Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Puding roti bersos vanila, Air tembikai laici, sambal udang petai kegemaran - 3 ramadhan


Salam sejahtera,

Alhamdulillah. Dah 4 Ramadhan. Badan dah mula sesuaikan diri, tapi itulah.. ada jer dugaan yg buat badan ni monyok jer.

Bendera dah nak brkibar. Badan seme dah sakit. Pastu Mr hubby pula demam lagi. Saya suh mitak MC, rehat sehari pun takmo. Katanya ada benda trbakar kat kilang. Dgn situasi macam tu, sibuk, demam dan puasa lak, camana la saya nak runaway balik besut skejap ni? Saya tak sampai ati. Ampunkan daku Mama...

Masak puding roti, puding angus. Masak ayam, ntah apa-apa saya masak. Kemarin beli tembikai besar, tembikainya kurang merah/ kurang manis. hehe... Puding roti tu, resipi yg biasa buat, tapi saya cuma oter dgn sapu majerin setiap lapisan roti. Bila guna suhu biasa, ia terhangitlah. Jadi, sepatutnya saya kurangkan suhu. Dalm monyok tu, sempat lagi mengidam petai. Ha, kopek petai kampung yg kecit2 tu. Rasa tak sabar je bila nak abis biji yg terakhir. haha...

Tapi kan, agaknya dah rezeki Ramadhan. Masih lagi tenang, walaupun emosi dah down. Rasa macam seme payah-payah. Tapi apa yg kita usaha, jangan merungut atau salahkan takdir. Nescaya ada la yg boleh cover seme kekurangan masakan kita tu.

Walaupun ayam msk paprik saya kurang menjadi, Mr hubby tak berhenti makan Sambal udang dengan petai. Suka sangat nampaknya. Berbaloi la saya terbongkok mengopek petai kecik2 tu. :) Pastu tembikai yg kurang merah, nak bagi jiran tak sampai hati. Jadi saya blend semua, jadikan Air tembikai laici. Alhamdulillah banyak dapat, siap 2 bungkus bagi jiran utk berbuka. Kami suka bebeno Laici, apatah lagi dibuat jus macam tu, tak payah letak ais pun takpe. Ha... puding roti saya tu? Yum.... rasa yg improvised ni tidak kalah. Tuang sos vanila lebih-lebih..... My Hubby yg demam tu, nak makan. Berkali-kali dia tambah.



Tima kasih buat empunya resipi. Saya buat first time dr awal kawen lagi ni. hehe...

PUDING ROTI BERSOS VANILA
Resipi: Nurul Azni, majalah RASA 06


Bahan:
10 keping roti sandwich
4 biji telur
150gm gula
400ml susu segar penuh krim
sikit esen vanila
sikit coklat cip

bahan sos vanila:

100ml susu segar
1 1/2 sudu makan tepung jagung-bancuh ngan sikit air
1 st esen vanila
sikit garam
gula secukup rasa

cara masak

1. Potong kerak roti di sekeliling roti, isinya potong 4 bahagian. 
(nurindah: cara trbaru, saya sapu majerin atas setiap keping roti)

2. Susun roti dalam bekas yang akan dibakar. Panaskan oven 170c. (suhu asal 180c, saya ubah)
3. Dalam bekas lain, masukkan telur dan gula. Pukul sebati. (nurindah: guna blender, tapi jangan kembang sangat) . Sehingga gula hancur je.
4. Tambah skit garam Pukul lagi.
5. Tambah esen vanila skit. Pukul lagi.
6. Akhir baru masukkan susu segar. Gaul sebati.

