Kelmarin saya pergi juga ke rewang utk masakan moreh surau tu. Buat bihun sup. Kerjanya renyah, sebab utk 50 org surau dan 20 paket utk yg mmbantu dan orang sekitar. Tapi yg mmbantu dekat 7 orang, maka dalm 3-4 jam sj dah siap paketkan. Kebetulan mr hubby kerja.
Inilah yang kami berbuka petang kelmarin. Bihun sup.dan kuih apam beras tu.
Masa rewang, biasalah terkeluar cerita macma-macam. Saya selalu berhati-hati, takut kurang pahala puasa pulak. Termasuklah cerita ramai juga pekerja kat kilang yg buka puasa... siang hari. Kami ni hangguk-hangguk jer dengar cite krn tak tau nak cakap apa.
Bila saya tanyakan mr hubby, betul ke? Mr hubby senyum. itu urusan dia dgn Allah. Kerjanya berat sangat ke, letih dan buat lesu sampai kena buka puasa ? Yalah, semua operator sampai technician kan lelaki? Sayangla kalu buka puasa dgn sejug air jer...
Mr hubby cakap, kerja kat kilang tu takdela berat sangat. Robot mesin banyak.
Kalau berat, buatla persediaan dr awal. Siapa suruh tak Sahur, tak minum air banyak2. Dah mmg kerjanya mcm tu. Tak boleh salahkan org atasan yg bg kerja. Saya pula teringat, macam manalah orang yang tak pose ni bagi rezeki hari tak pose tu bagi makan anak isteri. Berkatkah? Tak tahu ke, kalu tak ganti pose sampai meninggal, anak-anak kena gantikan utk ayahnya?
Pastu, yang kelakarnya dalam masa rewang tu, ada kakak i bgtau, pinggan belum pulang lagi. Cerita pinggan pula. Yalah, masa bulan ramadhan ada je sampai juadah jiran. Kata kakak ni, kalu bagi dalam pinggan, maknanya dia rasa suruh mintak balas menu la. hehehe... Saya senyum sndiri. Kerana ramai yg tak faham, kerana itulah saya masa bagi juadah, saya bugkus dlm foam atau bekas plastik. Konsep ini dah lama, konsep orang tua dulu2 yg susah. Cara mereka berjimat ms Ramadhan, masak satu menu, pastu brtukar pinggan ngan jiran spy nampak lain juadah. Tapi saya tak mo jiran berasa trpaksa balas, jadi bagi dalam bekas plastik jer. Macam tak molek pula, tapi dah saya masak banyak.. niat nak bagi.
Kuih apam beras buatan kak ida, jiran. cantik belahnya,kan? Dia kukus guna multipurpose cooker yg ada steamer tu jer. :)
Ada juga borak-borak pasal tauhu cicah sambal kicap. Nah dia, saya goreng tauhu kat rumah dahla. haha..
Mohon maaf tengahri, ini air cendol. Air cendol saya, guna susu cair, Air masak, cendol siap dalam paket ditoskan, gula melaka yg dicairkan. Bubuh ais, siaplah. Gula 2 keping gula melaka, manisnya shg 1 jug kecil air. Kalau ada santan, lagi bestla. Tak pun, kisar ais tu.
No comments:
Post a Comment