Salam sejahtera,
Alhamdulillah. Dah 4 Ramadhan. Badan dah mula sesuaikan diri, tapi itulah.. ada jer dugaan yg buat badan ni monyok jer.
Bendera dah nak brkibar. Badan seme dah sakit. Pastu Mr hubby pula demam lagi. Saya suh mitak MC, rehat sehari pun takmo. Katanya ada benda trbakar kat kilang. Dgn situasi macam tu, sibuk, demam dan puasa lak, camana la saya nak runaway balik besut skejap ni? Saya tak sampai ati. Ampunkan daku Mama...
Masak puding roti, puding angus. Masak ayam, ntah apa-apa saya masak. Kemarin beli tembikai besar, tembikainya kurang merah/ kurang manis. hehe... Puding roti tu, resipi yg biasa buat, tapi saya cuma oter dgn sapu majerin setiap lapisan roti. Bila guna suhu biasa, ia terhangitlah. Jadi, sepatutnya saya kurangkan suhu. Dalm monyok tu, sempat lagi mengidam petai. Ha, kopek petai kampung yg kecit2 tu. Rasa tak sabar je bila nak abis biji yg terakhir. haha...
Tapi kan, agaknya dah rezeki Ramadhan. Masih lagi tenang, walaupun emosi dah down. Rasa macam seme payah-payah. Tapi apa yg kita usaha, jangan merungut atau salahkan takdir. Nescaya ada la yg boleh cover seme kekurangan masakan kita tu.
Walaupun ayam msk paprik saya kurang menjadi, Mr hubby tak berhenti makan Sambal udang dengan petai. Suka sangat nampaknya. Berbaloi la saya terbongkok mengopek petai kecik2 tu. :) Pastu tembikai yg kurang merah, nak bagi jiran tak sampai hati. Jadi saya blend semua, jadikan Air tembikai laici. Alhamdulillah banyak dapat, siap 2 bungkus bagi jiran utk berbuka. Kami suka bebeno Laici, apatah lagi dibuat jus macam tu, tak payah letak ais pun takpe. Ha... puding roti saya tu? Yum.... rasa yg improvised ni tidak kalah. Tuang sos vanila lebih-lebih..... My Hubby yg demam tu, nak makan. Berkali-kali dia tambah.
Tima kasih buat empunya resipi. Saya buat first time dr awal kawen lagi ni. hehe...
PUDING ROTI BERSOS VANILA
Resipi: Nurul Azni, majalah RASA 06
Bahan:
10 keping roti sandwich
4 biji telur
150gm gula
400ml susu segar penuh krim
sikit esen vanila
sikit coklat cip
bahan sos vanila:
100ml susu segar
1 1/2 sudu makan tepung jagung-bancuh ngan sikit air
1 st esen vanila
sikit garam
gula secukup rasa
cara masak
1. Potong kerak roti di sekeliling roti, isinya potong 4 bahagian.
(nurindah: cara trbaru, saya sapu majerin atas setiap keping roti)
2. Susun roti dalam bekas yang akan dibakar. Panaskan oven 170c. (suhu asal 180c, saya ubah)
3. Dalam bekas lain, masukkan telur dan gula. Pukul sebati. (nurindah: guna blender, tapi jangan kembang sangat) . Sehingga gula hancur je.
4. Tambah skit garam Pukul lagi.
5. Tambah esen vanila skit. Pukul lagi.
6. Akhir baru masukkan susu segar. Gaul sebati.
7. Tuangkan adunan telur ke dalam bekas berisi roti sama paras dengan susunan roti tadi.
8. Tabur skit coklat cip.
9. Bakar dengan suhu 170c shg masak. (suhu asal 180c,40-45 min)
10. Sosnya : 100ml susu dimasak dahulu, kemudian campur tepung jagung, yang dibancuh skit air, sikit esen vanila, garam, gula secukup rasa.
(nurindah: kalau nampak pekat sangat, tambah susu dan sedikit gula. Kepekatan, kita adjust sendiri ikut rasa :)
Sebab dah lewat, maka saya tayangkan jugalah air tembikai tu kat sini. Maaf buat sape2 kalu terdahaga ya.. Stok tembikai saya tu masih banyak, penuh satu jug besar isinya. Jadi saya tuang 1 tin laici. Tak payah bubuh gula dah. Sedap! Terima kasih ros, mohon halalkan idea dan resipi ya.
AIR TEMBIKAI LAICI
Resipi : Ros, jintanmanis.com
Bahan-bahanye
( kuantiti dlm 2 hingga 4 gelas)
1/6 biji Tembikai saiz sederhana (agak-agak je)
1 cawan air Laici dalam tin
8-10 biji laici
Caranya
1. Potong dadu tembikai dan buangkan bijinye kemudian blender bersama air laici tadi.
2.masukkan dalam gelas dan tambah kan buah laici serta beberapa ketul air batu. Ok dah siap. Sedia untuk diminum. Selamat Mencuba.