7. Tuangkan adunan telur ke dalam bekas berisi roti sama paras dengan susunan roti tadi.
8. Tabur skit coklat cip.
9. Bakar dengan suhu 170c shg masak. (suhu asal 180c,40-45 min)

10. Sosnya : 100ml susu dimasak dahulu, kemudian campur tepung jagung, yang dibancuh skit air, sikit esen vanila, garam, gula secukup rasa.
(nurindah: kalau nampak pekat sangat, tambah susu dan sedikit gula. Kepekatan, kita adjust sendiri ikut rasa :)





Sebab dah lewat, maka saya tayangkan jugalah air tembikai tu kat sini. Maaf buat sape2 kalu terdahaga ya.. Stok tembikai saya tu masih banyak, penuh satu jug besar isinya. Jadi saya tuang 1 tin laici. Tak payah bubuh gula dah. Sedap! Terima kasih ros, mohon halalkan idea dan resipi ya.


AIR TEMBIKAI LAICI
Resipi : Ros, jintanmanis.com

Bahan-bahanye
( kuantiti dlm 2 hingga 4 gelas)
1/6 biji Tembikai saiz sederhana (agak-agak je)
1 cawan air Laici dalam tin
8-10 biji laici

Caranya
1. Potong dadu tembikai dan buangkan bijinye kemudian blender bersama air laici tadi.
2.masukkan dalam gelas dan tambah kan buah laici serta beberapa ketul air batu. Ok dah siap. Sedia untuk diminum. Selamat Mencuba.


Mekasih banyak2 buat kak liza. Dr saya tak pandai buat sambal, sampaila pandai oter sendiri dan mnjadi kegemaran kami.


SAMBAL UDANG DENGAN PETAI
Rujukan asal: kak hanieliza
Telah diubahsuai oleh : mysweetlife-nurindah.blogspot

BAHAN-BAHAN:
Udang - dipotong hujung kepala sahaja.
10 tangkai besar Cili kering - dipotong, basuh, lalu direndam dgn air panas shg kembang. Kemudian toskan.
1/2 biji Bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit Belacan
sedikit pes asam jawa adabi
sedikit garam
Air secukup kuah
Isi Petai :)

CARA MEMASAKNYA:

1. Cili, bawang besar, bawang putih dan halia dikisar bersama dgn sedikit air. Nak masukkan belacan sekali pun boleh.
2. Tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
3. Tambah 1/2 cawan air, pes asam jawa dan belacan, sedikit garam.
4. Bila mendidih, masukkan udang dan kecilkan sedikit api supaya udang tidak cepat kering. Gaul sebati .
5. Tambah isi petai. Gaul sebati sehingga udang kemerahan dan masak.
6. Siap dihidangkan.



Inilah lauk paprik ayam yg saya main hentam tu jer. hehe.... tapi tak buang. Saya basuh, jadikan ia Tomyam pula , tambah pes tomyam, tambah cendawan, cili padi dan tomato. Buat sahur pagi tadi....



MENU SAHUR 3 RAMADHAN, yang pagi tadi tak sempat snap... abes bateri

Ayam goreng berempah mudah, sup ayam MIL campur daging, kobis dan cendawan campur, balen sos cili nasi ayam.

Tuesday, December 28, 2010

Bubur sagu dan jagung krim, Puding..

Salam sejahtera,

Dalam sejuk-sejuk haritu, saya terbuat bubur sagu campur jagung cream. Rasanya okla, sebab saya guna susu cair, menghabiskan balance. Jagung kernel pun takde, saya ganti jagung cream. Takpela, apa yang ada, saya tibai. Janji merasa bubur jagung panas yang krup krap dan sagu. :D


BUBUR SAGU DAN JAGUNG KRIM

1 tin jagung krim
Segenggam biji sagu - dibasuh dan toskan (agak-agak)
Susu cair / santan setengah periuk kecil (saya guna susu sebab nak habiskan balance)
Gula secukup rasa
1 helai daun pandan

CARA:
1. Panaskan susu/santan bersama daun pandan. Kacau selalu.
2. Masukkan 1 tin jagung. Kacau sebati.
3. Baru masukkan sagu. Agak-agak sukatannya supaya tak terlalu pekat.
4. Biarkan sagu kembang hingga tiada biji putih.
5. Masukkan gula secukup rasa. Kacau dan tutup api.
6. Jika ada sikit biji putih, takpe. Yang sikit tu akan kembang sendiri.



