Salam sejahtera, ada seketul lagi ikan tongkol. Saya tanya My hubby, nak masak camana? Goreng, rebus, bersantan? Dia cakap masak lemakla. :D Senang hati saya masak gulai harini. Yala, sebab dah tau dia nak makan camana. Jika tidak, saya singgang jer ikan tongkol/ ikan aye tu... hihihi.
Saya ikut resipi kak Anis, Gulai kuning ikan denuk. Saya pun tak kenal ikan denuk, tetapi nampak isinya banyak dan berlemak seangkatan dgn tenggiri. Setau saya, gulai kuning, ialah lauk untuk nasi berlauk yang menjadi sarapan di pantai timur. Cara kak anis, bahan kisar/ tumbuk ditumis dulu. Saya pula masukkan semua bahan jer, mcm msk lemak. Selain ikan tongkol, atau ikan denuk, boleh juga menggunakan ikan lain spt tenggiri, kembung... Selain itu, tambahan saya untuk my hubby tersayang, pastinya cili padi ketuk. hehehe.... Terima kasih banyak2 buat kak Anis... sedap rasanya, saya suka gulai ni. ;) izinkan saya share kat sini ya kak...
GULAI IKAN TONGKOL
Sumber: Kak Anis, anisdiary
Bahan-bahannya:
500 gram ikan denuk dipotong-potong (Nurindah: Saya ganti ikan tongkol yang siap direbus, diambil bersama air rebusannya).
(Nurindah:Bahan dibawah boleh dikisar/ ditumbuk:)
5 tangkai cili kering dikisar
7 biji bawang kecil dikisar
2 biji bawang putih dikisar
1/2 inci kunyit hidup dikisar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 inci halia dikisar
1/2 inci lengkuas dikisar
(Bahan lain)
1 cawan santan pekat
1 batang timun saiz besar dipotong ikut suka (nurindah:takde)
7 biji lada hijau muda dibiarkan sebiji-sebiji (nurindah:takde)
5 keping asam (saya guna saiz kecil)
garam
manisan (saya guna gula pasir)
(Nurindah: Saya tambah cili padi diketuk)
Cara-caranya:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan garam dan gula secukupnya dan gaul sebati.
3. Tambahkan dengan potongan ikan dan gaul sebati, masukkan air paras-paras ikan. Masak hingga kuah mendidih.
4. Tambahkan santan pekat dan kacau lagi. Sekiranya kuah pekat boleh tambah sedikit air lagi.
5. Kacau sekejap-sekejap hingga kuah mendidih. Tambahkan dengan potongan timun dan cili hijau muda.
6. Biarkan di atas api sebentar dan bolehlah dihidang.
Sedap dihidangkan bersama nasi panas, ulam-ulaman, sambal belacan dan pastinya budu.

No comments:
Post a Comment