Pagi tadi sempatla wat brainstorming ngan mr hubby lepas makan sahur. Saya cerita pasal berbuka sambil wat tahlil. My hubby pula cerita pasal ceramah kat masjid antara solat terawikh. Oh ya, Masjid bkt sentosa buat solat sunat tarawikh 8 rakaat, diselang dgn ceramah agama. Dr awal ramadhan lagi.
Saya pula bendera dah berkibar. Rasa emosi dan badan rasa lega sesangat, kalu tak mmg rasa sakit semua. :D Saya masih bangun 4 pagi hari ni. Alhamdulillah, dpt temankan hubby. Kalau idak,sahur biskut Weetameal ngan susu jerla. Ini, masa dia nak tarawikh malam tadi sempat diajaknya saya dgar ceramah, dok tepi2 masjid. La... tapi tak ikutla. :)
My hubby cerita, pasal orang yg tak pose yg ditangkap waktu makan tengahari oleh penguatkuasa. Org tu tak lari. Pegawai tu tanya kenapa? katanya takde kaki. Lor... dia mmg takde kaki rupanya. Dahla Allah bg dia takde kaki, tapi tetap nak langgar suruhan Allah. Pastu kisah cucur udang. Ustaz tu cakap, ada org tu beli kuih merungut pada penjual, mengapa cucur udang ni tak banyak udang? Penjual tu selamba jer cakap, yang sebelah tu cucur badak. Kirala berapa badaknya? Er.... kihkih.
Pastu yg syahdu, kata hubby, ustaz cerita masa Rasulullah SAW Amin 3x nak naik mimbar. Celakalah org yg sama puasanya dari awal hingga akhir ramadhan, nabi Amin. Celakalah org yng derhaka pada ibubapanya, nabi Amin. Celakalh org yg tidak bersalawat pada nabi, SAW, nabi Aminkan. Lebih kurang macam tulah cerita ustaz. Sedih hati mendengarnya...
Teringat pula selalu ada SMS, yang celakalah 3 golongan yg tidak minta maaf sebelum masuk ramadhan tu. SMS berantai. tapi sbb niat yg baik, saya tak kisah. Memang bermaafan itu patut, sedangkan orang nak pergi haji pun minta maaf dan halal seluruh kesalahan pd orglain, takut umo tak panjang.Nak masuk exam pun kita mitak maaf ngan mak ayah spy dpt berkah. Ini pula nak berjihad berpuasa, beribadah, di bulan penuh berkah. Tapi hadis yg mana, kena tanya org yg berilmu, saya tak berani sebarkan.
Saya pula komen pasal ada sebaran ttg pendapat tt hukum hakam pose ni. Ada kata kalu pose tertunggak ke ramadhan seterusnya tak payah byr fidyah, hanya qada'. katanya 'fidyah' tokok tambah tu. Perkara yg mmbatalkan pose pula cuma ada 3: bersetubuh, makan dan minum. Abes? Haidh dan keluar airmani tak masuk ek? Tak batal pose ke? Sedangkan kalu kita haidh dan trtangguh pose shg ramadhan akan dtg pun kena byr fidyah dan ganti tau. Hurm... janganla wat pening adik2 yg baru nak kenal hukum hakam. Kena buka kitab mazhab syafie.. Insya Allah jumpa yg jelas. Cikgu2 saya dulu2 pernah cakap, imam syafie mmg lebih halus caranya tapi tidaklah mmbebankan.
Oklah, panjang dah ni. :D Di bawah ni, menu berbuka. Menu sahur, lupa nak snap. Menu sama juga. Ada tambah kerang rebus dan sayur taugeh masak lemak.
Hari ni sepatutnya ada org ajak rewang sediakan moreh utk malam ni. Ntahla nak pegi tak. Bila bendera baru brkibar ni, moody jer rasa :)) Insya Allah, bila lapang skit, saya blogwalking . Mohon undur diri dlu.
Yang berkuah tu Tauhu telur sos tiram dgn udang dan carrot.
Ikan cencaru sumbat siap tuang kuah sambal atasnya. Bahannya lebih kurang kat SINI. Bahan-bahan tu boleh ajer disumbat pada cencaru yg belah belakang pastu goreng dgn api kecil. Kali ni saya blend guna food processor. Hurm... Cili tumbuk lagi kaw!
ketawa sendirian bila baca kisah kuih badak tu...hehehe
ReplyDeleteSalam Indah
ReplyDeleteSepatutnya semua suami-suami mencontohi suami indah,setiap pergi majlis ilmu bawa bekalkan balik makanan rohani tersebut dan kongsi bersama isteri.....barulah saling melengkapi namanya.
Salam kak noorma,
ReplyDeletehehe... tambah koleksi cerita :D
Salam makbonda,
ReplyDeleteAlhamdulillah, dia mahu kongsikan. selalu hari biasa tak sempat story telling. bersama waktu sahur jadi byk cerita pula . :D