Alhamdulillah, dapat mengecap Jumaat kedua Ramadhan tahun ini. Entry ni dah cuba utk pendekkan, tapi terpanjang juga. :))
Godaan yg tak putus sejak masuk ramadhan ni. setakat ni, godaan bazar dah kelam skit dah, sebab saya dengar ikan sumbat berlada kat pasar ramadhan pun harga RM 7 sekor.
Tolak isu makanan, isu ibadah pulak. Yg ni kadang2 lepas juga. Yg tak pose, lupa pula berzikir dan baca buku agama. Yg pose, masuk minggu kedua ni dah lupa tengah pose, jadi sibukkan diri dgn kerja. Mana tak lupa, sebab suasana kat malaysia ni, jarang jumpa org makan. Dugaan kita tak sebesar org kat luar negara tu.
Sibuk
Ujian, dekat nak raya, kita akan sibuk dgn keperluan raya. Ujian juga buat my hubby, sahamnya jatuh teruk. Lama jugakla dia terduduk kat kerusi tu sampai saya tepuk perlahan, dan mengatakan " Sayang, jangan leka sangat dgn saham yg jatuh tu. gi solat dhuha, mintak doa banyak2 . Inikan bulan ramadhan, mungkin Allah uji kita je tu, mana tau? " Doa orang berpuasa ni makbul.
Kenangan musim raya.
Kita merancang sesuatu, tapi yg jadi benda lain. Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik utk kita.
Pernah jugalah, masa kecik saya tengah frust dgn my Mama. temankan dia beli sandal utk hari raya kat pasar Tani. Beli la 5 pasang rasanya utk semua adik. Tiba2 Mama perasan saya tak pegang plastik sandal tu. Mama tak menangis, tapi ada salahkan saya. Dahla hati tgah frust tu. hehe.. Selamba jer, saya kata akan pegi balik gerai tadi nak beli sandal 5 pasang tu guna duit bantuan raya yg saya dapat. Tak kisah, asalkan Mama tak marah lagi. hikhik... Sebenarnya masa tu saya tak reti NILAI duit. Mama marah pun sebab itu jer duit yg dia ada utk beli sandal anak-anak, yg kat tangan saya tu duit saya. Masa tu rasa frust saya tiba2 hilang, hanya perasaan ingin gantikan balik barang yg saya hilangkan tu jer. Tapi Mama marah lagi la, katanya saya ni tak pegang barang elok2. :))
DOA
Beza antara kita baca doa yang biasa, dan panjang, tapi nak baca laju-laju. Dengan perasaanya apabila kita berlemah hati mengatakan "Aku tak kuat ya Allah, berilah aku kekuatan". Bila hati kita bulat, itu namanya kita benar2 BERDOA, sebab kita tau apa yg kita mintak.
Kita harus berdoa setiap saat. Saat mengeluh, berdoalah. Saat merungut, berdoalah. Saat letih, berdoalah. Saat terasa keseorangan, berdoalah. Tak mesti lepas Solat atau dalam solat jer. Doa itu senjata Mukmin. Mintak restu Allah. Pastu perlahan-lahan, kita rasa semangat balik, dan terima kekalahan kita dan mahu mendengar buah pendapat orang.
Menidakkan perasaan
Kadang2 kita mengeluh, istighfar, merungut, apabila diUJI tetapi LUPA untuk berdoa padaNya.
Hati manusia kita resah yg kita cuba lupakan ... kita lambakkan kepada anak-anak dgn melempar kemarahan kepadanya. "Tak tau ke, abah tgah risau skrg?" dan anak trkebil-kebil. Semua itu namanya resah. Kita bukannya kuat sangat selagi namanya manusia. Allah yg beri kekuatan itu.
Jumaat: Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
Sesungguhnya pada hari Jum’at terdapat satu saat tidaklah seorang muslim mendapatkannya dan dia dalam keadaan berdiri solat dia meminta kepada Allah suatu kebaikan kecuali Allah memberikannya, dan dia menunjukkan dengan tangannya bahawa saat tersebut sangat sedikit. ( HR. Muslim no: 852 dan Al-Bukhari no: 5294)
Berselawat ke atas Nabi SAW hari ini sebagaimana hadis Nabi SAW... "Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat, kerana sesungguhnya selawat umatku dibentangkan kepadaku pada tiap-tiap Jumaat. Orang yang paling hampir kepadaku dalam kedudukannya, ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku."
Penghulu Segala Hari:
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Sumber: 1) http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/252-pengetahuan-am/8687-keberkatan-dan-kelebihan-hari-jumaat.html
2)Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM), Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)
3)http://assalambs.blogspot.com/2011/07/sebab-hari-jumaat-penting-dan-banyak.html
4)http://pkasih.blogspot.com/2011/02/sunnah-pada-hari-jumaat.html
Di bawah ni menu berbuka ramadhan 11. Versi dah takde lauk. :))
RICH CHOCOLATE PUDDING kak Junjs
Sangat sedap dimakan sejuk. lemak lembut sebab guna susu tepung dan tepung jagung. Sunguh bercoklat! :))
Salad buah kiwi ni masa sahur. Main hentam jer, bubuh yogurt, susu segar, gula halus, buah Kiwi potong. ;))
Sambal Tutok MIL
Masak sardin bubuh cili padi .
Kobis masak bening/ masak air
Indah,
ReplyDeleteAwak ni dah jd menantu jawa..mesti dah teror masakan jawa
akak ni yg ank jawa pon tak abis terror lg..
Salam kak nieza,
ReplyDeleteSaya blom khatam lagi blaja masak, kak. walau dah reti buat sambal tutok, tapi tetap tak sama sambal tutok maknya. hikhik...