Salam sejahtera, selamat petang. Saya buat roti jala dan serawa durian ni. Mitak maaf la kalu semerbak bau, ya.. hihihi. Actually, masih ada lagi roti jala yang perlu dimasak. Jadi, saya postkan cepat2 dahla. Maklum, dah lewat minum petang. Hujan2 ni, sedap makan benda2 berkuah. :D. Roti jala, saya ambil resipi yang lepas. Serawa durian, saya ambil resipi kak Raihan. Sedap, Alhamdulillah. Saya merasa dulu tadi, sbb kena test dulu seblom bagi kat orang. hihih.. take care. Nak sambung menjala...




ADUNAN ROTI JALA - sumber Pn Liza, majalah RASA April 07 . Terima kasih buat empunya resipi.
Bahan-bahan: (asalnya 1 kg gandum, saya buat 1/3 sahaja)
330gm tepung
1/3 biji telur - kacau telur, dan ambil 1/3 saja.
650ml air
2 sudu makan minyak masak - untk bancuhan tepung
Sikit garam
Minyak masak untuk mendadar adunan ni
pewarna kuning.
1. Campurkan tepung gandum, telur, minyak masak dan air. Gaul rata hingga menjadi cecair, yang tidak terlalu likat. Kacau dengan whisk atau blend.
2. Panaskan kuali leper. Sapu sikit minyak. (kuali capati tu lagi elok).
3. Ambil acuan jala, celup dalam bekas batter (adunan). Lepas tu, mula jala dari tepi, baru ke tengah kuali. Iaitu dari luar ke dalam (itu cara saya). Biarkan ia masak dan skit rangup supaya mudah diangkat.
4. Angkat dan lipat macam kuih ketayap. Hidangkan dengan serawa durian tadi.

SERAWA DURIAN - sumber Kak Raihan . Terima kasih buat kak Raihan, mohon halalkan. Cayang kak..
Di bawah resipi asal : saya buat 5 ulas durian jer. Isi tebal. :)
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5-10 orang)
10-15 Ulas durian (ikut saiz)- sebahagiannya asingkan isi dan biji. sebahagian lagi biarkan dengan biji- supaya nampak cantik apabila dihidang
3 cawan santan daripada 1 biji kelapa
gula dan sedikit garam
sehelai daun pandan dicarik dan disimpul
***boleh tambah gula melaka jika suka warna gelap
Caranya senang sangat...
1. Masukkan semua bahan kecuali garam dan gula ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Kacau sentiasa.
2. Apabila mendidih, perlahankan api dan masukkan sedikit garam (1/2 sudu teh) dan gula. Jika duriannya sudah manis, letak sedikit sahaja gula bagi mengekalkan rasa asli durian.
3. Kacau lagi hingga kuah agak pekat. Apabila cukup rasa, tutup api dan boleh dihidang ketika panas atau selepas disejukkan.
*** Kuah yang cukup masak, disejukkan sebentar dan disimpan di dalam bekas di peti sejuk, boleh tahan sehingga 3 hari dengan rasa yang sama (sedap)
***jangan simpan kuah yang panas di dalam peti ais kerana ini akan menyebabkan kuah cepat rosak atau basi.

salam nur. nampak sedaplah nur. kakchik ni hasil proses durian tak suka makan tapi suka tengok orang makan. dalam rumah ni pantang ada bau durian mesti ada yang nak kena marah hehe.
ReplyDeletekita terbalik la nur. kakchik, cik abe yg kena try sebab dia yang nak makan. kalau kakchik try mesti tawar.
Salam indah,
ReplyDeleteMakbonda kalau baut roti jala,semua bahan masuk blender. On beberapa saat,semua menjadi sebati,lepas tu tapis.
anak anak suka makan dengan sambal tumis atau kari.
Kalau semua ke6-6 anak balik,1 kg tepung pun habis.
salam nurindah...musim durian ni sana-sini org mjual-bau harum je spanjang jln.x de roti jala, mkn serawa dgn roti putih pun sedap ni-nak semangkuk! :)
ReplyDeleteHi Nur, hru doing dearie??? Roti jala!!! Love dah lama beli acuannye, tp tak terbuat2...kekeke :D
ReplyDeleteto kak chik :Salam kak chik, oh.. sape yg tak makan tu? hihi. My Hubby tak peduli pun saya masak camana kak. yg penting perut dia terisi. jenuh jugak nak tunggu dia komen. hahaha
ReplyDeleteto mak bonda: salam mak bonda, kadang2 saya blend juga. Kelmarin malas nak basuh blender. kahkah. Oh, kalu ramai memang habis 1 kg tepung. :D
ReplyDeleteto Deliah: salam Deliah,jom makan ngan roti sandwic? roti jala dah abes. hihi..
to sis Love: sihat,kak. saya pun baru beli. Acuan lama tu tertinggal kat kampung :D