Saya cuba luangkan masa. Bagaimana persiapan hari raya? Mesti ramai yg dah bersiap-siap. Saya pula, banyak betul hal yg perlu diurus.
Alhamdulillah, order kerepek dah masuk. maaflah, saya tak jual online. My hubby dan saya jual kat kawan2 jer.
Masa utk menimbang bahan kuih raya pula. Berlumur tepung saya haritu. Biskut macam taun lepas jer, tapi Insya Allah nak buat sedikit yg baru.
Lagi, gi jemputan berbuka di saujana, jalan-jalan ke low yat dan one utama. Beberapa hari ni, banyak berbuka di luar atau beli kat bazar. Ada juga memasak, tapi utk sahur saja. Penat kan, masak sahur jika tiada balance berbuka? huhu.. Memang ala kadar saja.
Lepas raya nanti, my hubby kena outstation lagi. Jauh....naik flight. Masih dalam suasana raya dah kena keja jauh. Kerana itu jugalah, kami beraya kat banting tahun ini. kalau diikutkan my hubby, nak ke besut, kerana senang nak tinggalkan saya kat sana bila dia outsation. Tapi, saya tak sampai hati. Teringat dia nak packing baju, dan pack makanan lagi...
JALAN-JALAN
One Utama
Saujana, subang jaya. Jemputan berbuka dgn kawan2 ofis my hubby.
Cuba mengabiskan makanan dgn perut full. hikhik. Alhamdulillah, sungguh kenyang kala itu
INI FOTO TERTUNGGAK ;D
Separuh kena cut sebab hangus skit, tak comel masuk dlm blog. :)
Itu dia.... kulit roti dan balance keras yg dikisar halus, jadi macam bingka atau puding Kulit roti. Kisar bersama telur dan susu segar, esen vanila, soft brown sugar. susu segara separa tahap roti je.
BINGKA ROTI/ PUDING KULIT ROTI GARDENIA
Kulit roti atau balance roti bersama kulitnya- hasil dari 10 keping roti.
Susu segar - separuh tinggi roti
3/4 cawan Gula perang (brown sugar)
2 biji telur
1sdt esen vanila.
CARA:
1. Panaskan oven 180c.
1. Rendam roti/kulit roti sekejap dengan susu.
2. Blend semua bahan hingga roti/kulit roti hancur.
3. Sapu bekas pembakar dengan majerin. Masukkan adunan.
4. Bakar suhu 180c, selama 40 minit.
Close up, sedap jugak. Manisnya sekata.. :))
Kejadian roti sardin gulung
Letak mayonis dan sos cili. Cara potongan, saya tiru kak Noorma. Thanks kak..:)
Yum yum...
salam indah. seronok dapat berbuka diluar sekali sekala ..:) nak roti gulung tu lama tak buat..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah...kenyang!
ReplyDeleteSalam kak Juwita,
ReplyDelete:) Seronok orang belanja. hehe.. makan beramai-ramai.
Salam ckLah,
ReplyDelete:) Syukur..