Kelmarin ialah hari versi mghabiskan stok, ada roti sardin gulung, dan puding ala bingka kulit roti :). Tapi bateri kamera habis, tak sempat masukkan foto. Yalah, boleh mndatangkan idea sms tgah sesak, kan? ;)
Saya tayang murtabak segera jerla. Dah lama peram ni, buatnya awal ramadhan lagi. My hubby suka, katanya dah pandai buat murtabak sndiri. Tapi... (ada tapi tu) rasa lebih kentang. hikhik. Aduhai, selera ni selalu nak macam-macam. Lenkali buat, kena topup daging kisar dan kari lebih sikit. Tapi habis jugak 6-8 kpg tu... mr hubby kata sedap. :D . Sedap dicicah kuah kari dan jeruk bawang merah tu. Yum yum...
MURTABAK SEGERA
Resipi: Minami133 MyR
Servings: 6 orang
Bahan-bahan ( 6 keping )
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup (nurindah: saya tak bubuh)
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
kulit popia - (nurindah: sebagai pembalut inti murtabak)
2 biji telur - (nurindah: digaul semasa nak menggoreng murtabak)
NURINDAH:
~ Saya guna 1 - 1 1/2 cwn air utk empukkan daging dan kentang.
~ Saya tambah 1 sdm tepung gandum yang digaul dgn sedikit air sehingga likat sprt gam sebagai pelekat kulit murtabak).
(Nurindah: Teknik mndadu bawang besar mnggunakan pisau yg tajam)
CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
2. Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air.
3. Goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
4. Apabila daging masak (Nurindah: nampak daging berketul skit), masukkan kentang yang dipotong dadu. masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
(Nurindah: Step lepas masukkan kentang,garam dan perasa, saya bubuh air 1 - 1 1/2 cwn untuk empukkan kentang dan daging kisar. Perlahankan api, tutup dgn penutup periuk. kacau sekali sekala sehingga Inti betul-betul kering)
5. Pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati. (Nurindah: Ini step utk mula memasak murtabak)
6. Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
(Nurindah: saya bungkus sekali lipat jer sprt dlm gambar)
7. Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak. (Nurindah: gunakan pan leper)
Ok,boleh di cuna nih.....terimakasih perkongsian.
ReplyDeleterajinnya indah buat murtabak..
ReplyDeletesedapp betoi nengoknya....
salam nur,
ReplyDeleteeh,sama lah menu kite arini.. murtabak popia.. buat sendiri puas hati kan?.. inti blh letak byk2.. =)
indah nak buat juga la murtabak.. petang ni dah ada idea dah.. thanks share
ReplyDeleterajinnya nur,nmpak mcm mudah bt murtabak guna kulit popia..tp sy x buat2 jg. :(
ReplyDeleteSalam mak bonda,
ReplyDeleteMmg senang murtabak ni. :))
Salam kak mas,
ReplyDeletemurtabak express kak. asal jadi. hehe..
salam kak azura,
ReplyDeleteya, betuul!! letak inti secukup rasa. hikhik..
Salam kak juwita,
ReplyDelete:) Moga menambah menu hari itu, kak. Sekembang hati saya.
Salam Del,
ReplyDeletehaha.. samala kita. saya baru pestime ni. ;)