak hangus)
KACANG PANGGANG
1/2 tin kacang panggang
1/3 biji bawang besar -dicincang
1 ulas bawang putih -dicincang
1 sdb cili kisar
Lebihan sosej tadi - dipotong kecil
Sikit halia (jika suka)
Cara:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan cili kisar.
3. Kemudian sosej. Biar sekejap.
4. Baru masukkan kacang panggang dan sedikit air.
5. Biar mendidih, angkat dan hidangkan bersama roti gulung tadi.

Salam nur...
ReplyDeleteTimakasih banyak nur berkongsi resepi...punya la hepi akak pagi ni lepas tengok roti sosej nur ni sebab... sama la kita, biskut jacob banyak dalam tin! sume tak berapa layan mama suh cicah biskut ngan air kopi...hihi
salam, testing..
ReplyDeletelaptop mengong skit pagi ni. huhu, semua comment yg saya blogwalking arini tak kuar.
salam nur. hiiii.. biskut kakpah pun banyak lagi dalam tin tu
ReplyDeletesalam nurindah...yg ni pg ni punyakan..sure ada lg kan-tapau,tapau!
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletetesting..
hola.. testing comment box.
ReplyDeletesenangnya nak buat....rajin @ malas je!!! he3x...baca2 resepi ni...tq
ReplyDeletetadi rasanya ade letak komen...tp tak muncul pun
ReplyDeletesalam kak pah,
ReplyDeletejom2.... abeskan biskut. hihi..
salam deliah,
ReplyDeleteihihi. ala, saya baru nampak bekas deliah. nanti kita buat lg ya.
pst: dari pagi comment blog ni mengong. geram.. sbb saya sendiri post comment pun tak masuk. hukhuk.
salam kak sonata,
ReplyDeletedah.. dah nampak comment kak ni.:) time ada biskut balance nanti, bole buat. Sorry, kak... blogger mengong agaknya. Dari pagi kelmarin, saya comment blog sendiri pun hilang. Comment kat blog orang pun hilang. hukhuk...