PUDING SAGU DAN JAGUNG KRIM
Disebabkan ada balance skit, saya buat puding dengan bubur ni. Saya cairkan agar-agar bertali dengan sedikit air. Kalau guna serbuk agar-agar pun ok, tapi jangan lupa tambah air. Panaskan bubur tu balik, dan tambah agar-agar tadi. Kacau sebati. Angkat. Biarkan sejuk. Masukkan dalam peti ais. Sukatan agar-agar, saya agak-agak jer. hehe... Nyum nyum....



Wednesday, December 22, 2010

Puding roti wholemeal


Salam sejahtera,
Dessert lagi. Puding roti. Roti wholemeal yang dikisar beserta kepingan roti yang bahagian hujungnya sekali. Siapa kata takde nilai? Bahkan saya guna hanya 3 keping roti yang lembut, 2 keping lagi roti bahagian hujung. Rasa..... umph! Tak muak, ada rasa serat2 gitu and new taste!

Ini versi tibai saya: Gula pandai2 la ikut taste ya.

PUDING ROTI WHOLEMEAL
servings: 4-5 orang

5 keping roti wholemeal (termasuk roti hujungnya) -disiat-siat
soft brown sugar (gula perang)
2 biji telur saiz B
Susu segar 3/4 tinggi (secukup roti - sampai boleh kisar)
1/2 sdt Esen vanila
1/2 sdt Coffee flavour

1. Masukkan roti ke dalam blender. Jangan mampatkan.
2. Masukkan telur, gula dan susu sehingga roti boleh dikisar sempurna.
3. Akhir baru masukkan esen vanila dan perasa kopi. Rasa manisnya jika perlu.
4. Sapu bekas pembakar dengan majerin. Masukkan adunan tadi.
5. Bakar dalam 50-60 minit suhu 180c. Cucuk puding menggunakan lidi untuk uji sama ada sudah masak atau belum.



Friday, December 17, 2010

Creamy Pudding

Salam sejahtera,

Malam ni sempat blogging. My hubby ada makan2 dengan teman pejabat. Lepas buat dadih tadi, saya masih lagi bersilat kat dapur. Menyiapkan creamy pudding. Punyala tak sabar, panas2 lagi saya dah rasa. Tengok.....

Dah separuh saya rasa? Ihiks.... creamy pudding ni makan panas2 sangat sedaplah! Nipis jer layer tu. :D Guna bekas pyrex yang besar. Yang kecit2 takde. :)) Sepatutnya ada 2 layer tu, karamel kat bawah , layer pudding kat atas. Tetapi sebab ada masalah teknikal, maka saya tukar bekas pembakarnya. Jadi la, karamel tu bercampur baur dalam adunan puding. Saya taram jer bakar. Alhamdulillah.... menjadi jugak. :))

Kalau ada karamel, memang sejibik rupanya macam Tau Fu Fah! Lihat kat SINI, sumbernya kak Yani MyR .Kak Yani bakar cara steam bath. Saya intai2 resipi ni kat blog kak Nor secubitgaram tadi sambil menyelam dadih kat bawah nun. hihi.. Kak Nor pula guna cara kukus. Tips kak Yani utk cara kukus, kena tutup bekas puding dgn almunium foil utk dpt hasil yg cantik. Saya ulang ya.... saya punya karamel dah bercampur ngan bahan puding, sebab main tukar2 bekas. :)). Sape2 yang suka makan tau fu fah, dan puding telur/ puding karamel.... memang berbaloilah buat creamy pudding ni! :D Alahai.... makin 'sihat' la nampaknya saya!


