Apa khabar saya? Alhamdulillah, saya makin sihat. Fikiran pun tenang je. Kalu kita diuji prasangka....usir-usirlah fikiran tersebut. Jika kita diuji kemarahan... padamlah dengan kemaafan. Jika kita diuji dengan kesedihan... rawatlah dengan pergantungan kepada Allah. Jika diuji dengan kesempitan... tandanya kena berusaha lebih lagi. :D. Manusia tidakkan bertambah kuat kecuali diUJI. Tetapi satu jer, kalu dalam hidup berumahtangga..... janganlah kita terlalu keras kepala atau banyak cakap. Nescaya kurangla masalah rumahtangga, atau perkara yang membebankan hati seorang wanita. Ini tidaklah bermakna kami sedang bergolak ya. hihi. Saya bercuti kerana berasa diri tidak mampu menjaga hati. Saya bertapa sekejap, agar hati saya seteguh karang di laut.
Kami suami isteri sentiasa sepakat. Kalu erat, dikendurkan. Kalu kendur, kita eratkan balik hubungan tu. Yang kurang, ditambah. Yang banyak, dikurangkan skit.. agar semuanya sederhana. :D. Itupun My hubby dah kerap bertanya... bila nak update blog? Dan, saya rasa, kekuatan tu dah ada.
Selepas ini, akan ada rentetan menu yang lepas2. Moga2 tiada yang jemu. Saya sekadar masukkan buat rujukan saya dan adik2 yang ingin tau menu harian saya. Moga kita semua mendapat manfaat.
Malam ini ialah malam Nisfu Syaaban. Esok ialah 15 Syaaban. Seingat saya pada malam malam seperti malam ini, asrama di sekolah saya dulu, kami ramai2 membaca surah Yasin sebanyak 3 kali, diselang-seli dengan bacaan doa. Kebanyakan sekolah berasrama di Terengganu akan berbuat perkara yg sama. Saya tidak tahu cara di tempat lain. Kata ustaz yang membimbing, doa pada malam tersebut mudah dimakbulkan Allah. Lebih2 untuk kami yang berharap kecemerlangan dalam peperiksaan kami. Belum lagi termasuk solat sunat Dhuha, solat hajat, qiyamullail, secara beramai2 mahupun bersendirian di masa-masa menjelang Ramadhan. Semuanya di surau itu. Saya tak ralat. Sebab suraunya besar dan tenang saja. Selalu ada kelibat teman2 perempuan yang lain yg rajin mengaji dan bersolat. Kebanyakannya senior.
Sesudah dewasa, saya mencari2 juga tempat seperti itu di tempat saya belajar, bekerja mahupun ssudah kahwin. Susahnya mencari tempat yg bersinar seperti surau itu. Dan saya seperti inilah, terperuk di rumah memandang 4 dinding. Surau di sekitar hanya boleh dikunjungi bila ada program. Jika tidak, orang memandang kita seperti menunjuk-nunjuk. Hiba...
Sebab banyak sangat pertikaian tentang amalan Nisfu Syaaban, saya hanya jumpa versi JAKIM tahun 2006. pada tahun 2004, nisfu Syaaban masih lagi termasuk dlm kalendar Islam JAKIM. Tetapi untuk tahun 2010/2011, nisfu Syaaban sudah tidak tercatat dalam kalendar Islam JAKIM. Saya tidak tahu mengapa. Tetapi, rujukan paling afdhal mestilah ijtima' Ulama'. Dan pendirian saya, amalan pada malam Nisfu Syaaban ini adalah sunat, cuma jangan berlebihan. Sunat berpuasa 15 Syaaban, dan membaca Yasin 3X kerana kata ustaz2 saya dulu, malam itu, mustajab doanya. Saya tidak nampak kesalahan di situ. Tetapi puasa sunat selepas 15 Syaaban dilarang melainkan puasa Qada'.
NOTA NURINDAH: Saya juga ingin berhati-hati dalam amalan. Selain doa malam nisfu syaaban, bacaan Mathurat pd petang dan pagi, yasin pada malam Jumaat juga adalah amalan dr ulama terdahulu. Saya faham, sesetengah individu tidak suka catatan kecil saya ini. Jika ada fatwa terbaru dari majlis Fatwa kebangsaan dan majlis ulama', silalah beritau saya. Ilmu itu luas. Kita sama-sama belajar, ya. :)
Fadhilat Bulan Syaaban -IKIM
Ibadah di bulan Syaaban -JAKIM
Amalan-amalan sunat di bulan Syaaban - JAKIM
Puasa Sunat -JAKIM
Dilarang Puasa Sunat Apabila Tinggal Separuh Bulan Syaaban -JAKIM

Salam Dik...& selamat kembali ya.....moga Nisfu Syaban dan Ramadhan yang bakal kunjung tiba akan memberi kita kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi kehidupan dari keberkatannya...segalanya dengan izin dari nya...Amin!
ReplyDeletesalam kak watie,
ReplyDeleteTerima kasih atas aluan kak. Moga kita semua mendapat rahmatNya. Amin... :)
Salam,
ReplyDeleteBanyak amalan yang dilakukan oleh masyarakat, terutama masyarakat 'dulu-dulu' pada malam nisfu syaaban tiada asas dalam Islam. Saudari boleh baca artikel dari blog dari ustazshauqi.blogspot.com, sebagai rujukan. Boleh juga dirujuk di drmaza.com dan bicarailliyyuun.blogspot.com
#Semoga kita semua terhindar dari menyampaikan sesuatu yang tiada asas dalam al-Qur'an dan al-Hadit#
Salam anonymous,
ReplyDeleteTerima kasih atas info trsebut. Rujukan saya ialah laman web JAKIM. Dan telah dinyatakan, ia hanya pendirian saya.
Kita tak tahu dr mana amalan trsebut berasal, spt baca yasin pd malam jumaat jg. Bagi saya, jika ia menyatu-padukan jemaah Islam, sudah cukup buat saya. Ini hanya pendirian saya. Tidak melibatkan sesiapa. :)
Ish2, bab2 agama ni mana boleh ikut pendirian tanpa asas.Bkn ke blog dibaca ramai org...kita yg menanggung kesan dan akibatnya...
ReplyDeleteINA
Salam Ina,
ReplyDeleteCukup-cukupla.... saya juga merujuk, bkn ikut2 saja. Silalah bertanya pada JAKIM.