Mekasih banyak2 buat kak liza. Dr saya tak pandai buat sambal, sampaila pandai oter sendiri dan mnjadi kegemaran kami.
SAMBAL UDANG DENGAN PETAI
Rujukan asal: kak hanieliza
Telah diubahsuai oleh : mysweetlife-nurindah.blogspot
BAHAN-BAHAN:
Udang - dipotong hujung kepala sahaja.
10 tangkai besar Cili kering - dipotong, basuh, lalu direndam dgn air panas shg kembang. Kemudian toskan.
1/2 biji Bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit Belacan
sedikit pes asam jawa adabi
sedikit garam
Air secukup kuah
Isi Petai :)
CARA MEMASAKNYA:
1. Cili, bawang besar, bawang putih dan halia dikisar bersama dgn sedikit air. Nak masukkan belacan sekali pun boleh.
2. Tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
3. Tambah 1/2 cawan air, pes asam jawa dan belacan, sedikit garam.
4. Bila mendidih, masukkan udang dan kecilkan sedikit api supaya udang tidak cepat kering. Gaul sebati .
5. Tambah isi petai. Gaul sebati sehingga udang kemerahan dan masak.
6. Siap dihidangkan.
Inilah lauk paprik ayam yg saya main hentam tu jer. hehe.... tapi tak buang. Saya basuh, jadikan ia Tomyam pula , tambah pes tomyam, tambah cendawan, cili padi dan tomato. Buat sahur pagi tadi....
MENU SAHUR 3 RAMADHAN, yang pagi tadi tak sempat snap... abes bateri
Ayam goreng berempah mudah, sup ayam MIL campur daging, kobis dan cendawan campur, balen sos cili nasi ayam.
As salam Indah..
ReplyDeleteRajinnya masak mcm2..nampak sumenya best
terliurnya saya ;) rajinnya akk masak ;)
ReplyDeletesalam ramadhan buat kamu sekeluarga..masakan sendiri lagi sedap dari beli kat luar kan
ReplyDeletesedapnya nor...semua membangkitkan selera....tiba2 ptg ni rasa nk masak puding roti..thanks 4 sharing....
ReplyDeleteassalammualaikum indah....
ReplyDeletebanyak gak menu indah masak yer.....bab yg sahur pun sama yer...hehehe.terliur plak nengok puding tu,cam nak wat plak ptg nie...
sedap2 juadah buka tu nur..nikmat ya klu mkn bl betul2 lapar..:)
ReplyDeleteSalam indah!! sedapnyerrr n meriah menu buka indah! kita tak larat lah nak buat by2k gini indah hihihi...penat sgt kalau boleh nak buat satu menu cukup utk sume org hihihi... Selamat berbuka indah! tgk air tuu alahaiiii telan air liur jer lahh :D
ReplyDeletesalam indah.. akak suka yang sambal peai tu.. sedapnya.. macam kena beli petai plak sebab nampak salmbal tu .. nasib dah berbuka.. hihihihihi
ReplyDeletesalam ramadhan nurindah.
ReplyDeleteberselera nampak juadah berbuka. kpah pekenan dengan roti tu sebab sambal udang petai dah selalu buat. bawak balik resepi ni. halal ye..
Salam kak nieza,
ReplyDeleteMenu biasa je kak. dlm gambar je nampak banyak.. :D
Salam miera,
ReplyDeletenak makan, memang kena rajinkan diri. kalu bole nak assistant kat dapur, tulun bersihkan sinki. haha..
Salam kak ina,
ReplyDeleteSalam ramadhan. ya kak, masak sendiri boleh simpan sampai sahur. masakan bazar, tak tahan... :)
Salam kak Nza,
ReplyDeletepuding yg paling senang jer kak. tinggal jer dlm oven, kita wat keja lain. hehe
salam kak lizahanum,
ReplyDeletesatu lauk, satu sayur, satu sup jer kak.. dlm gambar je nampak banyak. :D
Salam kak juwita,
ReplyDeleteseronok betul makan petai kan kak? rasa berbaloi terbongkok mengopek isinya, hihihi..
Salam ibundo,
ReplyDeleteambikla kak. pasal suhu tu saya ejas, ikut oven kita. moga menepati selera. :D
Salam Del,
ReplyDeleteya.. nikmat sungguh! :D
Salam ika,
ReplyDeleteSaya pun rasa nak wat camtu, itu yg terbuat nasi goreng. Jenuh dah buat macam2 lauk. Kuarga my hubby ni, masa berbuka penuh juga meja. Jadi, saya takmo sempoi sangat, takut hubby kata saya malas. hahaha..