Creamy Pudding by Yani MyR
Sumber asal: Kak Yani
Copy dari: Kak Nor


* 2 biji telur ( L size )
* 300ml susu segar
* 70g gula
* 3 sudu besar coffee creamer/coffeemate
* 1/2 sudu kecil esen vanila
* #Karamel#
* 50g gula
* 2 sudu besar air
* 2 sudu besar air panas

Nurindah: Utk buat karamel, saya lebih suka cairkan gula dulu, baru masukkan air.

1. Sediakan karamel. Panaskan 50g gula dan 2 sudu besar air sehingga perang. Bila dah perang, padamkn api dan masukkan 2 sudu besar air panas. Kemudian tuang karamel ke dalam pudding cups
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sehingga telur putih kuning bercampur. Tapi jangan sampai berbuih.
3. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk. Panaskan susu dengan api sederhana sehingga suam-suam kuku atau hampir mendidih. Kacau biar gula larut sepenuhnya. Lepas itu masukkan creamer. Kacau sehingga semuanya larut.
4. Kemudian masukkan 3 ke dalam 2. Kacau rata. Tapis 2-3 kali sehingga tak ada ketulan putih telur. Lepas itu bolehlah masukkan adunan tadi ke dalam pudding cups yang ada karamel tadi.
5. Letak air suam ke dalam dulang/ oven plate setinggi 2 cm. Kemudian letakkan pudding cups tadi.
6. Bakar dalam oven selama 20-25 minit dengan suhu 180 degree. Bila dah masak puding tu masih nampak lembik tapi bila dah sejuk dia akan keras sedikit... so don't worry.
7. Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah disimpan dalam peti sejuk.
8. Puding ini lembik. Tak sesuai utk dipotong. Elok letak dalam bekas kecil-kecil.



Wednesday, September 1, 2010

Rich Chocolate Pudding


Salam sejahtera, 22 Ramadhan 1431. Kelmarin sempat intai rich chocolate pudding kat rumah kak Yat. Fofular puding ni, dah ramai yg buat. Kelmarin cukup bahan2nya, jadi saya buat. Alhamdulillah... sedap dan lemak2 rasanya. Comment My hubby... sedap! Bukan senang tau nak pujuk my hubby makan puding atau kuih lembik2. So.. chocolaty, dan rasanya akan lebih enak jika dibiarkan di dalam peti ais semalaman. Cubalah.. ;) Terima kasih buat kak Yat dan empunya resipi. Mohon halalkan saya copy dan share. :)



RICH CHOCOLATE PUDDING
Sumber: Kak Junjs11 MyR
Copy dari: Kak Yat, easy bakes
Servings: 10-12 cup sprt di dalam gambar di bawah.

Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)- (nurindah: saya guna 8gm jer yg paket nona plain)

Cara-cara
Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat. (Nurindah: rupa adunan agak likat)
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.



Sorry, sorry... tadi tak letak cup ni.

Sunday, August 15, 2010

Puding telur beroti


Salam sejahtera. Puding ini dibuat petang kelmarin. Kali kedua, resipi kak rosaliza. Kali ini untuk karamelnya, saya tambah 3 sd air panas. Puding telur atau dipanggil puding karamel ini berbeza dr yang biasa kerana air suam tu diguna utk mengisar roti. Telur yang diguna hanya 3 biji, dan ada tambahan roti. Lebih kurang macam puding roti, tetapi berkaramel dan basah. Sungguh enak dimakan sejuk. Terima kasih banyak2 buat kak rosaliza. My hubby yg suruh buat lagi, sbb katanya sedap! Izinkan saya copy dan share kat sini, ya kak. :)



PUDING TELUR BEROTI
Sumber: Kak Rosaliza

Bahan2nya

~ 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
(Nurindah: saya tambah 3sd air panas setelah gula cair di dlm kuali)
~ 4 keping roti gardenia
~ 3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
~ 2 cawan air suam
~ 1 cawan susu pekat manis
~esen vanilla

Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus........kemudian ketepikan. Panaskan pengukus..... Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.

Nota KAK LIZA: Kalo kekurangan telur boleh la mencuba resepi simple ini........
Updated: Kak liza kukus dalam 30 minit.

Nurindah: saya kukus lama skit.

Wednesday, July 28, 2010

Puding kastard jagung, rendang nangka, budu

Salam sejahtera. Ini menu berbuka puasa Nisfu syaaban. Menu kampung jer. buat puding kastard, ikan masak tempoyak, rendang nangka, sambal oter :) dan ulam nangka rebus ngan budu. Jangan tak caya. hihi. My hubby cakap, buat ulam gini pun dah sedap, tak yah wat rendang. Tapi budu, dia cecah skit2 jer, saya yg kemaruk. hahaha.

Pagi ni, sibuk skit. Kena simpan air dalam baldi besar, sbb ada maintenance air kat apt. nak basuh pinggan dn mandi siap. Kang takde air, sape nak jawab. hihi. Saya jenjalan tengahari nanti ya.



Ini baru masak, diatur dalam dulang. 1 cwn tepung kastard dan 1 tin jagung. Cukup utk 3-4 orang.


Panas lagi, tak sabar nak rasa. hahaha.


Bila dah sejuk, baru cantik dipotong, kan?

PUDING JAGUNG
Sumber: buku Puding dan dessert Chef Hanieliza.

1 cawan tepung kastard
1 tin susu cair (400ml)
1 cwn gula halus
2 sdm majerin
4 cwn air
1 tin jagung (nurindah:sweet corn cream style)

CARA MEMBUAT:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau rata.
2. Masakkan sehingga naik wap dan kelihatan berkilat.
3. Masukkan ke dalam acuan kecil ataupun loyang. Kemudian sejukkan.
4. Hiaskan dengan butiran jagung (optional)
5. Nota Chef Hanieliza: Gunakan cawan yang sama saiz. Majerin seeloknya dimasukkan semasa adunan sedikit kental supaya puding nampak brkilat.

NOTA NURINDAH:
Bila adunan sedikit pekat, selalu kacau supaya tidak berkerak dan masak sekata. Mula2 puding ni kelihatan kuning susu, dah hampir masak, ia berwarna kuning berkilat. Saya masukkan majerin skali. Saya masak sehingga puding kelihatan berkilat, berwarna kuning terang dan sedikit kental. Jgn lupa guna sudip yg panjang dn besar skit ya. Masa masak: hampir 1 jam. Senang nk bajet masa. Nak makan petang, buat pagi2.

RENDANG NANGKA
Baru masuk bab menu lain. Rendang nangka dr FP kak liza. Ni banyak skip, cili kering tak masuk, cili api pun pootong2 jer, daging pun tak masuk. Nak resipi yang real, sila klik sini. :)


SAMBAL KERANG OTER
Ini sambal oter. Sambal dr sambal udang yang tak abis. yang abis, udangnya. Sambal ada dalam 5-6 sb lagi. Jadi, saya simpan, buat sambal kerang pulak. ;)


IKAN MASAK TEMPOYAK SEMPOI
Ikan masak tempoyak. Versi cincai jer. Tumbuk lengkuas, bawang putih dan merah, cili padi. Panaskan air, masuk bahan tumbuk dan 2 dudu besar tempoyak, buh garam lagi kalu nak. Tunggu ikan masak. Seeloknya, kuahnya tak lebih sangat. Baru sedap..


NANGKA REBUS
Bila rebus nangka kelmarin, teringat jantung pisang rebus. Gulp! Ala, guna nangka muda ni pun bole. Kat pasar basah dah siap jual yang dikopek dan potong panjang camni. Getah nangka pun tak nampak. Balik siap untuk direbus jer. Kita cicah dengan....


BUDU
Budu.... budu! Jangan tak caya. hihi. Dah setaun tak makan budu, er... tekak kelantan ke tidak ni ek? Ala, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula budu sepinggan. hahaha... (saya cicah skit jer. Teringat kampung....huwa...!). Cara hidangkannya, budu + limau kasturi + cili padi. Siap!

Wednesday, June 23, 2010

Puding Berkuah

Salam sejahtera. Baru sempat merasa puding ni. Intai2 sebelum kak Yatie cuti2 aritu. Kemudian, agak sibuk terlupa tin mixfruit dalam almari.. hehe... Jadi, slongkar dapur kelmarin jumpa tin ni... maka, terjadilah puding berkuah yang diidam-idamkan. :D. Dah lama saya tak godek tepung kastard,lupa kena pekat camana. Jadi, kastard saya goyang...hahaha. sepatutnya keras skit. Haih, ini "terkenan" ngan dadih agaknya. kakaka... Tapi, Alhamdulillah, sedap rasanya, puas ati dapat makan puding berkuah sejuk2. Kami buat buka puasa ganti buah kurma sbb kurma dah takde stok :D



Puding berkuah yang siap dihidang. Puding kat bawah, saya tuang kuahnya di atas. Yum yum...


Mula2 saya letak dalam bekas Love ni, tetapi sbb terlembik, jadi kena scop, masuk dalam gelas. hahaha..


Kuah campuran fruit coctail, susu, air dan ais


PUDING BERKUAH - sumber kak Yatie, US. Terima kasih dan halalkan resipi ya,kak.

Bahan2 Utk Puding

* 1 cwn tepung kastard
* 5 cwn air
* 1/2 cwn susu cair
* 1/2 cwn gula

Cara-Cara

1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.

Bahan Utk Kuah

* 1 tin mix fruits ( Ambil bersama airnya. Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
* 1 tin susu cair
* 1 tin air biasa (air masak)
* 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)

Cara-Cara

1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang mix fruit dan susu.
3. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur mix fruit.
4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.

**NOTA KAK YATIE : Biasanya saya guna air masak biasa campur dngn susu cair dan gula saja. Lepas tu tuang mix fruit tadi.Gaul sebati dan letak sedikit ketulan ais. Barulah di hidangkan bersama puding kastard.



Monday, May 17, 2010

Puding Kulit Roti 2


Puding kulit roti...sabtu lalu. Kurangkan susu segar, kelihatan macam bingka pula. Resipi sila klik di sini.



Tuesday, May 4, 2010

Puding Kulit Roti

Hasil kali ni, lembik skit. :)


Nak kerak? ehehehe..

Salam sejahtera, selamat petang,
Inilah hasil balance kulit roti kami pagi tadi selepas bekfes sandwic telur. Ini kali kedua saya membuatnya. Kali pertama, ada kejadian. Masa angkut dari oven, terlepas...huhu, abes jatuh atas lantai. Seb baik bukan atas kaki,kan? Dan juga seb baik bekas pembakar kaca dr ikea tidak pecah. Alhamdulillah....Masa tu, hasilnya mengagumkan saya, dah macam kuih bakar. Kerak bawah penuh. teksturnya pun macam kuih bakar. Masa tu, menggunakan susu cair.

Kali ni, guna susu segar. Hasilnya, puding roti yang ada skit kerak di tepinya. Tetapi, sedikit lembik kali ni. Takpelah, yang penting, tidak membazir. :)

PUDING KULIT ROTI GARDENIA

Kulit roti - hasil dari 10 keping roti.
Susu segar/ susu cair - secukup tinggi kulit roti.
3/4 cawan Gula perang (brown sugar)
2 biji telur
1sdt esen vanila.

CARA:
1. Panaskan oven 180c.
1. Rendam kulit roti sekejap dengan susu.
2. Blend semua bahan hingga kulit roti hancur.
3. Sapu bekas pembakar dengan majerin. Masukkan adunan.
4. Bakar suhu 180c, selama 40 minit.


jangan bazirkan kulit roti anda...hikhik



Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers